Sunday, July 21, 2013

Penstrukturan semula Pekan Sabak Bernam

SABAK BERNAM  : Penstrukturan semula Pekan Sabak Bernam perlu dilakukan bagi mempesatkan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan bermutu bagi masyarakat setempat.
ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata usaha itu juga penting bagi menurunkan kadar kemiskinan kawasan Sabak Bernam yang dikatakan antara tertinggi di Selangor dan bagi mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk lain.
Kebanyakan prasarana dan bangunan di pekan tersebut seperti pasar sudah usang manakala belia-belia ramai meninggalkan kawasan itu kerana kekurangan peluang pekerjaan.
Menurut beliau, usaha naiktaraf dan pembangunan semula pekan tersebut merupakan antara tugas utamanya dalam penggal pertamanya sebagai ADUN.
Sallehen yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa menambah lagi “ramai masyarakat miskin di Sabak Bernam tinggal di kawasan ini yang sudah lama tidak distrukturkan.
“Jadi ia membantutkan persaingan dari segi ekonomi dengan keperluan yang terhad,” katanya ketika ditemui di Pejabat  Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sabak. Beliau berkata akan membuka pusat khidmat DUN di pekan tersebut dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Sallehen meminta jentera penerangan Pakatan Rakyat Selangor agar menggiatkan usaha penerangan kepada penduduk di Utara Selangor berkenaan program di bawah agenda .
Beliau juga mengharapkan agar akhbar kerajaan negeri Selangorkini dapat diedarkan dengan lebih meluas di kawasan utara Selangor supaya penduduk di situ mendapat lebih maklumat tentang program Kerajaan Negeri.
Katanya, golongan yang berusia kurang mendapat maklumat daripada Kerajaan Negeri dan bergantung kepada maklumat daripada media massa yang dikawal Umno-BN.


Editor : Khaulah Azwar

SELANGOR AKAN PERLUASKAN DISKUSI KHAS MUSLIMAT

Batu Caves : Sempena Ramadhan Program Diskusi Khas Muslimat peringkat negeri  akan diperluaskan ke surau-surau dan di kawasan perumahan pada tahun hadapan berikutan sambutan yang menggalakkan sejak ia dilancarkan dua tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari berkata,  selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberdayakan wanita, program wanita dan agama seperti ini perlu diperluaskan lagi.
179602_478678268890784_216623270_n
Katanya, ia bertujuan untuk menyemarakkan kehadiran bulan Ramadan menerusi penyampaian ilmu Quran dan Sunnah bagi diaplikasikan dalam kehidupan.

Menurut Amiruddin sembilan masjid di sembilan daerah akan melaksanakan program tersebut dengan gabungan program-program lain antaranya wanita dan kebajikan, wanita dan keselamatan, wanita dan kesihatan. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 khas untuk program wanita dan agama tahun ini.


Kali ini kerajaan negeri telah mencetak buku-buku ilmiah untuk diedarkan kepada peserta dengan mengadakan program wanita bukan sahaja kebajikan tetapi juga perihal agama untuk menangani isu wanita. Insya-Allah kerajaan negeri akan jadikan program ini  sebagai program tahunan.  Beliau kata demikian dalam perasmian Diskusi Khas Muslimat di Masjid Jamek Taman Amaniah, disini.

Program yang diberi nama ‘ Ramadhan Meneladani Keunggulan Tokoh Muslimat’  telah menyediakan aktiviti seperti solat sunat dhuha dan tasbih, zikir munajat, majlis tadarus, penyampaian ceramah dan tayangan video Informasi Rakyat bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) .


Sementara itu, Puan Sri Salbiah, isteri Dato Menteri Besar Selangor dalam ucapannya pula berkata Program ini bertujuan untuk menghidupkan dan mennyemarakkan Ramadhan al-Mubarak, menerusi penyampaian ilmu daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, untuk diaplikasikan dalam kehidupan, selaras dengan misi Pemberdayaan Wanita Selangor.

Misi Pemberdayaan Wanita Selangor berhasrat membina jatidiri wanita dinamik, memupuk daya saing wanita, membangun sifat berperikemanusiaan, mengembang ilmu yang diperlukan, melahirkan wanita yang berketrampilan dan berupaya mendorong individu di sekeliling mereka ke arah menghayati prinsip-prinsip masyarakat madani.

Pemberdayaan masyarakat, khususnya wanita, merupakan suatu proses yang berterusan. Ramadhan adalah waktu yang terbaik untuk wanita berintrospeksi (menilai atau memuhasabah diri) dan melonjakkan usaha serta menambah amalan lebih dari biasa.

Selari dengan pendekatan kerajaan Selangor untuk memberdaya wanita, saya merasakan penting bagi wanita memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri bahkan wanita juga sepatutnya mendorong anggota keluarga bersama memberdaya kehidupan ke peringkat yang lebih baik dan mempunyai nilai tambah. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mendidik dan penuh keberkatan. Budaya “biasa” yang tidak menambah nilai atau apa-apa kebaikan sebaiknya diganti dengan budaya “membetulkan yang biasa” yang memberi nilai tambah kepada kehidupan.

Meneladani Keunggulan Tokoh Wanita Islam ini akan mengetengahkan tokoh-tokoh wanita Islam yang disebut dalam al-Quran. Mereka adalah daripada kalangan pembela kebenaran dan keadilan, penasihat kepada pemimpin Islam, bahkan kepada Rasulullah saw sendiri, pejuang di medan pertempuran, ahli intelektual, berkeperibadian mulia, strategis, saudagar yang mendalam akumennya dalam perniagaan dan ekonomi; mereka adalah wanita-wanita yang berjaya di dunia dan akhirat yang dicontohi bukan sahaja oleh wanita tetapi juga oleh kaum lelaki.


Mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi di dalam program Ramadhan ini, wanita akan lebih serius untuk memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat bagi menambah jatidiri serta memperoleh keberkatan di dalam kehidupan.

Hadir sama ister-isteri ADUN peringkat Parlimen Gombak  Shamshida Taharin  (Isteri Azmin Ali) , Masdiana Muhamad (Isteri ADUN Batu Caves), Ruhaiza Binti Mohamed (Isteri ADUN Gombak), Arliza Jaafar (Isteri ADUN H. Klang) .

Antara barisan penceramah Prof Madya Dr Salasiah Hanim Hamzah, Tadabur Quran oleh Ust Hanim Hamzah.


Editor : Khaulah Azwar

Rafizi dedah syarikat pembekal dakwat tak kekal

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI