Monday, May 2, 2011

PENGHULU MOHON MPS MEMBERI PEUANG KEPADA RAKYAT YANG INGIN BERNIAGA


Bt 6 Gombak – Seorang peniaga disini merasa kesal diatas kesukaran untuk mendapat kerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memperolehi Kelulusan Permohonan Lesen Perniagaan.

Mohd Faizal Mohd Ali, 37thn yang merupakan setiausaha Persatuan Kg. Gombak Setia (PKGS) berkata, “Saya merupakan anak jati gombak bukan orang luar. Sudah banyak kali saya berurusan dengan MPS untuk mendapatkan kelulusan permohonan lesen perniagaan, namun sehingga kini yang hanya diberi sehelai slip daripada Cik Fifi yang bertarikh 14hb Februari, 2011 Permit MPS Kaki Lima / Banting / Promosi. Menurut MPS, Cik fifi menyatakan permohonan saya akan dapat keputusan dalam masa 14 hari waktu bekerja tetapi sekarang sudah 2 bulan berlalu tanpa mendapat jawapan daripada mereka”.

Saya tidak tahu apa kegunaan slip ini. Sedangkan saya memohon untuk Lesen perniagaan. Kita buat cara yang betul mengikut syarat-syarat untuk meniaga tetapi mengapa begitu sukar untuk mendapat kelulusan dan kerjasama, ujarnya dengan kesal ketika bertemu dengannya di gerai baru-baru ini.

Tempat perniagaan yang saya hendak buat adalah di kawasan tanah “reserve” yang telah mendapat kebenaran daripada tuan tanah untuk saya membuka gerai disini dan ianya tidak mengganggu lalu lintas. Terdahulu tapak ini juga menjadi semak dan penduduk meletakkan sampah sarap. Daripada berlakunya semak di kawasan ini saya dan keluarga membersihkannya dan jadikan tempat gerai makanan.

Perniagaan yang saya lakukan adalah menjual nasi lemak dan berlauk yang mula beroperasi jam 7 pagi sehingga tengahari tetapi atas permintaan penduduk sekitar disini mohon agar gerai saya beroperasi sehingga petang memandangkan kawasan ini sukar untuk mendapat gerai makan. Memang hasrat dihati ingin meniaga sehingga ke petang namun apakan daya hasrat tidak kesampaian kerana tidak mendapat lesen meniaga. Kita rasa meniaga seperti dalam ketakutan setiap hari kerana tidak mendapat lesen daripada MPS walaupun telah saya berusaha untuk mendapatkannya.

“Inilah salah satu sumber pendapatan saya dengan mencari rezeki untuk membantu keluarga”, katanya.

Dengan masaalah yang dihadapi ini, saya telah minta Pengulu Ketua Kg Mukim Setapak, Zuraimi Muhaini untuk membuat surat sokongan penuh dan alhamdulilah beliau telah memberi kerjsama yang sangat baik. Beliau juga telah meminta agar saya berurusan dengan Y.b Datuk Hasan Mohamed Ali, AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia agar tindakan segera dapat diambil. Insya-allah dengan nasihat yang diberikan tok penghulu, saya akan cuba bertemu dengan Y.b Datuk dalam masa terdekat ini. Semoga Y.B Datuk sudi membantu saya yang benar-benar ingin membuat perniagaan.

Seperti saya fahamkan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) amat menggalakkan rakyat negeri Selangor berusaha sehingga mencapai kejayaan dalam perniagaan. Untuk mencapai matlamat itulah Kerajaan Negeri telah mengadakan Skim MIMBAR, MIkrokredit untuk peniaga-peniaga sebagai satu dorongan. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PR sangat baik. Saya sambut cabaran itu, namun ianya menjadi penghalang disebabkan tiada lesen perniagaan yang sah daripada MPS. Harapan saya semoga masaalah ini akan selesai sebaiknya setelah bertemu dengan Y.b Datuk nanti.

Sementara itu pula, Ketua Kg Mukim Setapak, Zuraimi Muhaini pula menyatakan, “sebagai penghulu, kita ingin anak-anak kampung dan rakyat Selangor sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh. Pekerjaan dengan melakukan perniagaan sendiri ini satu pekerjaan yang baik. Tetapi kesukaran daripada pihak MPS untuk memberi kelulusan lesen perniagaan ini menyebabkan kadangkala anak-anak muda, belia yang minat dalam perniagaan menjadi patah hati.

Saya sering diingatkan oleh Y,B Datuk Hasan, Katanya, “mereka berkemampuan, muda seharusnya berusaha mencari pekerjaan. Jika pekerjaan sukar didapati maka mereka kena berusaha mencari jalan lain pula dengan penglibatan perniagaan. Jangan suka meminta-minta kepada orang mahupun bantuan kepada Pusat Zakat Selangor (PZS), Jabataan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana pemberian bantuan seperti PZS dan JKM hanya diberi kepada golongan yang benar-benar fakir miskin, OKU dan dhaif”.

Y.B Datuk amat tidak suka jika orang-orang muda malas bekerja dan tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Maka dengan itulah, sebagai penghulu di kg ini kita sambut baik kata-kata Y.B Datuk agar kita semua perlu berusaha dalam mencapai kejayaan. Sokongan dan kerjasama semua pihak semua perlu diberikan.

Sekarang ini pun kerajaan negeri Selangor telah membuka peluang terbaik untuk semua rakyat Selangor tanpa mengira parti, dan perkauman dengan membuat perniagaan. Pinjaman Mikrokredit telah diberikan kepada mereka yang ingin membuat perniagaan. Ini salah satu dorongan yang terbaik bagi membantu rakyat jadi mengapa kesukaran untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada MPS.

Saya juga difahamkan oleh En Faizal, beliau telah mempunyai sijil kelayakan dan kesihatan untuk beliau membuat perniagaan dalam menjual makanan. Dengan kelayakan yang ada maka pernah juga beliau meminta kepada MPS untuk mendapatkan sebuah lot gerai yang terdapat di Lot Perniagaan MPS disini namun MPS menyatakan tiada lot kosong. Apa yang kita lihat terdapat lot-lot yang telah diberikan kepada pemohon untuk meniaga tetapi malangnya lot tersebut tidak beroperasi. Hanya tertutup sahaja.

Tidak sepatutnya berlaku dan kita harap MPS dapat membuat pemantauan yang rapi keatas lot-lot kedai yang disewa tidak beroperasi dan memberi peluang kepada rakyat yang benar-benar ingin meniaga.

Jika tidak mendapat kerjasama ini menyebabkan berlakunya perniagaan secara haram kerana tidak mendapat kelulusan perniagaan dan tidak mustahil akan berlakunya gejala sosial akibat tidak mendapat pekerjaan dan sukar untuk membuat perniagaan disebabkan tiada sokongan. Insya-ALLAH saya akan cuba membantu penduduk disini sebaiknya dengan mandat yang diberikan oleh Kerajaan PR.

Saya harap dengan tindakan ini, mampu menangani pengangguran buat belia-belia yang tidak mempunyai pekerjaan dengan memberi peluang untuk mereka terlibat dalam perniagaan. Peluang harus diberi kepada mereka untuk menaiktaraf ekonomi mereka. Saya yakin Kerajaan Negeri Selangor (PR) cuba sifarkan pengangguran dengan berbagai cara untuk membantu rakyat. Jadi kita harap MPS juga dapat memberi kerjasama tanpa mengira parti dan bangsa dengan kami untuk membantu belia-belia di negeri selangor ini. Segala masaalah ini kita akan usulkan kepada Y.B Datuk Hasan juga agar mendapat membuat tindakan segera agar En Faizal mendapat hak perniagaan yang sah, katanya.

Editor : khaulah azwar


12 orang pelajar SAMMTAJ perolehi 11A SPM 2010


Shah Alam – Seramai 131 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam telah mencapai keputusan yang cemerlang.

Pengetuanya, Pn.Asmawati bt Ahmad Ishak berkata, “ alhamdulilah berkat usaha semua pihak guru-guru, keluarga pelajar akhirnya sekolah ini telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Seramai 12 orang pelajar telah memecah rekod dengan mempereolehi 11A dalam peperiksaan tersebut.”

Berbagai kaedah dilakukan oleh pihak sekolah dengan mendapat kerjasama daripada guru-guru diantaranya mengadakan peperiksaan gerak gempur (secara mengejut), kerap mengadakan ujian, ceramah motivasi dan akhirnya solat hajat untuk pelajar-pelajar bersama guru-guru dan ahli keluarga mereka. Ini adalah bertujuan bagi menguji persiapan mental dan memantapkan rohani dan jasmani mereka sebelum menduduki peperiksaan SPM yang menentukan masa depan mereka.

Dengan adanya ujian seperti ini, saya yakin pelajar-pelajar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Segala perasaan cemas untuk menghadapi peperiksaan yang menentukan hala tuju mereka tidak dirasai lagi kerana telah kerap diadakan ujian yang berlaku bila-bila masa sahaja.

Ini adalah salah satu kaedah yang dilakukan oleh guru-guru disini. Alhamdulilah berkat usaha inilah akhirnya keputusan SPM 2010 telah membuktikan keberkesanannya sistem tersebut. Kita hanya mampu berusaha membantu pelajar-pelajar namun hakikatnya mereka sendiri yang menentukan corak kehidupan mereka. Sekiranya mereka ingin berjaya dengan cemerlang maka seharusnya mereka sendiri yang perlu meningkatkan usaha mereka.

Ujarnya lagi, untuk menjadi pelajar yang cemerlang, mereka seharusnya membuangkan segala sikap negatif dalam diri mereka. Pelajar yang cemerlang seharusnya menanamkan sifat-sfat yang positif. Keyakinan diri adalah faktor yang penting perlu ada dalam diri setiap pelajar untuk meraih kejayaan. Sentiasa bersoal jawab dalam diri antaranya, “Saya mampu jadi terbaik seperti orang lain. Kalau mereka boleh mencapai 11A dalam pelajaran mengapa ini tidak boleh berlaku dalam diri saya”. Persoalan-persoalan seperti ini seharusnya ada dalam diri semua pelajar.

Selain daripada itu, pembentukan “Team building” juga mampu menolong pelajar – pelajar tersebut untuk meyakinkan diri mereka dalam mengatasi segala kemusykilan yang timbul dalam subjek pelajaran yang mereka hadapi. Dengan perbincangan dua hala ini sekali gus merangsang dan menguatkan ingatan mereka dalam pelajaran, ini berbeza jika mereka belajar dengan sendirinya tanpa melibatkan mana-mana “team building”.

Menurutnya, dengan pencapaian yang diperolehi oleh semu pelajar –pelajar sekolah ini, ianya telah mengharumkan nama sekolah kerana telah berjaya meningkatkan GPS sekolah kepada yang lebih baik. Tahniah sekali lagi saya ucapkan buat semua pelajar.

Akhirnya segala perancangan yang baik telah melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi berlandaskan al-Quran dan As-sunnah. Tahniah juga kepada guru-guru subjek yang bertungkus-lumus membantu pelajar dalam persiapan menghadapi SPM, katanya.

Antara nama pelajar yang telah mengharumakan nama sekolah dengan mencapai kejayaan yang cemerlang 11A dalam SPM 2010 ialah NUR JANNAH NOR 'AZAM, SYAZA IZHAR HISHAM, AISYAH SHAHIRA ABDUL HAMID, MUHAMMAD FAKRUDDIN GHAZALI, MUHAMMAD NAIM MUSTAFA, NOR IMAN FITRI NOR HANEM, MUHAMMAD AZMI OMAR; SITI KHADIJAH SHAHNON, SITI SARA HAMIDUN, MUHAMMAD HAZWAN OMAR, MOHD ADLI BADARUDIN, FATIN IZZATI HASNUL HADI


KEPUTUSAN SPM

11 A = 12 orang
10 A = 4 orang
9 A = 7 orang
8 A = 9 orang
7 A = 17 orang
6 A = 21 orang
5 A = 23 orang
4 A = 12 orang
3 A = 15 orang
2 A = 6 orang
1 A = 3 orang
0A = 2 orang

GPS = 2.52 (BPI sistem)

Selaku pengetua sekolah ini, saya sentiasa meletakkan harapan yang tinggi semoga sekolah ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih cemerlang demi mencapai visi sekolah SAMTTAJ UNGGUL 2013, insya-allah.

Editor : khaulah azwar

SAMTTAJ melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi


Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam Selangor,ditubuhkan pada 30 Ogos 1982 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Siap pembinaan pada November 1983 dan mula beroperasi sepenuhnya 1984 dengan sejumlah 320 murid lelaki yang diambil dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Klang. Bilangan gurunya pula terdiri daripada 24 orang guru.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (D.Y.M.S) telah berkenan merasmikan sekolah pada 19 Mac 1987. Pada tarikh itu juga, SAMT Tengku Ampuan Jemaah digunakan menggantikan nama Sekolah Menengah Agama Tinggi Shah Alam.

Pada tahun 1996-20000 SAMTTAJ terpaksa berpindah menumpang di Sekolah Rendah Agama Medan Harun Petaling Jaya apabila JAIS menubuhkan IPTS diberi nama Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR). KISDAR kemudiannya berpindah ke Bangi setelah kampus baru siap dan SAMTTAJ kembali beroperasi semula ke Shah Alam.

Media difahamkan oleh pihak sekolah, jumlah pelajar SAMTTAJ sekarang ialah 432 perempuan dan 340 lelaki. Seramai 550 orang pelajar yang tinggal di asrama, 220 pelajar lelaki dan 330 pelajar perempuan. SAMTTAJ mempunyai 21 buah kelas yang terdiri daripada tingkatan satu sehingga tingkatan 5 dan 4 kelas aliran sains tulen, masing-masing dua kelas untuk tingkatan empat dan lima.

Sekolah ini juga mempunyai Kemudahan Prasarana seperti pusat sumber, makmal sains teras,fizik, kimia dan biologi, musolla, dewan seminar, dewan besar, kafetaria, dewan makan,pejabat,bilik guru, bilik mesyuarat, bilik operasi SPBT, Bilik Kaunseling, Bilik Displin, Stor Kokurikulum, Bilik ICT dan Bilik Peperiksaan. Jumlah guru dan kaki tangan kini meningkat seramai 54 orang.

Pada 24 Disember 2004, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Kerajaan negeri Selangor dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan kesemua 23 buah Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor termasuk SAMTTAJ ke Kementerian Pelajaran yang kemudiannya disebut sebagai kelompok SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Sehingga sekarang SAMTTAJ dan SAM Negeri Selangor yang lain berada dibawah naungan Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI