Wednesday, December 2, 2009

Erti pengorbanan yang sebenarnya"Wakil Rakyat sentiasa bersama rakyat"


Gombak- Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini 27hb Nov, 2009 , YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia turut tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran dan mengingati sirah pengorbanan Nabi Ibarahim a.s bersama anaknya Ismail a.s dalam ketaatan beliau apabila ALLAH swt memerintahkan Nabi Ibarahim menyembelih anaknya yang berusia 7thn yang masih tidak mengetahui apa-apa tetapi apabila perintah tersebut datang daripada ALLAH swt maka anaknya redha dan meminta ayahnya mentaatinya.Inilah pengorbanan anak beranak yang harus kita contohi, bagaimana dengan kehidupan kita??, sanggupakah kita melakukannya apabila kita diminta berkorban untuk menyembelih anak kita yang belum sempat untuk kita memanjai mereka, tepuk dada tanya iman kita. Jika ini tidak dapat kita tunaikan bagaimanakah pengorbanan kita sekarang terhadap ibubapa, guru, majikan, negara, agama, masa dll untuk kita mentaati perintah ALLAH swt? Apakah pengorbanan yang kita lakukan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini? Masa untuk keluarga, kerjaya, dan lain-lain?? Semoga kita dapat muhasabahkan diri.

Sempena Hari Raya Aidiladha kali ini Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah mengorban masa beliau sepenuhnya dengan memerah keringat membanting tulang untuk bersama ahli keluarga dan juga rakyat disekitar gombak untuk menunaikan tanggungjawab beliau sebagai Wakil Rakyat Gombak Setia. Pagi Raya beliau telah menjadi imam solat dan memberi khutbah di Masjid Al-Syarif simpang 3 sebagai pengisian dalam merenungi sirah Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s ianya tanda kasih sayang ibubapa kepada anak sempena hari raya korban ini dan mereka berkorban untuk kesejahteraan anak.

Selepas solat raya beliau telah menghadirkan diri 6 buah masjid dan 3 surau disekitar gombak untuk membuat tinjauan Majlis Qarban setiap tempat untuk bersama rakyat dalam melakukan ibadat korban. Pada program itu terdapat banyak lembu yang telah disembelih dan diagihkan kepada rakyat yang dalam golongan fakir miskin, penduduk, dan qariah masjid. YB Dato’ tidak ketinggalan bersama rakyat untuk membantu melakukan penyembelihan.

Dalam pada itu, YB Dato’, pengerusi masjid, surau mengalu-alukan penglibatan kanak-kanak dan remaja dalam membantu memotong dan mengedarkan daging korban tersebut. Katanya beliau tidak menganggap kehadiran golongan terbabit sebagai menggangu malah merasa bangga atas kesedaran dan kesanggupan mereka datang ke masjid, surau semata-mata untuk membantu dan belajar perkara yang mereka belum ketahui dalam bab penyembelihan. Perlu ada pendedahan kepada generasi muda ini kerana merekalah pelapis-pelapis kita apabila kita tiada lagi.

“Kita memang menggalakkan penglibatan golongan anak remaja dalam apa juga program yang dianjurkan oleh masjid/surau. Ini adalah sebagai sebahagian strategi kita untuk menarik golongan terbabit mendekati institut masjid katanya.

KOLEKSI FOTO Masjid Al-Syarif

Rakyat & pemimpin seiring bersama tiada kira pangkat & darjat. Kemesraan sentiasa ada pada setiap golongan. Kita dijadikan daripada segumpal darah yang hina oleh itu harus berbaik dengan setiap insan.

KOLEKSI FOTO Masjid As-Syakirin

KOLEKSI FOTO MASJID Ittafaqiah

KOLEKSI FOTO MASJID AR-RAHIMAH

Masjid Simpang 3

KOLEKSI FOTO Surau Hilaliyah


Koleksi Surau Ar-Rasyidin

KOLEKSI FOTO Surau Pangsapuri Mesra Bolton

Sayiditina Umar r.a pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya ” Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik??” sahabat2nya menjawab ” sudah tentu wahai Amirul Mukminin..” Sebaliknya Umar menjawab ” Belum..sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!”.. waallahhualam..

Editor : Khaulah Azwar

TGNA Halang UMNO Hidup Semula di Semenanjung. Buat semua ansaruallah marilah kita sama2 berdoa keselamatan tok guru2 kita ..

Seluruh jentera UMNO diarahkan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) kerana dianggap sebagai penghalang kepada BN untuk bukan sahaja menawan Kelantan tetapi adalah sebagai dalang akan kemaraan Umno di Semenanjung.

TGNA yang tegas dan tahu niat jahat Umno walaupun cuba berpura-pura untuk berbaik-baik dengan Tok Guru. Selagi ada TGNA selagi itulah BN buntu.

TGNA paling digerun oleh musuh kerana doanya selalu 'diperkenankan'. Lihat sahaja PRU12 yang lalu Tok Guru bersama 30,000 solat hajat dan bermunajat berdoa distadium Kota Baru dengan mengalirkan air mata didalam hujan renyai-renyai telah 'dimakbulkan' dan jika sekiranya solat hajat dan doa diadakan lagi di stadium bersama 30 ribu umat islam tidak tahulah apa kesudahannya.

Diharap TGNA yang masin doanya itu carilah alternatif lain dahulu saperti berunding dan jika tidak juga berhasil cuba dan cuba lagi dan doa adalah iktiar terakhir atau tangguhkan dahulu untuk PRU13.

Ini bukan pasal taksub tetapi ada banyak bukti. PAS mesti 'jaga' Nik Aziz 24 jam.

Umno ikut cara Amerika iaitu cuba ganggu gugat lawan dari luar dan apabila sudah kucar kacir atau kepalanya sudah lemah mudah untuk jatuhkan PAS dan apabila PAS KO, bermakna parti lain dalam PR akan lemah dan apabila lemah BN akan berkuasa 2/3 lagi diPRU13.

Itulah plan B mereka setelah plan A untuk pujuk pucuk pimpinan PAS gagal (walaupun hampir masuk perangkap). Jika plan B gagal mungkin ada plan C dan D pula menunggu sebelum menjelang PRU13.



http://jkpzon11gombak.blogspot.com/

Najib Mesra Judi


Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasil judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008.

Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM.

Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.

Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara.

Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri.

Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia?

Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan.

Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib!

http://jkpzon11gombak.blogspot.com/

Cop Ketua Umno Bahagian untuk dapatkan projek

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Parlimen hari ini 'kecoh' apabila diberitahu bahawa terdapat surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untuk kontraktor mendapatkan projek.Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.

"Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat."Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek," katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.

Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan :"Biasalah kroni."Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek cuba memperlekehkan soalan Mahfuz dengan mengatakan ianya tidak berlandaskan fakta dan bukti.

"Ini masalahnya, tidak mahu sebut siapa dan surat yang dikatakan pun tidak ada," katanya.Lantas, Mahfuz bingkas bangun dan berjanji akan menunjukkan surat tersebut pada sidang Parlimen esok."Esok saya bawa surat dan bukti ada arahan itu!" katanya menyebabkan dewan sekali lagi kecoh.

Sebelum itu Awang Adek menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F dan apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.Awang memberitahu bahawa pemilihan kontraktor A, B, C dan D bagi melaksanakan projek kerajaan adalah melalui proses tender terbuka atau tender terhad bagi mendapat persaingan yang kompetetif.

"Inilah adalah sejajar dengan matamat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara kontrator berdaftar," katanya.Sebelum itu beliau memberitahu projek berjumlah lebih RM10 juta diberikan kepada kontraktor kelas A, diikuti susunan gred manakala kelas F sekitar kurang RM20,000 sehingga RM200,000 mengikut keupayaan.

p/s : UMNO tak pernah berubah meskipun pimpinan mereka menyatakan tidak akan berlaku rasuah selepas 1 m'sia yang dilaung2kan utamakan rakyat tp sebenarnya utk puak mereka diutamakan dulu..,bukan rakyat.. so kini rakyat semakin tertipu dengan kata2 mereka, awas jgn jd mangsa keadaan puak UMNO..Hancur UMNO...

Jambori Nisa i am a super muslim - sebarkan



Musim cuti sekolah sudah tiba, apakah perancangan ahli keluarga untuk pengisian anak-anak selain balik kg? Jika tiada program yang terbaik kami daripada wakil Nisa’ Gomba Setia mengalu-alukan ibubapa/penjaga menghantar anak-anak ke program kami Jambori Nisa’. Jangan ketinggalan banyak pengisian untuk diberikan pada anak-anak dengan scan hati topup iman.

Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu mendidik anak-anak remaja dalam berakhlak dengan ibubapa, guru, dan masyarakat.



Nama program:
Jambori Nisa' Selangor
Tema:
I am a Super Muslim!
Tempat:
Pusat Latihan Belia, Bukit Lagong, Selayang Selangor
Waktu:
Bermula dari jam 6.00 petang, 25 Disember, sehingga jam 3.00 petang, 27 Disember 2009
Hari:
Jumaat, Sabtu dan Ahad

Penyertaan:
Dua kategori penyertaan
1) 13-15 Tahun
2) 16-18 Tahun

Antara aktiviti-aktiviti menarik:
1) Sesi Simpulan Kasih
2) Qiyamullail
3) Scan Hati dan Top-up Iman
4) Jejak Kawan
5) Build-up Team
6) I Love Islam
7) Muslimah Power!
8) Explorasi Minda
9) Activate AMAL dan Reload Taqwa
10) Ku Bius Cinta
11) Cinta vs Cita
12) Iman Inside

Dan banyak lagi ... InsyaALLAH.

Program ini terbuka kepada adik-adik yang pernah mengikuti program bersama nisa gombak sebelum ini.

Sebarang maklumat langjut, boleh hubungi nombor telefon bimbit di bawah:
Suriani; 0123508962
Aznida; 0174652416
Tengku nurul; 0196453612


‘Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh yang sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan dan kebenaran”{ Surah : Al-Asry}

Semoga kita tidak termasuk dalam orang yang sentiasa dalam kerugian.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI