Tuesday, March 29, 2011

Piala Bowling Nisa', Datuk Hasan Mohamed Ali jadi rebutan




Gombak- Setiap tahun Piala Dato' Hasan Mohamed Ali menjadi rebutan dikalangan beliawanis dan wanita tanpa mengira umur dan daerah.

Meskipun pertandingan ini dibuka kepada golongan 15thn-40 thn untuk kawasan Parlimen Gombak namun ianya telah mendapat sambutan yang amat baik sekali. Ini adalah kerana beberapa peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada umur 40thn keatas dan mereka datang daripada kawasan luar Daerah Gombak untuk bersama menjayakan Pertanding Bowling Nisa' Gombak.

Tanpa diduga sama sekali sambutan ini telah dihadiri lebih 150 penyertaan termasuk ahli Nisa' Gombak untuk menyertai pertandingan sengit ini.

Fazilah Abu Hasan, 25thn merupakan pengarah program Nisa'Bowling Gombak berkata, "alhamdulilah, akhirnya misi Nisa' Gombak tercapai juga untuk mengadakan bowling Nisa ' dengan satu hasrat untuk membawa generasi-generasi muda khususnya kearah kebaikan daripada mereka terlibat aktiviti-aktiviti gejala sosial".

"Sebanyak 25 pasukan telah menyertai bowling ini yang datang bukan sahaja daripada Kawasan Parlimen Gombak malahan Kawasan Klang, Sentul, Kepong, Selayang, S.Alam , Hulu Klang telah bersama dengan Nisa' Gombak".

Luar jangkaan kami sebenarnya, kerana sasaran kami tidak melebihi 100 penyertaan namun unuk menolaknya kami rasa tidak sampai hati. Maka dengan itulah kami memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk menyertainya. Bahkan semasa program ini berjalan juga masih ada yang berhubung untuk menyertainya.

Namunpun begitu, kami tidak boleh buat apa-apa lagi kerana bimbang melebihi penyertaan pula. Insya-ALLAH akan datang mereka yang tidak dapat menyertai tahun ini, akan diberi peluang untuk bersama Nisa' Gombak dalam berbagai acara yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Antara aktiviti Nia' Gombak yang sudah dilakukan adalah Mendaki Gunung, Sukanneka, Teen-circle, Perkhemahan, Mengcungkil bakat Nisa' dalam kesenian Islam (Pertandingan nasyid diperingkat negeri), Pertandingan mejahit sulaman dan sebaginya. Selain daripada itu ahi-ahli Nisa' juga tidak ketinggalan diberikan majlis-majlis ilmiah seperti usrah Nisa' yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Dengan kerapnya perjumpaan bersama ahli-ahli ukhwah dan kasih sayang semakin bertaut sepeti adik beradik.

Katanya lagi, "apa yang kita lihat hari ini rata-rata yang hadir dalam bowling nisa' mereka rasa gembira dengan perlawanan ini. Perlwanan bowling ini, bukan sahaja diberi peluang kepada beliawanis malahan para pelajar yang bersekolah diperingkat Menengah, IPT, dan kaum ibu turut bersama kami".

Ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan. Mungkin yang penat bekerja rasa dapat hilang tekanan di tempat kerja, bagi mereka yang masih belajar mereka rasa seronok berjumpa dengan teman-teman baru. Begitu juga kaum ibu yang penat bertugas dirumah apabila diberi peluang beriadah rasa ringan tanggungjawab dirumah apabila suami memberi kelepasan seketika bagi memberi kepuasan kepada isteri-isteri mereka untuk mencari hiburan yang berfaedah diluar dengan menyertai Nisa".

"Selaku Pengarah program saya ingin merakamkan juga terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Ahli Majlis MPS Zon 11, Pn Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 13 Ustaz Hasbullah Ridzuan dan semua yang telah memberi sumbangan tenaga, wang dan dorongan pada semua ahli-ahli Nisa' Gombak bagi menjayakan program ini".

Insya-allah mereka yang berjaya akan menerima replika cek bernilai RM800 tunai, Hamper dan Trofi, tempat kedua mereka akan menerima wang tunai sebanyak RM300 dan trofi dan tempat ketiga mereka akan memperolehi wang tunai RM150 dan trofi. Namunpun begitu bagi mereka yang tewas mereka akan mendapat hadiah cenderahati yang berstatuskan pemain terbaik masuk longkang. Semoga dengan penyediaan hadiah-hadiah yang menarik ini mendorong semua pemain untuk terus bermain dengan bersungguh-sungguh tanpa berlakunya cantasan daripada mana-mana pihak, katanya".

Sementara itu, Pn Norfauziah Isa ibu kepada 3 orang anak berusia 42thn bekerja di Ayamas Klang, berkata "Saya sanggup ambil cuti tahunan untuk menyertai pertandingan ini. Perlu adanya riadah dalam diri kita juga, kalau asyik bekerja rasa memang jadi tekanan kerana berhadapan dengan berbagai orang.

Dengan peluang yang ada inilah ,saya rebut peluang untuk menyertai pertandingan bowling Nisa' walaupun setiap tahun menyertainya dan tidak berpeluang untuk menang namun ianya tidak membuatkan saya berputus asa dan sebaliknya saya terus mencuba. Semoga satu hari nanti saya akan menjadi johan bowling Nisa' Piala Datuk Hasan Ali yang menjadi rebutan semua pasukan ".

"Yang membuatkan hati saya tertarik dengan Nisa' gombak adalah cara pendekatan mereka terhadap masyarakat luar. Mereka pandai mengsesuaikan diri ketika berinteraksi dengan orang luar. Ini ditunjukkan setiap kalai mereka mengadakan program bersama remaja-remaja dan program-program ke masyarakatan".

Pn. Normaini Mohd Noh, 31thn bekerja di Pusat Giat Mara ketika ditemui beliau sedang menidurkan anaknya. Katanya, saya dan suami memang gemar dengan sukan bowling. Alhamdulilah suami memahami minat saya dan tiada halangan untuknya membawa anak kecil bersama.

"Sudah hampir 1thn lebih rasanya saya tidak menyertai pertandingan bowling, tetapi dengan mendapat informasi daripada kawan-kawan maka saya ingin menyertai pertandingan ini. dan ingin aktifkan diri dalam sukan kembali. Bagi saya walaupun ada anak kecil namun ianya tidak menjadi penghalang untuk saya untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan dan beriadah", katanya.

Dengan sorakan yang begitu meriah sekali daripada semua pasukan yang hadir, akhirnya acara kemuncak ini telah menjadi bertambah sengit dan sangat mendebarkan buat semua pemain-pemain. Banyak persoalan yang bermain diminda setiap pasukan dan menjadi teka-teki kerana semua pasukan yang hadir telah menunjukkan skill yang mantap. Kumpulan manakah yang berjaya membawa pulang Piala Bowling Nisa' Gombak.

Penyokong-penyokong yang hadir sentiasa memerhatikan "score board " yang terpapar di screen bowling tersebut. Tanpa disangka akhirnya semua mata telah tertumpu kepada kumpulan Humairan daripada Sentul. Pasukan ini yang terdiri daripada golongan beliawanis yang telah memecah rekod gombak dengan pungutan mata sebanyak 564 . Mereka terdiri daripada Norizan Mohd Nasir, Norfitrina Rohani, Norasikin Mustafa, Farah Wahid.

Norizan yang merupakan ketua pasukan tersebut melahirkan rasa terharu dan tidak disangka tanpa membuat latihan yang secukupnya kami telah menjadi juara pertandingan Bowling Piala Dato' Hasan Mohamed Ali 2011 yang sudah pasti menjadi rebutan semua pasukan. Semoga pertandingan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendorong anak-anak muda untuk melibatkan aktiviti yang berfaedah seperti ini.

Dengan adanya aktviti ini, kami juga rasa terharu apabila melihat kakak-kakak Nisa' Gombak "very sporting" walaupun kebanyakkan yang menyertai pertandingan ini tidak memakai tudung, berbaju ketat, namun ianya tidak menjadi ukuran kepada Nisa' untuk bersama kami.

Yang menariknya semasa slide show Nisa' Gombak dibentangkan, ramai yang melihatnya rasa terpegun terutama peserta-peserta yang dikategori "social life" . Kami benar-benar berminat dengan aktiviti Nisa'. Kita lihat aktiviti-aktiviti "Nisa' gombak betul-betul mencabar. Daripada darat masuk ke laut, mereka mendaki gunung, berbasikal dan sebagainya. Dengan aktiviti-aktiviti seperti ini saya yakin keahlian Nisa' Gombak sudah pastinya ramai .

Ini jelas terbukti apabila dilihat kaunter pendaftaran ahli Nisa' dan daftar pemilih (SPR) yang dibuka hari ini mendapat sambutan ramai, tahniah buat semua ahli Nisa' yang berjaya mengumpul ahli-ahli baru pada hari ini, katanya.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Wakaka (Kepong) yang merupakan golongan pelajar dengan memperolehi mata pungutan sebanyak 544 yang terdiri pelajar -pelajar Sek.Men. Keb. Raja Abdullah. Mereka menyatakan sangat gembira menyertai pertandingan Nisa' Bowling dan tidak pernah bermimpi sama sekali telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan ini.

Ili Nadrah Bt Rosli lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sesi 2010 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan lalu menyatakan "Pada mulanya saya tidak tahu apakah maksud Nisa' Gombak dan peranannya didalam kemasyarakatan. Apabila saya membuat research dalam blog Nisa' Gombak, baru saya tahu ia merupakan satu pertubuhan yang terdiri daripada Muslimat. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam blog mereka juga sangat menarik hati saya.

Saya juga melihat Nisa' menerima sesiapa sahaja tanpa mengira parti. Ini merupakan satu kaedah mendekati golongan muda terutamanya dalam menyebarkan dakwah. Ibu saya juga telah menggalakkan saya bersama adik-adik untuk menyertai pertandingan ini dan insya-allah kami juga akan menyertai Nisa'.

Secara kebetulan dalam masa terdekat ini, sekolah adik saya akan mengadakan pertandingan . Dengan menyertai pertandingan Bowling Nisa' sekali gus memberi peluang kepada kami untuk membuat latihan sebelum mengikuti pertandingan diperingkat sekolah.

Harapan saya juga semoga Nisa' gombak mempelbagaikan aktiviti mereka untuk menarik golongan belia khususnya untuk menyertai Nisa'.

Dan tempat ke tiga telah dimenangi oleh Pasukan PKW Bt Caves bagi mempertahankan kemenangan untuk parlimen gombak dengan berjaya memungut mata sebanyak 494 markah.
Ketua pasukan PKW Bt caves, Pn. Masdiana Mohamad, yang merupakan isteri kepada ADUN Batu caves (Y.B Amirduddin Shari) turut menyertai pertandingan ini berkata " tahniah kepada Ahli-ahli Nisa' Gombak yang merupakan tulang belakang kepada Dewan Muslimat PAS Gombak yang telah berjaya mengadakan pertandingan ini.

Mereka telah menarik ramai golongan beliawanis, para pelajar dan golongan wanita tanpa mengira parti dengan berbagai cara untuk menyertai sukan ini. Rasa begitu tercabar dengan cara permainan mereka. Lebih-lebih lagi adik-adik yang bersekolah menyertai perlawanan ini. Mereka sungguh berbakat dan perlu menyerlahkan bakat mereka lebih luas lagi dengan menyahut cabaran setiap program-program yang dianjurkan selain bowling.

"Dengan pertandingan yang di diadakan oleh Nisa' Gombak, mereka juga telah berjaya menarik beliwanis menjadi ahli Nisa' gombak. Aktiviti-akiviti mereka sangat menarik. Tahniah dan syabas buat mereka semua.

Semoga Nisa' yang merupakan tulang belakang kepada Dewan Muslimat terus mantap dengan mengadakan berbagai aktiviti bagi menyebarkan dakwahnya, insya-allah", katanya.

Bagi pasukan juara longkang tidak pulang dengan hanya tangan kosong sahaja, mereka telah mendapat hadiah yang menarik dengan mendapat hadiah cenderahati daripada ADUN Gombak Setia.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI