Wednesday, August 1, 2012

Kerajaan Negeri Serius Atasi Isu Air Selangor



Putrajaya : Isu Air  Selangor yang dimanuplasikan  Kerajaan Pusat dengan mendapat kerjasama Syabas   bagi tujuan menakut – nakut semua rakyat Selangor telah mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam kenyataan sidang media  selepas mengadakan  satu pertemuan dengan Menteri Tenaga Teknologi Hijau  Dan Air, Dato' Sri Peter Chin Fah Kui dengan menghantar surat bagi mengatasi isu Air  yang berlaku di Selangor, berkata, “Kerajaan Selangor memandang serius tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang telah menunjukkan prestasi yang begitu tidak professional dalam  mengatasi isu air di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpanggil untuk bertindak atas dakwaan dan tindakan SYABAS yang mencetuskan panik dan kebimbangan di kalangan rakyat  Selangor dengan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan seolah-olah ada krisis air di Selangor”, ujarnya.

Tambah beliau,  tindakan SYABAS membuat kenyataan mahu mencatukan air di Selangor kerana dikatakan sudah mencapai tahap yang  begitu serius. 

Justeru, kerajaan Selangor sebagai kerajaan yang bertangungjawab dan memandang berat tentang bekalan keperluan asas kepada rakyatnya iaitu Air terus memutuskan untuk menghantar delegasi EXCO Kerajaan Selangor.

Tujuannya untuk menyatakan hasrat mahu 'campurtangan' dalam urusan pengendalian bekalan air di syarikat yang telah dipilih oleh pemerintahan BN dulu khususnya SYABAS.

Sudah jelas Syabas dalam kenyataanya mengakui mereka gagal menjalankan tugas   dengan cekap dan berkesan seperti yang dimeterai dalam perjanjian konsesi air.

Peruntukan dalam klausa 32 memberikan ruang untuk kerajaan negeri sebagai pihak yang penting dalam perjanjian tersebut untuk 'campurtangan' sekiranya syarikat SYABAS gagal memainkan peranan, jelasnya.

Dr Halimah merangkap ADUN Selat Klang menambah lagi, “satu pasukan yang terdiri daripada CEO KDEB, 1jurutera, 1 akauntan, dan penasihat undang-undang  akan meneliti kesahihan yang dikatakan krisis air seperti yang digembar gemburkan oleh SYABAS dan Menteri UMNO-BN.

Analisa secara objektif dan pencarian faktor utama kekecohan yang menyebabkan gangguan bekalan air mahu diselesaikan oleh kerajaan Selangor demi menjaga keselesaan rakyat lebih-lebih ketika ummat Islam menghadapi Ramadhan”.


Hadir sama dalam deligasi tersebut,  Dr. Xavier, Iskandar A. Samad , Ronnie Liu dan Dr Halimah Ali. 


 Editor : Khaulah Azwar




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI