Friday, November 12, 2010

BONGKAR !! pegawai kanan Perdana Menteri, didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 Juta

Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"(Beliau) mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"(Beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham juga membekalkan beberapa

Surat terbuka : Mohon respon S/U sulit Kanan PM










(klik imej untuk membaca dengan jelas)


Tarikh : 10 November 2010

Kepada :

Dato' Zakiah Ibrahim,
Setiausaha Sulit Kanan,
Perdana Menteri Malaysia.

Ybhg. Dato' ;

MAKLUMAT KAITKAN DATO' DENGAN PENYELEWENGAN, MOHON RESPON

Telah memperolehi satu maklumat dari individu yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang mengaitkan Dato' dengan kegiatan penyelewengan dan pengumpulan harta yang luar biasa.

Pemberi maklumat telah menggelarkan Dato' sebagai 'ZAKAYA' dan menyifatkan Dato' sebagai merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri.Pemberi maklumat menyatakan Dato' Tidak menyukai publisiti, tetapi dalam diam 'mengumpul harta bernilai 'RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Pemberi maklumat menyifatkan Dato' Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.

Kononya menurut pemberi maklumat Kuasanya melebihi kuasa Datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.

Pemberi maklumat menyatakan juga Dato' menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.

Pemberi maklumat menyatakan dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk Zakiah.

Menurutnya lagi, modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.

Menurut pemberi maklumat kononya satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut., Pemberi maklumat turut mengemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.

Sehubungan dengan itu saya menulis surat terbuka ini untuk memohon penjelasan segera Dato'. Saya bersedia menyiarkan penjelasan Dato' sebagaimana surat terbuka ini disiarkan. Maklumat yang diberikan mungkin sahaja ada ketidak kebenaranya, namun selaku penjawat awam Dato' seharusnya juga bertanggungjawab untuk dilihat bersih dan perlu menjawab kepada rakyat awam. Dato' Boleh sahaja menafikan, namun perlu memberikan penjelasan termasuk kewujudan dokumen berkaitan. Harap Dato' dapat respon perkara ini dengan hati terbuka untuk menjelaskan perkara sebenar kerana demi menjaga kepentingan awam.

Sekian dan terima kasih

cheGuBard

ahli Majlis Pimpinan Pusat

Parti Keadilan Rakyat.

* satu masej twitter telah dihantar kepada PM berkenaan surat terbuka ini

Media: Muslimat PAS sokong MB Kedah

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat menyokong tindakan tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak membenarkan media arus perdana milik Umno membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali ini.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, ini ekoran tindakan media Umno yang mempolitikkan isu banjir besar di utara terutama di Kedah yang sangat dikesalkan.

“Ianya menggambarkan satu tindakan yang tidak prihatin dan tidak menghormati hak rakyat Kedah memilih kerajaan negeri yang mereka sokong,” ujarnya.

Beliau juga kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kejadian banjir itu.

Katanya, mereka sepatutnya mendapatkan maklumat yang sahih dari Bilik Gerakak Banjir negeri yang mengurus dan menyelia urusan bantuan banjir.

Tambahnya, kenyataan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno itu ini telah menyerlahkan wajah sebenar mereka yang berniat jahat dan tidak adil.

“Saya menyeru agar pendokong dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memboikot semua media arus perdana milik Umno agar ia menjadi suatu pengajaran kepada mereka supaya bertindak adil dan saksama kepada rakyat,” ujarnya.

Al-Fateha buat Syeikh Abdul Azizi Al-Syaibi " Penjaga Kunci Ka’bah Meninggal Dunia"


Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi ( sebelah kiri )

Syaikh abdul Aziz Al- Syaibi, 82 tahun, penjaga pintu Ka’bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi ( 7 Nov ) yang lalu. Beliau dimakamkan di Perkuburan Maala setelah selesai disolatkan di Masjidil Haram.

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi untuk menjaga Ka’bah sejak zaman Jahiliyah ( zaman pra-Islam). Amanah ini diwarisi oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah kepada anak. Ini kerana, umur merupakan landasan utama untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Ka’bah.

Seluruh umat Islam sangat menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka’bah Suci itu serta kuncinya. Keluarga Syaikh Abdul Aziz mempunyai hubungan yang berhubung terus dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga mempunyai seramai 370 anggota keluarga dan sebahagian besarnya tinggal di Mekkah.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI