Wednesday, January 5, 2011

Mais & Jais "Digesa buat Keputusan siapa yang sepatutnya membuat pemantaaun Penjualan Arak"

Bandar Baru Selayang - Berbagai aduan yang telah diterima sejak akhir-akhir ini yang diberikan oleh penduduk sekitar disini .

Ini berikutan apabila melihat pengusaha premis yang menjual arak kepada berbagai bangsa samaada golongan belia mahupun warga emas yang tiada pemantauan oleh pihak berkuasa dari sudut umur, syarat atau terma dan waktu premis beroperasi.

Keadaan ini amat membimbangkan pihak pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer dan PAS Kawasan Selayang kerana dengan kemasukan berbagai jenis arak tanpa kawalan, sudah pasti akan memberi kesan kepada penduduk dan sekaligus akan berlakunya peningkatan gejala sosial.

YDP PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras PKM DUN Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman yang turut turun padang untuk bersama menjayakan operasi bersepadu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) baru -baru ini dengan kerjasama Polis, JPJ, pejabat Tanah di kawasan Rawang bagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit dikawasan tersebut .

Mohamad berkata, "Aduan ini telah saya terima banyak kali oleh rakyat. Berikutan dengan itu pihak kami mengambil inisatif untuk membuat serbuan keatas premis berkenaan. Walaupun syarat dan terma telah diberikan dengan jelas oleh Pejabat tanah, dan masa operasi ditentukan oleh pihak MPS".

Namunpun begitu, apa yang kita lihat terdapat beberapa premis yang masih berdegil, tidak memberi kerjasama dan tidak mematuhi syarat tersebut sehinggakan mereka berani membawa masuk dan menjual berbagai jenis arak yang tidak dibenarkan untuk dijual".

Berikutan hasil turun padang, disini saya ingin mendapatkan kepastian dan kata putus daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan "siapakah yang sepatutnya memantau penjualan arak".

Terdahulu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali telah melantik 4 orang pegawai nazir masjid bagi membantu menjalankan tugas ini tetapi perlantikan itu tidak mendapat iktiraf oleh MAIS dan sehingga kini ianya menjadi tergantung dan tiada solusi bagi mengatasi masaalah ini.

Katanya lagi, mungkin dengan tiada kata putus dari pihak MAIS maka ianya menyebabkan pihak pengusaha arak mengambil kesempatan dengan membawa berbagai jenis arak untuk dijual kepada sesiapa tanpa mengira bangsa dan peringkat umur dengan harga yang murah .

Oleh itu, selaku YDP PAS Kawasan Selayang saya rasa begitu teruja untuk menjalankan tanggungjawab amal maaruf nahi mungkar terutamanya kepada umat islam agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini terutamanya kepada Umat ISLAM.

Saya dapat merasakan bahawa isu ini tiadak akan selesai sekiranya tiada mendapat kerjsama dari semua pihak. Rententan daripada itu saya ingin mencadangkan agar Y.B Dato' Hasan dapat membuat mesyuarat khas bersama pihak MAIS dan JAIS agar isu jual arak ini dapat diatasi dengan segera terutamanya "Siapakah yang harus membuat pemantauan kemasukan dan menjual arak".

Sekiranya mesyuarat ini tidak dilaksanakan, sedikit sebanyak rakyat akan menyalahi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) terutamanya kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam juga walaupun peringkat permulaannya telah dibuat oleh Dato' Hasan tetapi mendapat tentangan.

Oleh itulah, kita sebagai saf pimpinan PAS berharap cadangan ini diterima oleh semua pihak terutamanya MAIS, JAIS, katanya.

Selain daripada itu, perlunya ada lokasi tertentu agar mereka tidak sewenang-wenangnya membuka premis dimana -mana sahaja dengan tidak mempunyai lesen jualan.

Ianya amat penting bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan yang kerap perlu dibuat oleh pihak berkuasa. Jika dibiarkan pasti akan memberi gambaran yang buruk kepada negara ini juga.

Mohamad berharap semoga gesaan dan cadangan yang dikemukakan ini diterima oleh semua pihak terutamanya pihak MAIS dan JAIS yang akan bertanggungjawab diakhirat kelak apabila kemungkaran yang berlaku tidak dilaksanakan dengan segera.

Sekiranya ada pihak yang menjalankan tugas ada pula yang menentangnya ibarat meredhai apa yang berlaku ujarnya dengan kesal ketika ditemui di PKM DUN Tmn Templer disini hari ini .


Editor :khaulah Azwar

I8 keluarga Rimba Templer dapat perhatian


SELAYANG – Lokasinya agak tersorok tetapi kawasan ini hanya banyak dikunjungi orang luar, menyebabkan ramai tidak menyangka terdapat 18 keluarga tinggal di pinggir kawasan rekreasi Taman Rimba Templer, di sini.


Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Husnal Azhari Sanusi berkata, mungkin ramai yang tidak tahu kawasan ini terdapat penduduk menyebabkan mereka tidak mendapat perhatian dan terasa dipinggirkan oleh masyarakat luar di situ.

“Saya baru mengetahui terdapat penduduk yang tinggal di sini setelah dimaklumkan dalam satu program di sini. Difahamkan disebabkan bilangan mereka yang kecil, boleh dikatakan mereka langsung tidak terlibat dalam sebarang program kemasyarakatan di situ selama ini.


“Permohonan mereka terhadap apa-apa masalah sebelum ini juga tidak dilayan oleh Kerajaan UMNO/BN dahulu dengan alasan bilangan penduduk yang sedikit”.


“Setelah mendengar masaalah dan aduan penduduk disini, Jadi kita mengambil inisiatif untuk mendekati mereka dengan mengadakan program seperti hari ini. Ini adalah bertujuan agar penduduk disitu tidak merasakan diri mereka disisihkan oleh sesiapa,” katanya.


Husnal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 berkata demikian dalam program Hari Keluarga Penduduk Taman Rimba Templer dan penyampaian 30 beg dan peralatan sekolah kepada anak-anak penduduk di situ.


Menurutnya lagi, “insya-allah kita akan adakan lebih banyak program seumpamanya untuk penduduk di situ, diantaranya termasuklah membantu menyediakan tenaga pengajar mengaji al-Quran”.


“Kita akan bantu menempatkan tenaga pengajar dalam masa terdekat kerana difahamkan kebanyakan penduduk disini terpaksa menghantar anak mengaji hingga ke Bandar Baru Selayang dan kedudukannya agak jauh”.


“Jadi, kita harap hasrat murni kami untuk mengadakan program mengaji al-quran setiap minggu terutama untuk kanak-kanak, wanita dan keluarga di sini dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Ini adalah penting untuk melahirkan generasi yang beriman agar mereka tidak ketinggalan dalam ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Melalui ilmu orang akan hormat kita dan tidak semudah itu diperlekehkan oleh sesiapa” katanya.


Menurut Husnal, selain daripada itu antara masalah penduduk yang telah disuarakan kepada pihak JKP seperti keretakan rumah akibat pembangunan yang berhampiran dan isu kemudahan awam yang sukar didapati. Insya-allah kita akan cuba perbaikikan keadaan ini dengan segera untuk keselesaan penduduk di situ.


Sementara itu, Pengerusi Penduduk Taman Rimba Templer, Shamudin Mohd Khalid, 40 berkata, “ saya harapa program seperti ini diharap dapat diadakan setiap tahun khususnya bagi merapatkan hubungan antara pimpinan, penduduk, dan MPS.


Acara hari keluarga itu dimeriahkan dengan sukaneka dan cabutan nombor bertuah serta sesi beramah mesra penduduk dengan ahli majlis yang baru memegang jawatan untuk untuk penggal baru ini.

Minta solat hajat, kami dah tak larat - Dr Halimah

SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini.

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI