Thursday, November 3, 2011

Hasan bantu Salmiah selamatkan rumah daripada di lelong


Gombak : Suaminya sedang di uji dengan kesakitan sementara rumahnya di Pinggiran Batu Caves di sini bakal di lelong oleh pihak bank jika bayaran tunggakan sebanyak RM5,055.00 tidak diselesaikan dalam tempoh lima hari, kata Salmiah Bt Awang Kechil.

Media di fahamkan oleh Salmiah, pinjaman bank yang di buat untuk beli rumah sebanyak RM58,000.00 di Public Bank yang sebelum ini tiada masalah untuk membayarnya tetapi apabila suami di uji dengan sakit dan tidak mampu bekerja lagi, kini beliau terpaksa mencari sumbangan untuk selesaikan masalah bayaran yang tertunggak selama lapan bulan. Amaun yang belum dibayar setakat 19/10/2011 sebanyak RM19,497.26.

Beliau yang tidak bekerja ketika ini kerana menjaga anak-anak dan suami yang sedang sakit.

Katanya, saya mempunyai lima orang anak. Tiga orang masih sekolah. Dua daripadanya sudah bekerja dan kahwin. Walaupun anak-anak sudah bekerja tetapi saya tidak tergamak untuk meminta pertolongan daripada anak-anak kerana mereka sendiri ada masalah kewangan.

Dalam keadaan terpaksa saya cuba usaha mencari dana. Saya tidak tahu kepada siapa lagi untuk minta pertolongan. Masalah yang saya hadapi telah di ketahui jiran baik saya, beliau telah menyarankan agar bertemu dengan Datuk Hasan yang akan turun padang bersama rakyat di Pasar Tani.

Apabila saya mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan mengadakan program sumbangan Deepavali di Pasar Tani Sri Gombak, maka saya cuba untuk bertemu Datuk.

Saya rasa serba salah juga untuk meminta pertolongan Datuk Hasan dalam program ini kerana bimbang akan mengganggu kerjanya tetapi apakan daya disebabkan dalam keadaan terdesak, maka saya tebalkan juga muka ini dengan penuh harapan agar diberi bantuan oleh Datuk Hasan.

Ujarnyanya lagi, saya cuba berbincang dengan bank untuk mengurangkan kos tersebut. Alhamdulilah setelah berbincang dengan bank maka diberikan kelonggaran dengan perlu membuat bayaran sebanyak RM3 ribu dalam tempoh lima hari.

Akhirnya tanpa disangka, masalah kewangan yang saya tanggung dapat perhatian oleh Datuk Hasan dengan memberi RM1000.

Saya benar-benar rasa terharu dengan pertolongan dan perhatian yang diberikan oleh Datuk dengan masalah yang saya hadapi. Walaupun bantuan diberikan sebanyak RM1000 tetapi memberi nafas baru buat saya dengan penuh harapan ada pihak lain juga dapat membantu meringankan bebanan yang saya tanggung, kata Salmiah pada media dalam Majlis sumbangan Deepavali.

Sementara itu, ADUN Gombak Setia,Datuk Dr Hasan pula berkata, dengan memberi bantuan ini semoga dapat menyelamatkan rumah Salmiah daripada di lelong oleh Bank.

Saya kagum dengan sikapnya, bukan sahaja mengambil alih tugas suami selepas ini untuk meneruskan kehidupan tetapi beliau berusaha untuk mencari dana menyelesaikan masalah kewangan dengan mengambil tindakan sewajarnya melalui saluran yang betul dengan minta bantuan daripada ADUN dan Ahli Parlimen juga.

Seharusnya rakyat yang menghadapi masalah kewangan, mereka perlu fikir panjang sebelum membuat tindakan yang boleh memberi masalah kepada diri dan ahli keluara mereka dengan membuat pinjaman daripada Ah Long.

Tindakan dengan buat pinjaman pada Ah Long akan memberi masalah yang besar kepada keluarga sehingga berlaku ugutan dan pembunuhan.

Justeru itu, mereka seharusnya fikir dengan waras. Insya-Allah sebagai wakil rakyat disini saya akan cuba membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Harapan saya juga agar wakil rakyat di negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya di peringkat Parlimen Gombak dapat membantu masalah Salmiah .

Dengan memberi bantuan kepada orang lain akan memberi kegembiraan hati penerima. Bila mereka gembira, kita juga merasa bahagia dengan melihat kegembiraan hati orang lain, kata Hasan selepas menyerahkan bantuan sumbangan Deepavali berbentuk barang dapur, dan wang kepada 80 orang penerima kaum india yang pendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan warga emas.

Editor : Khaulah Azwar

Teresa Bidang dakwaan Wee Ka Siong, isu lokasi sekolah


Shah Alam : Tuduhan pengerusi pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong terhadap Exco Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim telah dibidas berikutan kenyataannya bahawa beliau mempunyai kepentingan politik dalam isu pertikaian lokasi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Castlefield.

Teresa berkata, kehadiran saya ke lokasi terbabit adalah atas dasar menjalankan tanggungjawabnya sebagai AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit.

Jelasnya lagi, sebagai tokoh politik dan berjawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak lembaga pengelola sekolah terbabit. Jabatan Pelajaran Negeri Selangor(JPNS) dan Pejabat Daerah Petaling bagi mengetahui perkembangan lanjut dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

Jadi sebagai pemimpin politik, bila di baca akhbar ada perkara ini berlaku, apa yang dia harus buat ialah panggil lembaga pengelola SRJKT Castlefield, panggil (JPNS) dan mungkin Pejabat Tanah Petaling. Kita duduk berbincang bagi mendapat gambaran sebenar tentang lokasi terbabit. Tetapi kedua-dua perkara tersebut tidak di lakukannya, kata Teresa dalam satu sidang media.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran membidas tindakan Teresa Kok dalam siaran media MCA online pada rabu lalu.

Lokasi bagi tapak sekolah SRJKT Castlefield menjadi isu apabila Kementerian Pelajaran tetap mahu menjadi lokasi yang sama sebagai tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kheng Chee.

Bagaimanapun pihak lembaga pengelola SRJKT Castlefield tetap inginkan tapak yang sama kerana lokasinya di putuskan lebih awal iaitu sejak 10 tahun yang lalu.

Lembaga Pengelola sekolah tersebut memohon lokasi baru setelah lokasi lama yang menempatkan 100 pelajar itu tidak lagi sesuai kerana sebahagian kawasan sekolah menjadi laluan LRT.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah pihaknya menghubungi Teressa kerana kedudukan lokasi Sekolah itu dalam kawasan Dewan Negeri Kinrara dan Teressa adalah Exco Kerajaan Negeri.

Katanya, beliau menghargai penglibatan Teresa dalam membantu menyelesaikan masalah terbabit secara profesional.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI