Monday, September 26, 2011

Kempen UNDILAH..

Nurul Izzah Kesal UMNO Guna Sekolah untuk kepentingan Parti

Batu Caves : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kesal dengan tindakan parti UMNO/BN yang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan sekolah.

Beliau mengulas, UMNO telah memasuki beberapa buah sekolah dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Majlis Permuafakatan Parlimen Gombak yang melibatkan Gabungan NGO Daerah Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Selayang Jln Sungai Tua, Batu Caves yang diadakan petang semalam.

Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Noh Hj Omar, Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Parlimen Gombak, Tan Sri Datin Paduka Sri Hjh Zaleha Ismail, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Rahman Ismail, Menteri JPM, Tan Sri Koh Tsu Khoon, Timbalan Menteri Luar Negara, Senator Kohillan Pillay.

Saya difahamkan oleh sumber tertentu yang boleh di percayai majlis sambutan raya ini telah diadakan disekitar Lembah Klang dengan melibatkan empat buah sekolah lagi. Dengan kemasukan UMNO di sekolah-sekolah telah melibatkan penyalahgunaan sekolah yang sekaligus meracunkan fikiran semua pelajar dan semua guru-guru.

Kita kerap mendengar Kerajaan amat melarang mana-mana parti memasuki sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan melibatkan semua pelajar. Semua pelajar tidak dibenarkan mengikuti mana-mana program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor atau parti pembangkang. Sekiranya pelajar mengikuti maka tindakan tatatertib diberikan oleh pelajar terbabit.

Tetapi apa yang berlaku UMNO/BN lah yang kerap menggunakan sekolah, IPT dengan mengadakan berbagai program. Bahkan semua pelajar dipaksa mengikuti program yang dianjurkan oleh UMNO. Dengan fenomena yang berlaku mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib dan siapakah yang meracuni fikiran pelajar, kata Nurul Izzah.

Tindakan mereka amatlah kita kesal bahkan saya percaya semua keluarga pelajar juga bimbang dengan budaya politik yang dibawa oleh UMNO dengan mengunakan institusi tersebut. Hal ini tidak seharusnya berlaku, kata Nurul Izzah pada media malam tadi.

Beliau yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan berkata lagi, tindakan ini membuatkan orang ramai perpepsi bahawa semua Agensi dalam Negara di peralatkan oleh parti pemerintah (UMNO).

Allah SWT tempat kita mengadu, semestinya rakyat juga merasa benci dengan individu yang menganiayai sesiapapun.

“Kita mahukan padang sama rata dalam setiap pertandingan, bukan berat sebelah yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang rakyat secara terus menerus.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan prinsip keadilan, kerana kita sudah melalui liku-liku kezaliman di bawah UMNO-BN. Justeru itu, tidak mungkin kita mengulanginya di di negeri-negeri di bawah tanggungjawab kita, kata Nurul Izzah

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI