Thursday, April 21, 2011

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Gagal Melunaskan janji

Hulu Selangor-Kesal dengan sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, Y.B. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan disini apabila tidak membuat pemantauan keatas infrastruktur jalan raya ini di Ulu Kalong Pekan Ulu Yam, kata Mudir Sekolah Mahad Tahfiz Alkohlidi Ustaz Yunus Kamaruddin ketika media membuat lawatan ke sekolah berkenaan baru-baru ini.

Media di fahamkan sekolah tahfiz tersebut telah berpindah ke kawasan ini pada bulan September, 2010. Sebelum ini telah bertapak di Sri Ukay Bistari , Hulu Klang pada 2008 kerana pihak sekolah ingin mencari kawasan yang lebih selesa agar pelajar-pelajar disini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam membuat hafazan Al-Quran.

Yunus berkata, “Jumlah pelajar disini dari semasa ke semasa semakin meningkat hampir ke 120 pelajar. Dengan kemasukan yang semakin meningkat kita inginkan bekalan elektrik dan memperbaiki jalan raya disini kerana laluan di jalan ini terlalu gelap”.

Saya telah membuat permohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemasangan elektrik disini tetapi amat mengecewakan apabila berbagai helah diberikan antaranya mereka menyatakan kawasan ini tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai sedangkan ianya merupakan satu keperluan kepada pelajar-pelajar disini bahkan bilangan penduduk di kawasan ini juga mencecah hampir tiga ratus orang.

Pernah juga terjadi pergaduhan antara kami dengan pihak TNB untuk membuat kerja pemasangan elektrik. Sepatutnya mereka turun padang melihat keadaan kami disini dahulu barulah mengeluarkan kenyataan tetapi terjadi sebaliknya.

Dengan tidak mempunyai bekalan elektrik menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran apatah lagi lebih-lebih lagi apabila mereka ada aktiviti sebelah malam diluar kawasan sekolah ini. Kami pulang ke asrama dalam kegelapan kerana kawasan ini merupakan kawasan hutan. Kadangkala pelajar-pelajar merasa cemas dan takut untuk mengikuti aktiviti diluar apabila mendapat jemputan program di Masjid mahupun program sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah tahfiz lain. Keselamatan pelajar terutamanya sebelah malam amat merisaukan kami kerana dalam kegelapan ini berbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku, katanya.

Selain daripada itu, infrastruktur jalan yag tidak pernah diturap dan keadaan jambatan untuk menyeberangi jalan ini tidak pernah dibaiki dan dinaiktaraf. Sebelum kami berpindah keadaan jalan raya ini merupakan hutan dan struktur jalan amat teruk sekali sedangkan ianya merupakan jalan “reserve” .

Apa yang saya faham jika jalan reserve ia adalah milik kerajaan tetapi mengapa tidak dibaiki untuk kegunaan masyarakat. Memandangkan kawasan tanah yang telah saya dirikan terletak di kawasan pendalaman maka saya turapkan jalan raya ini sendiri dengan menelan belanja sebanyak RM80,000”.

Jambatan yang merupakan jalan seberang untuk keluar dari kawasan ini juga telah roboh menyebabkan kenaikan air berlaku apabila musim hujan. Kenderaan yang melalui jambatan ini pasti akan mengalami kerosakan terutamanya tayar kenderaan akan pecah dan bumper kenderaan mereka juga akan terjatuh kerana kerosakan jambatan tersebut. Bahkan Bas sekolah juga tidak berani masuk ke kawasan ini kerana jambatan ini telah uzur semenjak 13/9/2010.

Jesteru itulah, saya dan pihak sekolah mendesak agar pihak berkenaan terutamanya Ahli Parlimen Hulu Selangor turun padang melawat kawasan ini. Seperti yang beliau janjikan dalam Pilihanraya kecil (PRK) yang lalu dimana sekiranya beliau menang dalam PRK ini, beliau akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat. Jika benar 1 malaysia boleh memenuhi permintaan rakyat bukan setakat berlakunya pilihanraya, seharusnya pimpinan UMNO dikawasan ini membuat lawatan dari semasa ke semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyelesaikan masaalah rakyat sebaiknya. Bukan turun padang apabila berlakunya pilihanraya sahaja.

“Jangan hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya selepas pilihanraya mereka tidak pernah melawat kawasan dan bertemu rakyat, katanya”.

Harapan saya, jika boleh pihak kami ingin membuat tuntan kepada Kerajaan Pusat RM80,000 kembali kerana telah membaiki jalan ini dahulu. Sekirannya tuntutan ini dapat dbuat, pihak sekolah ingin melengkapkan kemudahan peralatan dan menambahkan bangunan sekolah terutamanya menyediakan rumah guru, madrasah, dewan untuk kegunaan pelajar bagi memberi keselesaan kepada mereka. Katanya, sekurang-kurangnya kos keseluruhan bagi menaiktaraf bangunan ini masih diperlukan sebanyak RM200 ribu.

Terdahulu pada 2009, pihak sekolah ada menerima sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) berjumlah RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri, dimana semua sekolah Agama diberikan bantuan untuk menaiktaraf sekolah dan melengkapkan peralatan pejabat dan kelas.

Alhamdulilah dengan bantuan yang diberikan oleh Pihak Kerajaan PR, pihak sekolah kami telahpun membeli peralatan keperluan pejabat, kelas, katil, almari dan membaiki sekolah. Dengan bantuan diberikan oleh Kerajaan PR telah meringankan bebanan kami .

Pada bulan September, 2010 saya juga pernah berurusan dengan pihak Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagi mendapatkan beberapa pendapat menaiktaraf pembangunan sekolah dan infrastruktur. Alhamdulilah Y.B Datuk Hasan telah memberi kerjasama dan memberi pandangan yang bernas. Insya-ALLAH segala pendapat beliau akan saya manfaatkan sebaiknya, katanya.

Sementara itu Hjh Siti Rokiah Hj Abd Hamid, 69thn merupakan tuan tanah yang telah mewakafkan kawasan tersebut pula berkata, “saya berharap pihak yang bertanggungjawab Ahli Parlimen Hulu Selangor, Y.B. Tuan P. Kamalanathan dan TNB dapat mengambil tindakan segera atas masaalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan beberapa penduduk disini. Dengan tiada bekalan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar disini sukar untuk mengulangkaji pelajaran waktu malam".

"Saya juga difahamkan oleh pihak mudir sekolah, pelajar-pelajar sekolah bangun seawal 4 pagi untuk melakukan ibadah. Dengan ketiadaan bekalan elektrik begitu sukar untuk mereka menguruskan diri dan keselamatan mereka amat merisaukan kerana kawasan sekolah ini terletak di kawasan hutan”.

Disamping itu juga, kita amat berharap semoga mereka dapat membaiki jalan raya dan jambatan yang telah rosak secepatnya untuk keselamatan dan keselesaan pengguna, katanya ketika ditemui yang sedang membuat lawatan ke sekolah berkenaan.

Editor :khaulah azwar


Fw: PASTI EHSAN 1, dan Pasti Ilmi Permata 1 “ LAYAK BERTANDING DALAM PERINGKAT PASTI NEGERI”



Hulu Klang – Pesta Sukan PASTI Gombak 2011 telah berlangsung baru-baru ini di Padang Tmn Permata DUN Hulu Klang yang telah dirasmi penutup oleh Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak.

Pesta Sukan Pasti kali ini telah diadakan pertandingan mini bola sepak dan mini bola jaring yang telah diadakan peringkat liga. Bagi pertandingan bola sepak terdiri daripada Kumpulan 1 iaitu A & C sebayak 9 buah pasti dan kumpulan 2 iaitu B & D terdiri daripada 9 buah pasti.

Manakala bagi bola jaring pula terdiri daripada kumpulan 1 iaitu A & B yang mempunyai sebanyak 12 buah pasti bagi kumpulan 2 iaitu C& D yang terdiri daripada 12 buah pasti.

Menurut Utz Syarhan tujuan diadakan Pesta Sukan Pasti adalah mengcungkil bakat-bakat terpendam yang ada pada semua pelajar pasti. Kebolehan mereka ini perlu di asah dari semasa ke semasa yang bukan sahaja dalam pelajaran semata-mata namun kebolehan yang ALLAH swt berikan kepada setiap insan dimuka bumi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya seperti dalam sukan, kreativiti yang mereka lahirkan. Setiap apa yang mereka lahirkan dari sudut pandangan, kata-kata hendaklah dihargai oleh semua pihak kerana itulah ilham yang ALLAH swt berikan kepada semua insan.

“Dengan tubuh badan yang sihat mampu memberikan buah fikiran yang positif dan pelajar-pelajar tidak merasa lemah ketika dalam kelas kerana mereka diadakan dengan aktiviti riadah yang telah dijadualkan oleh pasti-pasti sekurang-kurangnya seminggu sekali, katanya”.

“Insya-allah bagi pasti-pasti yang memperolehi kejayaan peringkat akhir, mereka akan mengikuti pertandingan di peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 7hb May di Kawasan Kg Pandan. Dan bagi mereka yang berjaya diperingkat Negeri pula akan terus mengikuti perlawanan di peringkat PASTI Pusat yang akan dijadualkan di Negeri Terengganu pada 21hb May, 2011. Semoga dengan adakan pertandingan ini ukhwah antara pelajar-pelajar PASTI di setiap kawasan dan Negeri akan terjalin lebih dekat lagi”.

Kita juga berharap agar guru-guru PASTI tidak merasa jemu untuk memberi latihan dan didikan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar pasti dalam mengikuti pertandingan ini sehingga peringkat PUSAT. Begitu juga dorongan amat diperlukan oleh ibubapa/penjaga pasti agar sentiasa mendorong anak-anak mereka untuk terus mengikuti pertandingan ini.

Hanya sokongan ibubapa/penjaga kepada Institusi pendidikan pasti dan anak-anak ini akan memberi semangat yang sepenuhnya kepada diri mereka untuk meneruskan perjuangan mereka dalam merebut piala liga ini yang sekali gus akan mengharumkan nama dan pasti mereka sendiri, ujarnya.

Pertandingan liga bola sepak yang semakin sengit ini akhirnya telah diperolehi oleh Pasti Ehsan 1 (Johan), tempat ke dua Pasti Ar-Rahman dan Tempat ketiga jatuh kepada Pasti Ilmi Permata 1.

Manakala bagi pertandingan bola jaring pula dikaut oleh pasukan Pasti Ilmi permata 1, tempat kedua Pasti Ehsan 2 dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasti Ilmi BBS. Bagi pasti-pasti yang tertewas dalam pertandingan ini, mereka telah diberikan hadiah cenderahati bagi memberi sokongan padu tanpa merasa kecewa dalam mengikuti pertandingan ini. Semoga pasti akan terus berkembang dengan berkat doa anak-anak pasti setiap hari, insya-allah.

Editor : khaulah azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI