Saturday, March 6, 2010

Berkat surah Al ikhlas





Ketika Memulakan Kerja
Blockquote
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada
didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S..A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a'lam

Gotong – Royong Bersepadu Menyatukan Bangsa


Gombak- Tanggungjawab Bersama, Kira-kira 250 penduduk Taman Samudera Utara, Selatan di Zon 11 bergotong-royong menggempur kawasan pembiakan aedes bagi memastikan kediaman mereka bersih sekali gus bebas daripada nyamuk tersebut.

Majis Gotong – Royong yang telah diadakan di Samudera Utara, Selatan merupakan kawasan terakhir di Zon 11 setelah 4 kawasan berjaya dilaksanakan.

Alhamdulilah kawasan ini didapati ramai penduduk yang hadir untuk turun bersama dalam menjayakan gotong royong bersepadu.

Tujuan mengadakan gotong royong ini adalah permintaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dimana Pej Daerah telah mendapati kawasan ini merupakan Denggi tertinggi. Terdapat kurang daripada lima kes Denggi yang berlaku di kawasan ini.

Menurutnya, program itu juga dapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap penjagaan dan pemuliharaan kebersihan, keceriaan dan kesihatan di kawasan kediaman masing-masing.

Mengenai demam denggi, beliau menggesa masyarakat agar memberikan perhatian terhadap masalah itu dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamun aedes.

”Kes ini membimbangkan kerana ia boleh membawa maut jika tidak ditangani segera,” katanya.

Beliau menggesa mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dengan mematuhi segala arahan, saranan serta kaedah menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing.

Selain itu menurutnya, klinik dan hospital swasta juga perlu memberikan kerjasama dengan melaporkan setiap kes penyakit berjangkit termasuk denggi dan Chikungunya.

”Menerusi maklumat ini membolehkan Pejabat Kesihatan bertindak lebih tepat dan berkesan untuk menanganinya,” katanya.

Turut menghadirkan diri dalam masjlis tersebut, Jabatan Kesihatan MPS Cik Idayu, Jabatan Anti Tikus En Sofi, IPD Gombak, Alam Flora, Pej. Kesihatan Daerah Gombak.

Ustazah Khatifah berkata, sikap prihatin penduduk yang meringankan tulang untuk bersama membenteras nyamuk di kawasan perumahan itu dapat mewujudkan komuniti sihat, aktif dan progresif.

“Aktiviti gotong-royong sebegini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak JKP Zon 11 dan penduduk, tetapi juga berupaya melahirkan masyarakat cergas.

”Ia sekali gus menjadikan kawasan ini merupakan kawasan yang aktif dengan berbagai aktiviti bersama masyarakat tidak kira bangsa, agama mahupun parti yang berbeza,” katanya dalam masjilis perasmian tersebut.

Majlis Gotong – royong ini juga telah diadakan sesi Dailog bersama penduduk bagi memberi ruang dan peluang kepada penduduk berkongsi pandangan dan mengatasi masalah mereka untuk diambil tindakan oleh pihak MPS.

Selain daripada itu pihak IPD juga telah memberi penerangan bagi mengatasi masalah gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat di setiap kawasan dan negeri yang melibatkan para pelajar dan remaja yang tidak berminat untuk meneruskan pengajian.

Pn. Khatifah Zamani berkata, Ketika membuat lawatan daripada rumah ke rumah didapati kawasan perumahan tersebut tidak dijaga kebersihan. Najis-najis anjing yang bertaburan membuatkan pengunjung yang hadir ke kawasan perumahan dan padang permainan kurang selesa.

Malahan terdapat kelodak, pasir, sampah di dalam longkang tidak dikemaskan oleh penduduk rumah sekitar tersebut. Ini menyebabkan air tidak mengalir dan berbau busuk.

Kawasan belakang rumah penduduk juga, didapati sistem perparitan tidak dibetul kerana terdapat sekatan dibuat dan tiada lubang untuk air mengalir.

Malahan pihak pemilik rumah tersebut juga tidak membuat lubang yang besar bagi mengalirkan air basuhan pada paip air mengalir.

Apabila ini berlaku menyebabkan air bertakung dan terdapat jintik-jintik dalam air tersebut begitu juga dengan tin-tin kosong tidak dibuang malahan mereka kumpulkan dengan keadaan terbuka.

Disebabkan kelalain kita sendiri, air yang terdapat dalam bekas-bekas tersebut membuatkan nyamuk mudah membiak. Tanpa disedari maka kawasan tersebut telah dibiak oleh nyamuk aedes. Inilah puncanya berlaku Demam Denggi berdarah, katanya lagi.

Sedang membuat lawatan setiap kawasan, pihak kami telah menemui sebuah rumah yang telah di tutupi dengan pokok dan daun. En. Arbaie dan Penduduk berdekatan sekitar berkata, hampir 15thn rumah tersebut tidak di duduki. Kalau adapun tidak sampai 2thn kemudian rumah tersebut tidak didiami oleh sesiapa sehingga kini.

Kawasan perumahan tersebut juga kelihatan semak terdapat sebuah van yang tidak pernah bergerak dan tidak tahu siapakah pemiliknya. Disebabkan rumah tersebut telah sekian lama ditinggalkan maka terdapat berbagai masalah pada rumah tersebut malahan anai-anai juga telah naik ke rumah sebelah.

Pn. Khatifah dan semua yang mengiringi beliau, menyatakan akan membuat siasatan kepada pihak MPS, Pej. Tanah dan konsultant perumahan untuk mengesahkan siapakah pemiliknya.

Beliau bimbang jika dibiarkan begitu sahaja mungkin ada anasir-anasir yang tidak bertauliah akan datang malahan rumah tersebut akan dijadikan kawasan hitam untuk penagih dadah.

Jika ini berlaku sudah pasti akan menjejaskan keharmonian penduduk sekitar, ujarnya sertelah melawat kawasan tersebut.

Cik Idayu daripada Jabatan Kesihatan, MPS menyatakan jika pihak penduduk tidak menjaga kebersihan persekitaran perumahan mereka, jika didapati terdapat jintik-jintik lebih daripada 5 ekor mereka akan dikenakan saman sebanyak RM150 manakala jika di kawasan kedai, kilang maka premis perniagaan mereka akan ditutup.

YB Dato’ yang telah dimaklumkan pihak JKP Zon 11 akan mengadakan gotong – royong bersepadu, beliau memberi sokongan diatas tindakan tersebut.

YB Dato’ saran amal PKK

Secara umumnya kita mengetahui bahawa kehidupan sesebuah masyarakat akan menjadi lebih sejahtera sekiranya setiap anggotanya dapat menjaga beberapa aspek penting kehidupan mereka antaranya ialah persekitaran, kebersihan dan kesihatan. Disamping aspek kesucian rohani dan akal,islam sangat menekankan aspek kebersihan fizikal atau luaran.

Tujuan utama kebersihan fizikal ini adalah untuk menjaga kesihatan manusia dan menghindari daripada jangkitan penyakit. Sebagai umat islam yang beriman, kita dituntut untuk menjaga kebersihan persekitaran rumah, kampung, kariah dan taman perumahan dimana kita tinggal. Budaya menjaga kebersihan perlu ditanam dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat, katanya.

Memandangkan terdapat berbagai aduan diterima daripada penduduk menyatakan terdapat nyamuk yang banyak. Ini membimbangkan pihak kami kepada penduduk sekitar.

Maka bagi saya, anjuran mengadakan gotong royong adalah inisatif yang baik. Semoga masalah demam denggi dapat diatasi secepat mungkin.

Kita telah pun sering didedahkan jabatan kesihatan melalui media massa,bahawa tempat pembiakkan nyamuk ini adalah dalam takungan air jernih yang terbiar.

Sehubungan itu, penjagaan kebersihan sekitar rumah perlu menjadi satu budaya yang sentiasa diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.Kecuaian kita menjaga kebersihan rumah mungkin menyebabkan ahli keluarga dan jiran tetangga kita mendapat demam denggi. Sabda rasulullah s.a.w ”Kesucian itu sebahagian daripada iman” (Riwayat Muslim)

Sebagai usaha untuk mencegah dan mengawal peningkatan demam denggi, marilah kita bersama-sama terus berusaha melaksanakan beberapa tindakan yang wajib dilakukan oleh setiap individu.

Antaranya:-

1- Memastikan kebersihan persekitaran rumah,bangunan,masjid,surau,sekolah dan taman-taman.

2- Menghapuskan tempat pembiakkan nyamuk aedes didalam rumah.Ini dapat dilakukan dengan menutup semua bekas simpanan air, meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik dan tukar air dalam bekas jambangan setiap minggu dan memeriksa tangki simpanan air.

3- Memastikan tiada takungan air diluar rumah seperti piring pengalas pasu,tin,bekas-bekas plastik, saluran air hujan dan apa juga yang boleh menakung air jernih.

Diperingkat masyarakat pula, berbagai program boleh dilakukan secara bersama-sama oleh masyarakat untuk membanteras demam denggi. Sebagai contoh program gotong-royong perlu dimulakan oleh semua kariah,dimana masjid perlu dijadikan pusat kegiatan yang menyelaraskan kegiatan ini.Firman allah s.w.t :

“Hendaklah kamu bantu-mambantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa,janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”…..

Oleh itu, sebagai umat islam yang prihatin dan bertanggungjawab, kita berkewajipan untuk menjaga kebersihan ahli keluarga dan masyarakat. Usaha yang dilakukan ini adalah satu usaha pencegahan kepada satu kemudaratan yang lebih besar. Ini juga adalah satu usaha kebaikan yang akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat dan kebaikan umat ISLAM.

Apa yang kita harapkan ialah agar segala usaha-usaha murni kita untuk menjaga kemaslahatan umat dan kebajikan masyarakat serta rakyat negeri ini akan diterima oleh allah s.w.t., insya-allah, katanya.

Editor : Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI