Monday, July 16, 2012

Rafizi Di Soal Akta OSA, Najib Pula di Bebaskan, oh Malaysia Ku..


Tangkak, Johor  : Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar mendedahkan kepada rakyat Johor,   Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli disoal siasat di bawah Official Secrets Act (OSA) akibat mendedahkan rahsia di bawah akta tersebut.

“Inilah yang berlaku di Malaysia, yang bersalah tidak disiasat dan didakwa tetapi orang yang berkata benar dengan bukti yang kukuh diheret dan disiasat, sungguh memalukan cara pengurusan pentadbiran Malaysia yang semakin korup dan Ku Li Ku Tu (Kelam Kalibut)”, kata Nurul Izzah .

Menurut  beliau, Rafizi telah mendedahkan pembabitan syarikat Thales dalam tiga bidaan yang membayangkan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pemberian kontrak kerja-kerja tambahan LRT Ampang.

Satu dokumen yang menunjukkan George Kent sebuah syarikat tempatan sebagai penghubung antara Thales dengan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya nak tanya kepada rakyat kaum Thioghua yang hadir, adakah anda semua tahu Siapa George Kent?”.

“Georgent Kent orang yang buat meter paip bukan LRT, apakah Najib tak tahu?. Dia tak dapat beza sistem LRT dan Sistem meter padu air ke?” soalnya.

Laporan  yang di dedahkan Rafizi dirujuk sebagai penilaian teknikal oleh Halcrow untuk projek tersebut dan mendakwa Thales akan memenangi bidaan berkenaan. Juga didedahkan bagaimana Thales didakwa terlibat dalam tiga usahasama membida untuk projek berkenaan.

Tiga firma itu termasuk konsortium George Kent-Wijet-Thales yang dinyatakan akan dipertimbang walau gagal dalam penilaian teknikal.

Dakwa Nurul lagi, kesemua peraturan dilanggar bagi memberi kelebihan kepada Thales.

"Soalnya, siapa lagi yang boleh membuat arahan ini melainkan ia berada bawah naungan perdana menteri?" tanyanya.

Kami di Kelilingi Peminat Thianghoua.

Nurul Izzah merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai menambah, Rafizi juga disoal siasat atas dakwaan Thales adalah sebuah syarikat Perancis yang kini disiasat oleh pihak berkuasa negara tersebut atas tuduhan membayar rasuah kepada pihak-pihak tertentu yang rapat dengan Kerajaan Malaysia dan bekas Menteri Pertahanan, Najib dalam urusan pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

Setakat ini, dokukmen-dokumen yang dikemukakan di mahkamah Perancis menunjukkan bahawa syarikat yang didakwa itu membuat sekurang-kurangnya satu pembayaran berjumlah RM144 juta (32 juta Euro) kepada Terasasi, syarikat yang dimiliki oleh penasihat kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda.

Menurutnya, apa yang berlaku di Malaysia, setiap hari rakyat Malaysia di momokkan media-media Umno mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai  kesilapan pembangkang,Umno sahaja yang betul tetapi hakikatnya tidak.


Ribuan Rakyat Thianghou hadir dalam Ceramah Makan malam Demi Rakyat
"Sudah jelas siapakah menjalin hubungan dengan  negara Asing, Australia, Amerika, England. Siapakah yang mengamalkan rasuah, penyelewengan kewangan negara. Semuanya kerja-kerja Perdana Menteri dan pimpinan tertinggi Umno.

“Saya minta agar rakyat Johor membuat perubahan dalam PRU 13 nanti.  Rakyat Johor harus sedar isu tanah melayu  yang telah dijual Umno perlu diambil pengajaran. Jangan biarkan harta rakyat, hak rakyat di rompak oleh UMNO untuk kesenangan peribadi dan kroni-kroni mereka sahaja," katanya.

Beliau kata demikian    dalam Majlis Makan Malam Demi Rakyat yang dihadiri ribuan kaum Thiaghoa, disitu.

Selain Majlis Makan Malam Demi Rakyat, ceramah kelompok PKR juga diadakan di Sikijang malam tadi.

Dalam ceramah itu Nurul mengingatkan rakyat dengan kata-kata Sasterawan Negera, Pak Samad, “ Ini Negara kita, tak siapa boleh ambil hak kita, ini negara Malaysia, kita wajib berjuang habis-habisan untuk selamatkan Malaysia yang kita sayangi”.

Hadir sama, Mantan calon pilihanraya kecil Cikgu, DUN Tenang Normala Sudirman,  Shuhaimi Shafie (PKR) dan Faizul Salleh ( kepimpinan Pemuda PAS Johor).

Editor : Khaulah Azwar

 Responds  fb

Provokasi UMNO Pagoh kacau Ceramah Nurul Izzah Anwar




Johor : Sekumpulan pemuda UMNO  memakai baju T-Shirt UMNO, JATI dan penglibatan kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun membuat  provokasi dengan menaiki motor, mengebar  bendera Umno, menyanyi lagu  Umno  dalam ceramah PKR malam tadi di Pagoh Felda.

Keadaan semakin menjadi panas jam 10 malam  apabila  Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar memberi ucapan, namun keadaan  terkawal oleh petugas-petugas Unit Amal Malaysia.

Tinjauan wartawan  ditempat kejadian, provokasi berlaku sepanjang jalan  masuk ke Felda. Provokasi lisan dengan bersorak ‘tibai’ dan ‘liwat’. Pemasangan kain rentang, “PKR tiada di hati kami,  hanya UMNO di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami.”

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar  ketika memberi ucapan ceramahnya  malam tadi  meminta agar rakyat yang hadir tidak perlu takut dengan provokasi murahan UMNO.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan ini kerana    kejadian ini sering berlaku apabila PAKATAN Rakyat (PR) mengadakan ceramah kelompok.

“UMNO jangan ingat negara ini milik mereka. Negara ini milik rakyat. Suara rakyat seharusnya dihormati.

“Pimpinan UMNO sewajarnya mendidik penyokong-penyokong mereka agar menghormati majlis orang

"UMNO sewajarnya  mengajar penyokong-penyokong mereka jika tidak suka seseorang, tidak  suka Parti Pembangkang mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian”, ujar beliau.

Menurut Nurul Izzah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kerap dibuat aduan polis namun tiada tindakan sewajarnya diambil  untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat.

Beliau beranggapan  penyokong-penyokong UMNO sering buat provokasi kerana takut rakyat buat perubahan apabila mendapat informasi tepat melalui ceramah yang disampaikan pimpinan (PR).

Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan mengajak  seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, “di negeri Selangor pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

“Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun keatas telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500. Sumbangan tesebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.
Sikap UMNO macam beruk makye, tak hormati majlis orang.

Bantuan Pendidikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan banyak perkara yang telah dikecapi oleh semua rakyat Selangor. Apakah negeri Johor tidak mahu kemudahan tersebut?”,  soalnya kepada semua  rakyat yang hadir dalam ceramah malam tadi .

Nurul Izzah  berucap  dalam ceramah selama setengah jam  menambah lagi,   “PAKATAN  janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan”.

"Kita harap rakyat  Johor  buat perubahan besar dengan menolak kezaliman UMNO yang memerintah 50 tahun  bagi mengentikan aktiviti rasuah yang diamalkan, pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni  sedangkan rakyat terus tertindas,” katanya.

Ceramah malam tadi juga diadakan majlis perasmian Ranting PKR, Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Pagoh Felda yang  oleh Nurul Izzah.


Editor : Khaulah Azwar

Responds fb :


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI