Saturday, October 2, 2010

PAS Semakin diterima Rakyat

Tmn Tun Dr Ismail - Rumah terbuka yang diadakan di rumah kediaman YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah dibanjiri berbagai bangsa dan agama yang mencecah hampir 15,000 kehadiran orang .

Disamping itu, majlis tersebut telah diserikan dengan berbagai acara termasuk hiburan yang bersenikan islam disamping disediakan dengan berbagai juadah.

Jabatan-jabatan kerajaan bersama NGO telah bertungkus – lumus menjayakan majlis rasmi tersebut.

Kehadiran yang berpusu-pusu sejak jam 10 pagi dipermudahkan dengan bantuan Briged Amal serta pegawai kakitangan penguat kuasa (MPAJ) disamping petugas-petugas yang dilantik khas bagi menjayakan majlis ini.

Dalam ucapannya, "Dato' Dr Hasan menegaskan bahawa sambutan pada tahun ini begitu meriah dengan kehadiran yang semakin bertambah.

Beliau berasa terharu dengan kehadiran begitu ramai tetamu dari kalangan kaum india dan thioghua.

Sebahagiannya menyewa bas untuk sampai ke tempat program".

"Apa yang saya lihat 2 1/2 thn pemerintahan kerajaan negeri pakatan rakyat (PR) sokongan kaum india dan thioughua begitu amat menggalakkan sehinggakan makanan tempahan dibuat dalam 10,000 telah habis dan tidak mengcukupi".
Bukan sahaja majlis rumah terbuka yang diadakan dirumah saya sahaja hanya mendapat sambutan tetapi semua saff pimpinan kerajaan negeri selangor juga termasuklah anjuran PAS pusat, kawasan mahupun di peringkat cawangan, katanya.
Dengan kedatangan tetamu yang amat menggalakkan jelas membuktikan sokongan rakyat tidak kira bangsa dan agama telah menerima perjuangan PAS yang suci dan murni.
Walaupun pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) memainkan peranan dengan menakutkan rakyat dengan berbagai isu dengan menggunakan media.

Namun pada zaman teknologi masa kini rakyat mampu mencari bahan yang sahih untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan tulus. Dan mereka boleh berfikir kebaikan dan keburukkanya mengenai pentadbiran parti.
Sehubungan dengan itu Dato' Dr Hasan juga melahirkan kesyukurannya kerana mampu menjalankan tugasan dan amanah yang di berikan oleh pimpinan dengan baik samaada dengan masaalah Hal Ehwal Islam, Infrastruktur mahupun kemudahan awam.
Walaupun kadangkala diuji dengan berbagai ujian namun ia tidak membuatkan saya cepat melatah, insya-allah dengan sokongan sahabat-sahabat dan rakyat.

Saya harap allah swt mampu beri kekuatan pada saya dan semua pimpinan menerajui negara ini dengan baik, katanya.
Dalam masa itu, Dato' Dr Hasan juga berkata bahawa mulai sesi persekolahan 2011 murid-murid Sekolah Rendah Agama (SRA) seluruh negeri selangor akan menerima buku teks Agama percuma dibawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Bilangan murid yang akan menerima kemudahan ini adalah seramai 125,250 orang murid yang melibatkan sebanyak 206 buah Sekolah SRA.
Jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah RM4,261,738.00 yang telah diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Katanya lagi, Kerajaan juga bercadanga untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke Sekolah Agama Menengah, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain dan Prasekolah JAIS di masa hadapan.
Selain daripada itu, Kerajaan juga teleh meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan Prasekolah JAIS dari RM100 kepada RM300. Sementara itu urusan keceriaan dan membersih kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan.
Implikasi kewangan untuk bertujuan menaikkan elaun SRA Gred B, SRA Gred C dan prasekolah JAIS melibatkan peruntukkan kerajaan negeri yang berjumlah RM7000 setiap tahun, katanya.



Editor :khaulah azwar


Koleksi Foto :

p/s: Ops sory terlalu banyak foto..penat gile nk upload.. nak tgk jom g facebook Hasan Mohamed Ali.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI