Monday, May 11, 2009

PERHEBATKAN AKTIVITI USRAH BARU ROHANI KITA KUAT JEMAAH JD KUAT


Doa seorg abid, Ya-ALLAH hdp dan matikanlah kami dlm landasan agamamu,m masukkan kami dlm golongan org2 yg telah kau pilih utk membantu agamamu, masukkanlah kami dlm golongan yg paling sedikit, amiin ya rab.
Melibatkan diri ke dlm sebuah jamaah Islam merupakan satu tuntutan ke atas seorang individu muslim..
Jamaah ini akan membimbing kita,membimbing diri,keluarga,masyarakat,negara dan akhirnya akan membimbing dunia agar sentiasa meletakkan Islam sebagai panduan utama dalam setiap tindak-tanduk seharian.
Tapi,ramai yg tersalah anggap setelah menyertai jamaah..Mereka fikir hidup mereka akan menjadi lebih tenang,lebih kuat dan lebih mudah memperoleh kesenangan hidup kerana telah dianggap membantu agama Allah,jadi Allah juga akan mudah membantu mereka..Inilah satu penafsiran yg sering disalah anggap.
Apabila kesalah tanggapan ini sering terjadi,maka inilah yg mencetuskan masalah dan akhirnya ramai yg akan lari dari jalan jamaah ini akibat tidak faham dgn apa yg dibawa.Bagaimana untuk faham? Di sinilah pentingnya usrah!Once kita telah melibatkan diri dgn jamaah,jgn diletakkan usrah pada posisi yg terkebelakang,tetapi usrahlah yg wajib diletakkan di hadapan.Usrah akan mengajar kita erti sebenar hidup berjamaah.Usrah diibaratkan seperti keluarga, kita lebih kenali hati shbt2 kita, 1 minggu kalau tak berjumpa shbt, kita akan merindui mereka krn hubungan hati dan doa sentiasa bersama, kdgkala ukhwah dlm jemaah lebih rapat dgn keluarga kita coz... Usrah yg kerap kali bertemu membuat kita lebih terbuka berkongsi sesuatu dgn shbt2 berbanding dgn famly kita sendiri yg kdgkala kita sukar untuk bercerita lebih2 kalu keluarga kita bukan org jemaah.. so dgn ada ada usrah inilah kita merapatkan ukhwwah fillah, ksh syg dlm jemaah semakin kuat..


Usrah akan mendidik kita erti sebenar perjuangan Islam.Usrah akan menguji tahap keimanan kita.Usrah akan menambahkan ilmu di dlm diri kita.Usrah akan menjadi panduan utk kita faham jalan perjuangan Islam through jamaah.Segalanya di dlm jamaah adalah bermula dgn usrah.

Utk kita faham ttg perjuangan Islam,kita perlu berusrah.Utk kita kuat jati diri,kuat keimanan,tetap pendirian dgn jamaah adalah melalui usrah..Jadi,perkukuhlah usrah kerana cara ini adalah cara terbaik untuk kita berikan kefahaman tentang perjuangan Islam.Perhebatkan aktiviti usrah.Barulah kita akan kuat!Barulah jamaah kita akan kuat! Hidupkan usrah dgn berbagai cara jgn jdkan usrah itu menjadi hambar, murung dll.. Ini sekadar peringatan buat kita semua.Ambillah apa yg baik drpd penulisan ini utk kita sama-sama fikirkannya..Wallahu'alam

ALHAMDULILAH NIZAR DISAHKAN MENJADI MB BESAR PERAK.TAKBIR!!!

Nizar Menteri Besar Perak^^ kepimpinan dan pentadbiran 4:38 PM
dari berita harian online... Note :Ceramah perdana 16/5/2009 Bersama MB Nizar , Utz Nasharuddin Md Isa, YB Siva Kumar di Stadium Melawati S.ALAM.. datang beramai2 untuk sokongan....

Kenangan bersama adk2 ku di Bukit Gantang, Minda dan pandangan ku beliau merupakan org yg berkelibier dlm semua bidang samada politik, agama dll.ada harapan jd PM.. Nyah BN.. Sebut betul....Tanda dengung & sabdu sebut betul2 dgn makrajnya... UMMMNO... Insya-ALLAH doa sentiasa bersama buat insan bergelar Pejuang ISLAM, AMANAH & HARAPAN RAKYAT.

Ya-ALLAH bantu kami dlm membawa & menyebarkan dakwahmu kurniakan kami pemimpin yg bertanggungjwb, berpandukan alquran dan alsunah,,, jauh dpd sifat2 tercel, amin ya rab..

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.

alhamdulullah....kuasa Allah..membantu pentadbiran islam..

Jom sertai kami PERTANDINGAN BOWLING NISA'09,


Salam Ukhwwah buat semu pengujung yg ziarah blog ana.. disini ana wakil dpd Nisa Gombak menjemput semua shbt sahabiah utk bersama bowling Nisa. berbagai acara diadakan yg akan dirasmikanoleh Yb Dato' Dr. Hasan Ali..
Sila hubungi kami ditalian 013-6893185, Azwar untuk sebarang pertanyaan. Masih terbuka kepada yg berminat masukkan bola dlm longkang,.he,he, rapatkan ukhwwah dgn rabitah hati dgn adanya prg2 jemaah. EVERYBODY CAN PLAY.. BUT ONLY MUSLIMAH.

KASIHNYA ALLAH pd WANITA..



Kasihnya ALLAH pada wanita





"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya.Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam.
Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan ataularangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri. Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya,dalam soal lalu- lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran>Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah`husband' manakala perkataan untuk isteri ialah`wife'.

Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan`femme' untuk isteri.Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna`pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman.Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita> Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "disisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam.

Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati,membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka."(Hadis> riwayat Ahmad dan Muslim) Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi,
menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu> yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan. Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan> Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu. Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak.Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.>

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya: "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ."> (An-Nahl ayat 105) "Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI