Mutiara Hadis: Hak Penjagaan Allah SWT
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Aku duduk di belakang Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Aku ajarkan kamu beberapa kalimat.

Hendaklah kamu jaga Allah SWT nescaya Allah SWT jaga kamu, sekiranya kamu jaga hak Allah SWT nescaya kamu dapati Allah SWT berada di depanmu, sekiranya ingin meminta apa-apa mintalah dengan Allah SWT, sekiranya kamu mahu minta bantuan, mintalah dengan Allah SWT. Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh Allah bagimu.
Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh Allah atasmu, pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
Latarbelakang Perawi Hadis
Beliau ialah Abu Abbas Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutollib dan anak saudara kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Baginda pernah mendoakan kepadanya sehinggakan beliau diumpamakan lautan ilmu kerana banyaknya menghafaz hadis Rasulullah SAW. Beliau telah meninggal dunia di Thoif pada tahun 68H.
Makna Lughawiyat
(Ghulam): Budak kecil dalam lingkungan umur 10 tahun (hampir sampai umur baligh). Ia merupakan panggilan Rasulullah SAW kepada anak kecil.
(Kalimat): Ialah himpunan kalimat. Jumlah mufidah, iaitu jumlah yang boleh difahami. Rasulullah SAW mengurangkan kalimat kerana memadai dengan Ibnu Abbas yang masih kecil.
(Jaga Allah): Mengawal diri. Iaitu menjaga sesuatu dengan mengawalnya. Jikalau berjanji hendaklah menunaikan janji tersebut. Tidak mengkhianati akan janji tersebut itulah dinamakan menjaga janji. Begitu juga dalam perihal menjaga ilmu. Apabila hendak menjaga ilmu maka haruslah ditulis (dhobit). Samaada menulis di dada yakni hafaz kalimat ilmu itu ataupun menulis di dalam kitab beserta faham mengenai apa yang ditulis. Sesungguhnya hakikat menghafaz itu ialah bertujuan untuk mengelakkan daripada hilang dan lenyap begitu sahaja.
(Berada di depan):
Bukanlah yang dinamakan menjaga Allah SWT itu adalah berhadapan dengan Allah SWT secara berdepan (face to face) kerana ianya adalah mustahil. Akan tetapi yang dimaksudkan Allah SWT berada di depan kamu itu ialah Allah SWT akan menurunkan bantuan kepada hambanya yang selalu memohon kepadaNYA.
Jaga agama Allah SWT, nescaya Allah SWT akan jagamu.
(Apa yang Allah SWT tulis): Iaitu Qadar Allah SWT sejak azali terhadap manusia.
(Pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering): Ialah kinayah, iaitu selesai suruhan tentang perkara-perkara yang dinasihati Rasulullah SAW lalu tidak boleh diubah lagi dan bertukar ganti.

Kefahaman Umum - Pertama
Hadis ini merupakan pokok pangkal bagaimana mahu memahami tentang penjagaan terhadap hak-hak Allah SWT. Ia menerangkan kepada kita bahawa sifat lemah makhluk bernama manusia lalu sangat berkehendakkan kepada Penciptanya yakni Allah SWT. Kita sebagai manusia usahlah mendabik dada penuh kesombongan mengatakan berkuasa atas sesuatu kerana yang demikian itu boleh mengundang syirik dan kemurkaan Allah SWT.

Kedua
Dalam menasihati umat Rasulullah SAW telah menunjukkan tauladan yang baik dengan menasihati secara baik, penuh kasih sayang dan berhikmah. Baginda selaku orang yang berpengalaman daripada Ibnu Abbas memberikan wasiat berguna sebagai petunjuk kepadanya. Baginda juga memberikan kalam taujihat supaya Ibnu Abbas menyayangi kepada perkara-perkara yang baik.

Ketiga
Rasulullah SAW menasihati supaya tidak melakukan maksiat. Bahkan pengajaran hadis ini bukanlah dikhususkan kepada Ibnu Abbas sahaja, tetapi ianya merangkumi kesemua umat Islam sehingga kini.

Keempat
Kekuatan wasiat ini mempunyai bilah-bilah pengajaran yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Ini terbukti dengan suruhan menjaga hak Allah SWT serta perjanjian Allah SWT ke atas manusia ketika di alam roh semenjak azali lagi. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):”Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”,“atau agar kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?” (Al-A’raf: 172 & 173)
Kelima
Menjaga hak Allah SWT adalah merupakan suatu kaedah berwasiat yang mengandungi kefahaman ketauhidan, keesaan. Ia juga mempunyai makna yang pelbagai antaranya ialah:
1.Tidak mensyirikkan Allah SWT.
2.Hanya semata-mata mengharapkan pertolongan Allah SWT bukan selainNYA.
3.Beriktikad secara halus yang sesungguhnya Allah SWT sahaja berhak memiliki manfaat dan kemudharatan.
Sekiranya kita meminta pertolongan manusia misalnya sewaktu mengalami kesulitan dan tidak melupai akan kepercayaan Allah SWT jualah yang menentukan segalanya. Maka perihal tersebut dinamakan takdir Allah SWT. Pertolongan manusia itu hanyalah merupakan jalan dan wasilah yang telah ditakdirkan Allah SWT. Dengan maksud lain, ia dinamakan ‘asbab’ kita melakukan sesuatu benda untuk mendapatkan sesuatu namun masih dalam ruang lingkup takdir Allah SWT.

Konklusi yang boleh diambil daripada kandungan wasiat Rasulullah SAW:
1.Kalam ini ditujukan dari seorang yang lebih tua kepada kanak-kanak dengan perasaan kasih sayang dan lemah lembut.
2.Kalam ini mengandungi butir-butir pengajaran dari seorang yang berpengalaman.
3.Terpancar keikhlasan dan kebenaran pada setiap kalimah yang dituturkan oleh Rasulullah SAW.
4.Manusia yang mendengar wasiat Rasulullah SAW ini hendaklah sedar lalu seterusnya mengambil input berguna buat pedoman hidup mendatang.
5.Menjadi intipati kepada ketauhidan hanya semata-mata kepada Allah Jalla Wa’ala.
Rujukan:Kitab Jaulah fi dauhah Al-Adab, Dr.Muhammad Ahmad Abu Lufa, Tahun Tiga, Kuliah Syariah Islamiyyah, Tanta.

No comments:
Post a Comment