Tuesday, April 30, 2013

SKIMSEL AKAN TERUS DI LAKSANAKAN BAGI BELA NASIB RAKYAT TAHUN ke2 PR Memerintah


Batu Caves ,  : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves , Amiruddin Shaari ketika bertemu rakyat di Sungai Tua Batu Caves menyarankan agar rakyat sentiasa merebut peluang perniagaan di negeri Selangor.
ADUN Batu Caves Amiruddin Shari edar risalah kepada rakyat
Beliau berkata, pada Ogos 2010 kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sehingga kini telah mengambil langkah proaktif bagi membela nasib rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Selain itu membantu semua peniaga mengembangkan perniagaan mereka melalui SKIMSEL yang telah diilhamkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Alhamdulillah semenjak SEKIMSEL di rasmikan ramai rakyat Selangor telah merebut peluang dan kebanyakkan diantara mereka telah memperolehi bantuan daripada kerajaan negeri Selangor. Peruntukan sebanyak RM50 Juta yang disalurkan oleh kerajaan Negeri (PEMERBADANAN) (MBI) telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurusan SKIMSEL di dalam usaha menaiktaraf hidup rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan isirumah di bawah RM1,500.00 terutama  kawasan luar bandar , katanya”.

Menurut Amiruddin, dengan adanya SKIMSEL seramai 7 ribu rakyat selangor telah menyertai  skim tersebut dengan jumlah pinjaman modal yang di keluarkan menghampiri RM42 Juta.  Jumlah penyertaan di jangka bertambah pada tahun 2013 dengan  SKIMSEL mensasarkan  kemasukan peserta baru seramai  20 ribu peserta menjelang 2015 dengan pinjaman modal sebanyak RM150 Juta. 

Tambah beliau, di DUN Batu Caves  lebih kurang 300 orang yang telah mengambil kesempatan untuk membuka perniagaan mereka dan apa yang kita lihat mereka telah Berjaya dalam perniagaan yang di ceburi. Saya juga di fahamkan rata-rata rakyat selangor yang telah membuat pinjaman ini telah membuat bayaran dengan baik dan ia amat memberangsangkan sebanyak 99% . Dengan bantuan yang diberikan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sekaligus membela nasib rakyat daripada hidup kesusahan, tidak mempunyai peluang pekerjaan dan sebagainya.  

Justeru, insya-Allah  mandat yang diberikan oleh rakyat kepada  kerajaan Selangor (PR) untuk tahun kedua ini kita akan terus membantu rakyat melalui SKIMSEL, katanya.
Salmah Samsuddin, peniaga kecil
Seorang peniaga Salmah Samsuddin, yang mengalami stroke separuh badan  dua tahun lalu dan merupakan ibu tunggal lahir rasa kesal selama beliau memulakan perniagaan tidak siapa yang sudi membantu.

Beliau berkata, saya rasa kesal selama pemerintahan kerajaan UMNO 50 tahun, kebajikan saya tidak di jaga. Saya pernah meminta bantuan daripada bekas ADUN BN, dan badan kebajikan namun permohonan saya tidak dipedulikan.

Ini berbeza dibawah pengurusan kerajaan Selangor (PR) dimana saya dapati ramai nasib wanita, peniaga di bela. Golongan muda yang tidak bekerja diberi peluang untuk membuka perniagaan. Meskipun saya tidak berkesempatan menerima bantuan perniagaan kerana kesihatan tidak mengizinkan namun saya tumpang gembira kaum wanita  disini dan peniaga di negeri Selangor terbela. Saya harap negeri ini akan terus di urus oleh kerajaan PR dibawah pengurusan ekonomi selangor terbaik iaitu Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim, katanya ketika ditemubual oleh wartawan.
Turun padang ziarah pengundi dari pintu ke pintu
Menurut Salmah selama terlibat dalam perniagaan makanan ringan semenjak suaminya telah meninggal beliau sering rasa tertekan melihat kenaikan harga barang yang semakin melonjak.

“Saya menanggung seramai  empat orang anak yang masih kecil.  Dengan pendapatan tidak lebih RM500 kadangkala buat saya menangis untuk membayar yuran sekolah, pakaian dan keperluan anak-anak. Walaupun kesihatan tidak mengizinkan namun keperluan mereka perlu diberi. Justeru untuk ini kali lah saya memberi sokongan penuh kepada ADUN Batu Caves dan kerajaan negeri Selangor,  yang banyak membantu rakyat disini dan memastikan Selangor terus di urus oleh PR”, katanya.

Wartawan di fahamkan penduduk di sekitar Sungai Tua, semenjak terbubarnya parlimen  sehingga menjelang PRU13 wakil  UMNO  tidak  turun padang bertemu dengan rakyat disini.

Editor : Khaulah Azwar
  











Pengundi Tidak Mahu Calon UMNO DUN Batu Caves



Taman Selayang , 29 April : Rata-rata penduduk DUN Batu Caves merasa terharu dan berpuas hati dengan lawatan ziarah yang di lakukan oleh Calon N16, PKR DUN Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Amirudin Shari Calon PKR N16, Batu Caves Prihatin dengar suara rakyat

Seorang pengundi Marina Fakhir Khan yang menerima ziarah daripada calon berkata, kalau boleh saya tidak mahu ADUN Batu Caves yang bakal mengurus kawasan ini di ambil alih oleh UMNO –BN kerana sepanjang mantan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari menjaga kawasan ini beliau banyak membantu rakyat.

Tenaga muda dan sikap keperihatinan beliau sepanjang tempoh lima tahun telah di bukti kepada rakyat bahkan isu-isu di DUN Batu Caves banyak di selesai dengan baik.

Ini tidak berlaku semasa pemerintahan kerajaan UMNO-BN mengurus kawasan ini selama 50 tahun yang lalu, kata Marina kepada pemberita selepas menerima lawatan ziarah daripada Calon PKR DUN Batu caves, Amiruddin Shaari bersama petugas – petugas pilihanraya.

Menurut Marina, semenjak DUN di bubarkan , penamaan calon  dan sehingga hari ini  penduduk di sini tidak menerima lawatan ziarah daripada calon  UMNO- BN samada di peringkat DUN mahupun daripada Parlimen Gombak.
Petugas Pakatan Rakyat DUN Batu Caves mengiringi Calon Rayu Undi

Ujarnya, “tidak-tidak saya sentiasa menanti kedatangan calon ADUN  dan Ahli Parlimen Gombak  daripada UMNO begitu juga petugas UMNO  disini tetapi perkara ini tidak berlaku. Perkara yang berlaku adalah petugas-petugas UMNO –BN telah menampal stiker “Keluarga ku pengundi BN”.

Kami penduduk disini selar tindakan petugas UMNO yang menampal stiker bendera di kawasan perumahan ini kerana stiker yang ditampal telah merosak cat rumah. Kebanyakan pengundi disini yang dulu sokong UMNO telah banyak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Tindakan mereka melekat stiker di kawasan perumahan ini ibarat macam lanun seperti cerita P.Ramlee. Semua rumah di pangkah agar rumah dimasuk pencuri begitulah tindakan UMNO –BN, katanya”.

Tambah Marina lagi,  hanya tinggal seminggu rakyat akan buang undi. Sebelum tiba pilihanraya kami ingin tahu apakah manifesto dan gula-gula pilhanraya yang UMNO ingin beri pada rakyat lagi. Apakah mereka akan bertemu rakyat disini. Manifesto yang diberikan Pakatan Rakyat amat menarik dan pada PRU12 kebanyakan telah di laksanakan. Maka saya yakin PRU13 Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji manifesto mereka.  

Marina yang mengalami diabetis sehingga kaki di potong, sakit jantung  50 tahun lalu berkata “apa yang diberikan UMNO seperti kain batik, tabur duit pada pengundi sebagai rasuah akan kami ambil kerana itu semua hak rakyat tetapi bila tiba pilihanraya kami akan pilih pengurusan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang Berjaya mengurus negeri Selangor dengan telus tanpa rasuah, ”.
Pengundi minta agar dibawa keluar mengundi pada 5 Mei.

Sementara itu, calon PKR Amiruddin Shaari pula berkata, insya-Allah pengundi-pengundi OKU akan saya minta petugas mengambil mereka pada pilihanraya nanti. Keadaan mereka yang tidak berupaya namun semangat wajar yang ada pada mereka untuk buang undi perlu kita bantu. Tidak kira parti apa yang mereka ingin pilih.

Menurut Amiruddin tindakan petugas UMNO yang menampal stiker “Keluarga kami pengundi BN” tidak sepatutnya berlaku. Ini merupakan satu pencerobohan kawasan perumahan sehingga rakyat rasa marah denga menampal stiker yang boleh merosakan cat rumah rakyat”.

Katanya, kita harap petugas-petugas UMNO melakukan kerja pilihanraya dengan professional tanpa merosakan hubungan kekeluargaan. Dengan menampal stiker ada di sebuah keluarga yang ada pengundi UMNO dan ada juga pengundi Pakatan Rakyat. Bila mereka tampal stiker tersebut berlaku pergaduhan antara anak beranak.

Justeru, saya harap perkara ini tidak berulang lagi kata Amiruddin Shaari kepada pemberita selepas mengedar risalah dan lawatan ziarah pengundi awal pagi tadi di kawasan DUN Batu Caves.

Editor : Khaulah Azwar
  

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI