Sunday, June 26, 2011

CERAMAH BERSIH GOMBAK MENJADI CERAMAH KOTOR

Gombak - Ceramah Umum bagi mengupas isu-isu semasa yang sepatutnya berlaku dengan keadaan tenang telah menjadi tragedis dimana malam tadi hampir ceramah tesebut di batalkan berikutan hampir 100 anggota polis telah membuat sekatan di sekitar gombak.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Utz Syarhan Humaizi Abd Halim, berkata “ Kami dari pimpinan PAS Gombak benar-benar merasa kesal dengan tindakan polis. Ceramah tersebut sepatutnya berlangsung dengan aman tetapi menjadi sebaliknya sedangkan kami sudah meletakkan “Banner” dan edaran risalah 5 hari sebelum tarikh ceramah diadakan”.

Menurutnya, ceramah tersebut diadakan sempena pelancaran Semarak Gelombang Hijau peringkat PAS Gombak yang melibatkan kawasan DUN Hulu Klang dan DUN Batu Caves juga yang telah berlangsung pada hari sabtu. Sempena Pelancaran Gelombang tersebut diadakan berbagai program muslimat, Nisa’ dan Pemuda PAS Gombak.

Antaranya diadakan membuka kaunter pendaftaran daftar pemilih (SPR), Kaunter Pembukaan Keahlian PAS. Kaunter petugas juga telah didatangi oleh 3 anggota polis untuk membuat semakan samada kami megedar risalah BERSIH 2.0 atau tidak. Mereka telah memberi amaran agar tidak sekali-kali mengedar risalah Bersih 2.0.

Sepanjang program 2 hari itu, semua petugas PAS telah membuat edaran risalah berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan Negeri Selangor dan akhbar Selangor kini dari rumah kerumah.

Diadakan sukan pemuda, senaman aerobic Nisa’ Gombak. Ahad malam diadakan ceramah umum untuk diadakan pelancaran Bersih. Namun ianya telah menjadi ceramah kotor yang sudah pasti telah di dalangi oleh puak UMNO/BN.

Semua rakyat yang hadir malam itu, melihat sediri beratusan polis yang datang dengan membuat pengumuman di sekitar taman perumahan Gombak. Siren Polis dipasanng memberi amaran agar rakyat tidak menghadirkan diri dalam ceramah ini. Mereka cuba menghasut dan menakut-nakutkan rakyat. Tetapi alhamdulilah walaupun mereka membuat tindakan tersebut ceramah itu telah dihadiri dengan begitu ramai sekali untuk memberi sokongan padu.

Jelasnya lagi, pihak polis telah mendirikan khemah di tempat sepatutnya ceramah umum di adakan di grenwood shell semenjak Jumaat 24hb Jun, 2011 sehingga malam tadi diadakan sekatan jalan menyebabkan jalan sekitar gombak mengalami kesesakan yang teruk.

Dengan sekatan di buat oleh pihak polis, maka pihak kami terpaksa mengubah tempat ceramah yang telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia. Hampir ribuan yang hadir di ceramah tersebut dalam keadaan padang yang gelap tanpa didirikan khemah. Namun semua tidak berpatah hati untuk terus menghadirkan diri ke ceramah itu walaupun tidak disediakan tempat duduk yang selesa..

Ulasnya lagi, walaupun dijalankan di premis persendirian, mereka masih lagi cuba mengganggu ceramah ini yang menyebabkan ceramah tersebut sepatutnya dikupaskan isu semasa tetapi telah menjadi tazkirah ceramah israk mikraj yang di sampaikan oleh YDP PAS Gombak, Ustz. Sallehuddin Nasir.

Pihak polis hanya membenarkan kami membuat ceramah sehingga 11.30 mlm dan tidak dibenarkan mengupas isu berkaitan dengan BERIH 2.0, katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PAS Gombak Adul Rashid Abdullah pula berkata, Ceramah BERSIH anjuran Pemuda PAS Gombak malam tadi di PKM ADUN Gombak Setia diakhiri dengan penangkapan seorang penduduk setempat yang datang bersama keluarganya.

Kita di fahamkan mangsa yang ditangkap adalah kerana memakai baju Bersih 2.0. Beliau memakai pakaian tersebut didalam dan diluar pakaiannya dipakai “vest” PAS. Hanya memakai pakaian Bersih beliau ditangkap dan isteri serta 2 orang anaknya juga diheret ke balai polis. Kita benar-benar kesal dengan tindakan agresif yang dilakukan oleh pihak polis.

Diakhiri ceramah dengan membaca Doa Qunut Nazilah dan Laungan Takbir yang dibawa oleh Ust Riduzan Md Noor, ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat. Selepas ceramah seramai 20 petugas Pemuda PAS Gombak menghadirkan diri ke Balai Polis Gombak sehingga 2 pagi untuk bertemu dengan pihak polis untuk membebaskan mangsa terlibat. Baju yang dipakai oleh mangsa dirampas oleh pihak polis.

Katanya, “Polis dan seluruh jentera kerajaan digunakan bagi memuaskan nafsu serakah pimpinan UMNO/BN yang mahu terus kekal berkuasa. Namun mereka seharus ingat kuasa Allah SWT adalah lebih besar, semakin mereka menindas rakyat semakin rakyat akan memberontak. Kita lihat nanti 9hb Julai betapa seluruh rakyat diseluruh Malaysia menentang kezaliman UMNO/BN dengan menyertai Himpunan Bersih 2.0 kita tunggu dan lihat”.

Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI