Wednesday, October 17, 2012

DSAI-Tarik Saman Bukti Konspirasi

KUALA LUMPUR:Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa lega dengan penarikan kes saman terhadapnya oleh bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi berkata keputusan itu membuktikan wujudnya konspirasi dalam pendakwaan liwat dan kes mata lebam ke atasnya pada 1998 yang lalu.
Papa,  Allah always with u.. UMNO akan dikuburkan.

Musa pada pagi ini menarik kes saman yang difailkannya atas alasan telah mencapai persetujuan di luar mahkamah dengan peguam defendan hasil perbincangan antara kedua-dua pihak sebelum berlangsung perbicaraan hari ini.
 
“Saya bersyukur dan puas hati dengan penarikan kes saman ini.
 
“Tetapi persoalan yang timbul sekarang ini ialah wujudnya bukti konspirasi dan rekaan cerita terhadap pendakwaan saya pada 1998 lalu,” kata Anwar di luar mahkamah.
 
Suara Editor : alhamdulilah terima kasih ya-allah kerana sentiasa membantu papa yang teranayai dan dizalimi, moga kebenaran akan sentiasa bersama. amiin ya rab:)

Kerajaan Negeri Peruntuk RM248 Juta -UNISEL

SHAH ALAM, 18 OKT :  Universiti Selangor (UNISEL)  akan menerima peruntukan  RM 248 juta daripada  Kerajaan Negeri  Selangor Pakatan Rakyat (PR)  bagi tujuan pembangunan universiti itu.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata,  "dana tersebut adalah bagi kegunaan membaiki infrastruktur yang dulu dibina  dengan tidak begitu sempurna dan membina bangunan baru".

“Peruntukan sebanyak RM 5 juta telah diluluskan baru-baru ini bagi pembinaan kompleks riadah dan dewan makan di kampus Unisel Bestari Jaya serta RM 2.65 juta untuk menambahbaikan infrastruktur Teknologi Maklumat (IT).

“Begitu juga RM 20 juta lagi untuk pembangunan lain di Bestari Jaya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

 Dr Anuar menambah lagi, pertambahan dana itu akan memberi semangat kepada warga Unisel bagi memajukannya.

“Pelajar kita bersemangat sekarang ini untuk memperjuangkan visi Unisel iaitu untuk menjadi sebuah universiti unggul.

“Serta untuk mendidik dan melahirkan kalangan profesional dan juga ilmuan selain moral tinggi,” katanya.

Menurut Dr Anuar,  Unisel merangka penubuhan dana wakaf bagi membolehkan universiti itu bergerak lebih aktif dan pelajarnya menikmati suasana yang lebih baik dengan pengecualian bayaran yuran.

Jelas beliau, pihaknya menperolehi idea penubuhan dana wakaf itu daripada kaedah sama yang digunapakai oleh banyak universiti terkemuka dunia.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI