Saturday, March 26, 2011

Ketua Kg tidak pernah bermimpi menerima skim Takaful & Kenaikan elauan



Gombak- Pengumuman yang dibuat oleh Y.B Dr. Hj Yaakob Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar baru-baru ini mengenai pemberian caruman takaful dengan nilai pampasan sebanyak RM30,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan seluruh Ketua Kg di Negeri Selangor, memberikan khabar gembira buat semua ketua-ketua kampung.

Ketua Kg Tengah Edrus Mohd Yusof, 56thn berkata," alhamdulilah dan saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan memberi Skim perlindungan ini kepada semua ketua-ketua kg. Skim tersebut memang patut diberi memandangkan tugas ketua kg amatlah berat terutamanya apabila hendak berdepan dengan pihak pemaju dan berhubung dengan orang awam yang berbagai ragam. Kadangkala kita mendapat ugutan apabila menjalankan tugasan.

Katanya lagi, sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugasan serba sedikit dapat meringankan beban kita dan ahli keluarga. Dengan pendapatan elaun ketua Kg. yang tidak seberapa, ramai yang tidak berkemampuan untuk membeli insurance nyawa walaupun ianya amat penting setiap individu untuk memilikinya".

Ketua Kg. Changkat, En Zainal Abidin, 58thn berkata, "Saya rasa semua Ketua Kg. dibawah PR tidak pernah bermimpi dengan menerima kenaikan elaun RM450 kepada RM800 yang semua sudahpun dapat elaunnya apatahlagi akan diberi pula caruman takaful sebanyak RM30,000 .Ahli-ahli PR terutamanya ahli-ahli PAS tidak mengharapkan imbuhan setiap melakukan kerja kerana setiap ahli telah ditarbiyah ikhlaskan hati dalam apa juga pekerjaan kerana ALLAH swt lebih-lebih lagi dalam melakukan kerja-kerja parti untuk membantu perjuangan ISLAM. Namunpun begitu dengan pemberian ini dianggap sebagai rezeki yang diberikan oleh ALLAH swt dibawah pentadbiran PR yang dipimpin oleh pemimpin-pemimin yang berintegriti, beribawa dan beriman yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyatnya".

"Dengan faedah yang diberikan oleh Kerajaan PR ini, kita telahpun mendengar suara-suara sumbang daripada pihak UMNO/BN yang berbaur irihati dengan tawaran-tawaran yang diberikan kepada ketua-ketua kg. kerana semasa pentadbiran UMNO-BN mereka tidak mendapat faedah-faedah seperti ini. Semoga rakyat dan penyokong tegar UMNO-BN buka mata memikirkan kejayaan pentabdbiran PR dalam menguruskan ekonomi negara dengan tulus. Dengan ketulusan pentadbiran inilah hasil tersebut telah diberikan kepada rakyatnya kembali. Tahniah buat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan semua saf pimpinan PR. Justeru itulah, kami mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Selangor yang ambil berat tentang kebajikan ketua kg. dan seluruh rakyatnya. Mudah-mudahan PR akan terus memerintah dibawah pemimpin yang adil".

Ketua Kg Mulia Ampang, En Zubir B Din, 56thn berkata, "Alhamdulilah dengan pemberian skim takaful yang diberikan kepada ketua kg ini menunjukkan kerajaan PR mengamalkan konsep negeri berkebajikan.

Ini adalah sebab tugas ketua kg amat mencabar, contohnya kita telah diminta oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membantu mengatasi isu curi pasir yang berleluasa. Isu ini sangat mencabar unttuk kita berhadapan dengan pihak kontraktor dan pemaju. Semoga dengan adanya skim caruman takaful ini dapat menjaga kebajikan keluarga ketua kampung dengan menanggung kos pengebumian ahli, isteri dan anak mereka sekiranya ditimpa musibah ketika bertugas".

Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali pula berkata, "dengan pemberian caruman takaful RM30,000 kepada semua ketua kg di Negeri Selangor ini menunjukkan bahawa Kerajaan PR mengamalkan negeri kebajikan dengan setiap hasil negeri dipulangkan kepada rakyatnya. Meskipun pihak pembangkang UMNO-BN menyatakan Konsep yang diamalkan oleh Kerajaan PR dengan memberi kebajikan kepada rakyat akan membuat negara menjadi muflis. Kenyataan tersebut sangat dhaif kerana dalam tempoh 3 thn PR memerintah tanpa pertolongan Kerajaan Pusat (UMNO-BN) Negeri Selangor telah mencatat pelaburan tertinggi sebanyak RM6.533 Billion Pelaburan Keseluruhan, 245 projek dan 16,966 peluang pekerjaan".

"Walaupun Negeri Selangor kadangkala mendapat tempat kedua namun ianya masih stabil dan ini mencerminkan kekuatan negeri selangor. Ini menunjukkan pengurusan kewangan di Negeri Selangor (PR) amat tulus dan penuh bertanggungjawab".

"Begitu juga skim takaful yang diberikan kepada ketua kg menunjukkan keperihatinan Kerajaan PR terhadap keselamatan mereka. Semoga skim yang diberikan kepada mereka akan memotivasikan diri mereka dengan melakukan pekerjaan dengan lebih tulus, ikhlas untuk bersama membangunkan negeri ini dengan baik", katanya ketika ditemui di majlis Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di pejabatnya baru-baru ini.



Editor :khaulah azwar

Halang ceramah: Tindakan polis dikecam

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi.

Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.

"Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Zulkifli.

Tambahnya, tindakan tersebut juga membuktikan bahawa pihak Umno BN takut kepada kebangkitan rakyat yang menolak fitnah yang dilemparkan.

"AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno BN.

"Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN," katanya lagi.

Dalam kejadian malam tadi, hadirin tidak puashati dengan arahan polis supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh.

Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Akibat kekecohan itu, beberapa hadirin tercedera termasuk wartawan dan pimpinan AMK sendiri.

Tiga anggota AMK turut ditahan polis.

KISAH SEBENAR DI SEBALIK PENAHANAN ANWAR DI TAMAN MELAWATI: PENGALAMAN SAKSI

Ketika tiba di Taman Melawati jam sepuluh malam,saya mendapati keadaan jalan masuk ke Pusat Bandar Taman Melawati agak sesak,disebabkan dua faktor;pertama kerja-kerja naik taraf jalan oleh para pekerja Bangladesh dan keduanya adalah disebabkan sekatan jalanraya yang dikenakan polis ke atas jalan masuk ke Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Klang yang agak terperosok ke dalam dari jalan utama.Malah,menurut beberapa orang yang melalui jalan tersebut,polis telah menahan orang ramai yang hendak masuk ke pusat khidmat tersebut,malah mereka juga diminta untuk menunjukkan kad pengenalan kepada pihak polis.

Walaubagaimanapun,saya agak arif akan jalan di kawasan Bandar Taman Melawati tersebut kerana pernah datang ke sana beberapa kali.Saya yang bermotorsikal mengikuti jalan belakang ke pusat khidmat tersebut,yang tidak pun diusik oleh polis.Saya merasakan tindakan polis yang menyekat jalan hadapan cumalah sekadar untuk menakut-nakutkan lebih ramai orang yang datang ke ceramah tersebut malam tadi.

Ketika saya tiba di tapak ceramah jam sepuluh lebih,Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali baru sahaja memulakan ceramahnya yang menggunakan slide show khas mengenai Isu Fitnah II untuk tontonan orang ramai.Untuk pengetahuan orang ramai juga,ceramah anjuran PKR Cabang Gombak itu adalah sempena Pelancaran Kempen Tolak Fitnah II yang bertajuk "DNA-Datuk Najib Altantuya".Sebelum memulakan ceramah beliau,YB Azmin telah meminta semua pendengar untuk masuk dan rapat ke bahagian dalam kawasan khidmat masyarakat bagi mengelakkan provokasi oleh pihak polis berkenaan permit.

Daripada pemerhatian saya,di atas pentas ketika itu adalah YB Balik Pulau,Yusmadi Yusuf dan ADUN Hulu Kelang,Shaari Sungib.Penceramah asal tidak pula kelihatan,mungkin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Saudara Sam Ketua AMK pula tiba lewat ke ceramah tersebut.

Saifuddin Nasution dan Puan Normala Sudirman tidak
hadir ke ceramah tersebut malam tadi

Dalam ceramahnya itu,Azmin dilihat memfokuskan sepenuhnya kepada isu liwat II yang boleh dianggap satu fitnah yang direka-reka.Para pendengar di ceramah tersebut boleh dianggap beruntung,kerana informasi yang diberikan dalam slide show yang dipaparkan tidak pernah dilihat oleh kebanyakan rakyat sebelum ini.

Hal ini termasuklah beberapa keping gambar Saiful dan Anwar yang memasuki lif melalui rakaman CCTV. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai perkara ini,tetapi apa yang boleh saya rumuskan adalah pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan sehingga hari ini bahawa Saiful masuk ke dalam unit kondominium tersebut.Malah,menurut Azmin beberapa orang saksi yang bersama Anwar ketika itu termasuk Hasanuddin (tuan rumah) dan isteri selain Pengarah Majlis Ekonomi Negara tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.Menurut Azmin lagi,Hasanuddin itu sendiri adalah adik ipar kepada Anwar Ibrahim.

Ceramah Azmin terhenti apabila beliau mendapat satu arahan atasan polis untuk menghentikan ceramah dalam masa 30 minit.Walaubagaimanapun,perkara itu tidak diendahkan langsung oleh Azmin.Malah Azmin bercakap hampir satu jam pada malam tadi.Seterusnya,ceramah Azmin diteruskan lagi dengan percanggahan demi percanggahan oleh saksi pendakwaan terutamanya oleh pakar forensik Jabatan Kimia,Dr.Seah yang digelar "Sial" oleh Azmin.Selain itu,Azmin turut mendedahkan bagaimana seorang pegawai penyiasat bernama Judy turut mendapatkan keterangan Najib dan Rosmah kerana didakwa pernah berjumpa dengan Saiful Bukhari.

Selain itu,Azmin turut menceritakan tentang "kelas kimianya" malam itu dengan bagaimana penemuan saintifik menunjukkan bahawa usus manusia secara sendirinya akan menolak sisa hadaman makanan ke bawah setiap 12 jam sekali.Justeru,adalah dipertikaikan bagaimana Saiful mampu menahan berak selama hampir tiga hari bersamaan hampir 53 jam.

Lebih kurang sejam kemudiannya,Anwar Ibrahim tiba dari satu lagi program di Kuala Selangor.Azmin kemudiannya menghentikan ceramahnya secara semerta dan memberi peluang kepada Anwar untuk berucap. Ketika memulakan ucapannya,Anwar mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan beliau berucap tetapi hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Tatkala ceramah Anwar baru di peringkat permulaan,ceramah beliau kemudiannya terhenti akibat daripada riuh rendah dari belakang.Ketika itu,saya berada di sebelah kanan pentas,di kawasan padang bersebelahan pusat khidmat tersebut.Dari situ saya dapat melihat bagaimana berpuluh-puluh orang anggota FRU siap membawa perisai meluru ke atas pentas ceramah.Tindakan agresif itu betul-betul apabila ceramah Anwar masuk ke minit ke 15.Tindakan jahat polis itu mendapat reaksi kurang menyenangkan para hadirin,malah ada yang menjeritkan perkataan barua,anjing dan segala macam sumpah seranah ke atas polis tersebut.

Menyedari keadaan sudah tidak terkawal,Anwar telah menamatkan ceramahnya serta merta,dan para pendengar di bahagian hadapan telah membuat benteng manusia di sekeliling pentas tersebut.Keadaan semakin tidak terkawal di mana berlaku tolak menolak antara pihak polis dan pendengar.Dalam keadaan tersebut,Anwar yang berlindung di bahagian belakang atas pentas,mara ke hadapan sambil mengangkat tangan dan bercakap sesuatu dengan pegawai polis yang menyerbu beliau.Setelah diberikan jalan dan mengangkat tangan Anwar bergerak turun dari kawasan tersebut.

Pun begitu,Anwar diheret oleh para penyokong ke dalam rumah menyebabkan berlaku satu lagi kekecohan tempat kereta rumah tersebut.Ketika itu,Anwar telah dibawa masuk ke dalam rumah.Satu lagi benteng manusia dibuat oleh para penyokong Anwar,rata-ratanya mereka yang berpakaian PKR Gombak. Kekecohan dihangatkan dengan tolak menolak antara FRU dan penyokong Anwar diselang-seli dengan sumpah seranah para penyokong.Dalam keadaan itu,lagu rasmi PKR telah dipasang dan dinyanyikan secara beramai-ramai oleh penyokong PKR.Pada masa yang sama,Shamsul Iskandar dilihat sedang berunding dengan ketua polis di tempat itu.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI