Monday, November 14, 2011

Mahasiswa Pemangkin Zaman, Siap Sedia hadapi Persaingan Global



Bestari Jaya : Pra Graduan Universiti Selangor (UNISEL) di peringatkan agar sedia bersaing dalam dunia pekerjaaan kini, terutamanya untuk mendapat tempat di syarikat multinasional yang semakin meningkat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian pada Majlis Konvesyen UNISEL kali keenam disini, baru-baru ini.

Menurut Abdul Khalid lagi, kajian membuktikan bahawa criteria yang penting dalam pengambilan graduan sebagai tenaga kerja adalah amat bergantung kepada kemahiran “soft skill”. Termasuklah kemahiran berkomunikasi, mengawal emosi, beretika dan penguasaan pelbagai bahasa.

“Kita mahukan para graduan yang mampu menyumbangkan kepada Negara untuk menangani perubahan dalam era globlisasi bagi membolehkan Negara bersaing, “katanya.

Beliau juga mengingatkan warga UNISEL perlu berubah menjadi warga kerja yang lebih produktif dan cemerlang sejajar dengan wibawa sebuah universiti yang unggul.

“Apabila kita tidak mampu lagi bermakna kita semakin tercicir dan terpinggir , sekali gus terlepas peluang untuk berperanan sebaga pemangkin zaman”, ujarnya.

Dalam majlis konvokesyen keenam ini seramai kira-kira 4,000 graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Daripada jumlah berkenaan, 10 graduan di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 Ijazah Sarjana 1,759 Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi menerima Sijil Program Asas.

Sementara itu, Canselor UNISEL, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda pula menyeru para graduan agar memajukan diri dengan mengikuti perkembangan terkini, terutamanya dalam bidang Sains Teknologi.

“Dalam Konteks proses pembelajaran, mencari ilmu adalah tidak putus selagi kita bernyawa”, katanya.

Beliau juga menyeru agar UNISEL mampu melahirkan seberapa ramai tenaga mahir untuk perkembangan dan kemajuan Negara pada masa depan.

Untuk memastikan matlamat itu tercapai, semua pihak perlu memainkan peranan aktif dan bersepadu dalam merealisasikan UNISEL sebagai pusat ilmu dan kemahiran yang diiktiraf di seluruh dunia, katanya.

Adat Konvesyen kali ini juga menganugerahkan tiga anugerah istimewa kepada tiga orang pelajar cemerlang iaitu Nor Izzati Muhammad, 22 , Mugammad Asraf Mat Nor, 25 dan Veera Shamaraj Balacandran, 24 yang paling cemerlang sepanjang pengajian mereka di UNISEL.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI