Monday, November 5, 2012

DSAI-Kebangkitan Rakyat Ke Putrajaya Membimbangkan UMNO




UMNO dan kuncu2nya semakin takut dengan bayangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.. insya-allah yakinlah Islam akan menang..

Niat Zaid Ingin Bertanding Tiket PKR Jadi Tanda Tanya??, Ada muslihat lagi??

Kuala Lumpur : Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR, bingung  dengan hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan.
Pakatan Rakyat perlu berhati2 dengan katak2 ni..ada muslihat lagi tu

Beliau bekata,  saya  bingung dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun.

Zaid   tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.

"Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.

Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.

Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan.
 
 
Komen Suara rakyat: 
 
 
Kirim sebagai Azwar Khaulah (Tukar)
 
Lihat 89 lagi

Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu

 

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI