Friday, November 25, 2011

Tolak 1.0 desak UIAM tunai 2 tuntutan mahasiswa




Gombak : Himpunan Aman Tolak 1.0 yang di hadiri kira-kira lebih 500 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas menunaikan solat Jumaat petang tadi berjaya dilaksanakan tanpa sebarang provokasi daripada pihak polis dan pengurusan UIAM.

Akram Ikram Taib Azamudin, Setiausaha GAMIS berkata, Himpunan Tolak 1:0 adalah bertujuan menyatakan suara Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menuntut dua tuntutan dalam menegakkan kebenaran. Ini adalah bertujuan dalam memastikan mahasiswa bebas berfikir dalam menentukan hala tuju mereka tanpa dicampur tangan ghaib oleh mana-mana pihak.

Antara tuntutan itu adalah tolak campur tangan ghaib yang sering menggangu program mahasiswa , menolak tindakan pihak pengurusan pentadbiran yang berdolak dalik dan tidak professional dalam membuat keputusan.

Jelasnya, kita mohon juga sebarang ketetapan yang di tentukan oleh pentadbiran oleh UIAM perlu di nilai perkembangan mahsiswa.

UIAM tidak seharusnya menyekat suara mahasiswa dalam menyatakan pandangan dan hujah mereka. Seperti apa yang berlaku terhadap Presiden SRC UIAM, Mohd Iqbal Abdul Wahab telah di kecam oleh UIAM apabila beliau terlibat dalam siaran Televisyen Hujah.

Ketibaan beliau mewakili suara mahasiswa di siaran Hujah baru-baru ini telah disekat oleh pihak berwajib dan benar-benar mengcewakan semua mahasiswa.

“Megapa beliau di sekat ?, sedangkan di situ mahasiswa lebih berhujah seluasnya, bersuara dan melontarkan pandangan mewakili semua mahasiswa yang telah dilantik dalam pilihanraya kampus yang telah berlaku dengan adil, tulus dan tiada berlaku rebutan dan pampasan kerusi”.

Justeru itu, kami di peringkat mahasiswa dan mewakil pimpinan GAMIS mendesak agar UIAM dan semua Kerajaan Pusat menyokong mahasiwa dengan baik agar dapat melahirkan mahasiswa yang berpotensi tinggi dalam membina pentas globisasi yang lebih baik, kata Akram dalam sidang media.

Sementara itu, Farzana Omar Jurucakap Pro UIAM, We Unique For Islam (WUFI) pula berkata, kami akan terus perjuangkan isu yang berbangkit di UIAM dengan apa cara sekalipun demi menegakkan keadilan dan hak sejagat .

Jika pihak berwajib enggan menerima tuntutan himpunan Tolak 1.0, maka kami daripada semua mahasiswa akan menyusun strategi yang lebih effectif. Ini adalah bertujuan adalah untuk membuka mata pihak berwajib dan UIAM agar tidak sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja terhadap mahasiswa.

Ingin ditegaskan bahawa kami daripada mahasiswa UIAM bukan seperti lembu yang ditucuk hidungnya. Kami bukan mahasiswa yang mudah di perkotak katikkan oleh pihak UIAM.

Kami bukan Mahasiswa jalanan tetapi kami adalah mahasiswa yang mendapat pendidikan sentuhan daripada para pendidik yang mempunyai ilmu yang tinggi dari sudut sahsiahnya.

Beliau berkata lagi, hari ini kami berhimpun sebagai mahasiswa yang matang dan tidak bersetuju dengan keadaan yang berlaku di UIAM.

Tindakan UIAM yang menyekat kemasukan Ustaz Idrus untuk memberi kuliah di Masjid UIAM , Pembatalan penyertaan Mohamad Iqbal , Presiden SRC UIAM sebagai panel dalam Program Hujah TV9, Prof Dr Aziz Bari di gantung tugasan dan dikenakan siasatan , dan terkini program in Person with Dato’ Saifudin Abdullah di batalkan secara AD-HOC benar-benar mengecewakan kami.

Ulasnya, “Kami benar-benar rasa kesal dengan tindakan UIAM membatalkan program secara AD-HOC dengan alasan “isu AUKU belum diputuskan dan saya tidak tahu program itu dihadiri oleh Timbalan Menteri dan diikuti dengan kenyataan yang berbeza-beza”.

Putar belit yang diberikan oleh pihak UIAM kepada wakil penganjur dan pihak media adalah satu tindakan yang sangat menjelekkan, tidak professional dan telah mengundang kemarahan dan kekecewaan kepada semua warga UIAM dan rakyat Malaysia, katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyentuh isu AUKU dengan membenarkan mahasiswa berpolitik, kami mendesak kerajaan agar mengotakan janji dan mengeluarkan surat dan dokumentasi hitam putih sebab kami tidak mahu janji yang berikan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib adalah satu omong-omong kosong yang ingin meraih undi muda.

Kami tidak mahu Najib terus putar belit kenyataan kepada semua mahasiswa seperti fenomena yang berlaku hari ini untuk lupuskan ISA tetapi sehinggakini 9 orang masih di tahanan ISA. Ini sudah jelas membuktikan Najib gagal melaksanakan janjinya.

Beliau juga memberi jaminan mahasiswa tidak akan membawa politik luar kedalam kampus sekiranya AUKU di lupuskan kerana mahasiswa mempunyai pandangan dan identitinya tersendiri.

Justeru itu, kami daripada mahsiswa mahukan jaminan daripada (PM) untuk mengotakan janjinya dalam isu AUKU, kata farhana di sidang media perkarangan Masjid UIAM petang tadi dengan laungan takbir oleh semua mahasiswa, tolak-tolak, Tolak kezaliman, Tolak- tolak, Tolak penindasan, tolak-tolak, Tolak campur tangan . Tegak-tegak, tegak kebenaran, hidup-hidup, Hidup Islam, hidup-hidup, Hidup mahasiswa, tegak-tegak, Tegak kebenaran. Takbir, Allahuakhbar.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI