Wednesday, May 25, 2011

Orang ramai minta buat laporan polis jika terima VCD lucah



Rawang- Pakatan Rakyat (PR) DUN Rawang menyelar tindakan yang dilakukan oleh UMNO/BN yang telah menghantarkan 3 keping salinan VCD Seks Lucah bersiri dengan risalah lucah dalam bahasa melayu di pejabat JKKK.

“Kami telah membuat laporan polis di IPD Rawang pagi tadi dengan tujuan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kerja penyebaran risalah berunsurkan lucah dan fitnah ini,” kata Y.B Gan Pei Nei, AhlI Dewan Undangan Neger (ADUN) Rawang. Turut bersama beliau beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang”.

“VCD seks tersebut telah diterima lima pengerusi JKKK kampung baru Cina dalam Daerah Gombak, manakala bahan sama diterima di dua kampung kawasan Melayu”. Katanya,

“risalah ini adalah bertujuan untuk memburukkan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dan mereka ingin rakyat tahu watak dalam VCD ini adalah (DSAI) . Kita yakin rakyat tidak semudah itu mempercayai rakaman tersebut yang sudah pasti pelakunya bukan DSAI”.

Kita sudah buat semakan kiriman VCD tersebut. Pengirimnya daripada S.Alam dan telah di berikan kepada JKKK KG Baru Daerah Gombak yang melibatkan 5 kawasan. Kiriman tersebut telah kami terima pada hari Isnin 23hb Mei, 2011. Manakala bagi Kg Melayu, Rawang pula kiriman tersebut daripada Melaka yang telah diterima 24hb Mei, 2011.

Saya yakin kiriman yang diberi adalah orang yang sama. Ini merupakan konspirasi yang amat teruk dengan tujuan untuk mempengaruhi rakyat. Saya harap, rakyat yang telah menerima VCD lucah ini perlu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Gan, penyebaran VCD dan risalah seks ini bukan berlaku di sekitar Rawang sahaja tetapi telah diberi kepada Hulu Selangor. Kita percaya mereka melakukan kerja dengan begitu terancang untuk menjatuhkan DSAI dan memporak peranda Pakatan Rakyat (PR).

“Kita amat bimbang sekali dengan penyebaran maklumat ini. Sekarang mereka membuat penyebaran di Pejabat-pejabat JKKK dan mungkin selepas ini mereka beri pula kepada Ahli Majlis, dimana alamat tersebut boleh di dapati melalui laman website”. Ini semua berpunca daripada Datuk T, disebabkan beliaulah pita rakaman ini telah tersebar luas.

Kita juga rasa kesal bagaimana tindakan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mengambil perhatian isu ini. Tidak mungkin orang awam membuat tindakan begini yang memerlukan modal yang banyak. Ini semua kerja-kerja yang telah dirancang begitu rapi oleh UMNO/BN untuk meneruskan agenda mereka meyebarkan fitnah kepada DSAI.

Terdahulu kita di fahamkan oleh pihak polis, di mana mereka telah menyatakan pita rakaman original lucah ini tidak akan tersebar luas tetapi sekarang ribuan VCD telah dicetak dan tersebar di mana-mana sahaja seperti di cermin kereta, masjid dan surau. Kerja yang tidak mendatangkan manfaat ini sudah pasti boleh merosakkan minda rakyat.

Menjadi kebimbangan kita juga jika pelajar-pelajar sekolah melihat VCD lucah ini yang tidak sepatut dilihat oleh mereka. Kita harap pihak polis memandang serius isu ini. Tindakan undang-undang tegas perlu di ambil terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja penyebaran dan membuat VCD lucah ini.

Kita kesal sepatutnya UMNO/BN harus memikirkan masalah Ekonomi Negara yang semakin menekan kepada rakyat. Tetapi UMNO/BN tidak habis-habis memainkan isu seks.

“Saya juga merasa malu apabila berada di Hong Kong bulan lepas untuk menyertai forum wanita bagi menggalakkan wanita terlibat dalam badan NGO. Semua yang hadir menyoal kepada saya tentang isu seks ini. Mereka pertikai mengapa Negara Malaysia tergilakan isu seks sedangkan banyak masalah Negara perlu diselesaikan oleh Kerajaan Pusat bukan mengadakan isu-isu yang tidak masuk akal. Bagaimana pentadbiran malaysia sebenarnya?”.

Dengan persoalan yang di timbulkan oleh rakyat di Negara luar ini memberi gambaran yang tidak elok kepada Negara Malaysia. Sampai bilakah Kerajaan Pusat ingin mainkan isu ini, katanya dengan kesal selepas membuat laporan polis di IPD Rawang.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI