Thursday, April 28, 2011

Pelajar Gembira Kejayaan diraikan oleh kerajaan PR


Kg Laksmana - 11 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2010 telah diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu caves, Y.B Amiruddi Shari dengan kerjasama Ketua Kg Laksamana, Hj Nordin Abdul Majid, 67thn, semalam di Dewan Jawankuasa Penduduk Kg Laksamana. Majlis telah disempurnakan oleh Y.B Amiruddin Shari.

Dalam ucapan sulung Hj. Nordin berkata, " alhamdulilah saya bersyukur kepada ALLAH swt kerana anak-anak kg. disini telah mencapai kejayaan yang sangat cemerlang dan dibanggakan oleh ibubapa dan guru-guru. Semoga pencapaian yang mereka perolehi ini akan menjadi satu dorongan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sesi 2011 ini".

Usaha ini perlu di tingkatkan bagi mencapai kejayaan seterusnya. Saya harap, mereka yang telah berjaya ini akan meneruskan pengajiannya ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Bagi ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan untuk membiayai yuran pelajar-pelajar untuk kemasukan IPT tahun pertama, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan memberi bantuan sumbangan kemasukan IPT dimana mereka akan menerima sebanyak RM1000 untuk membantu ibubapa/penjaga yang pendapatan mereka kurang RM1500 kebawah bagi membiayai kos pengajian anak-anak mereka.

Pelajar-pelajar yang telah berjaya memasuki IPT hendaklah mengisi borang bantuan pelajaran IPT dengan menyertakan surat tawaran kelulusan kemasukan IPT dan salinan sijil pelajaran mereka.

Pemberian ini adalah salah satu manifesto Kerajaan PR yang telah termaktub dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 yang lalu. Hari ini pelajar-pelajar diraikan oleh ADUN dengan kerjasama JKKK Kg Laksamana dengan memberi sumbangan wang RM200 dan sijil anugerah pelajar cemerlang.

Sementara itu, Y.b Amiruddin dalam ucapannya pula berkata, "Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah mencipta kejayaan dalam SPM. Bagi yang tidak berjaya semoga mereka akan meneruskan usaha lebih gigih, jangan ada sikap berputus asa. Kegagalan hari ini bukan bermakna akan gagal selama-lamanya".

Namunpun begitu, bagi yang telah berjaya jangan pula meletakkan diri ke zon yang terlalu selesa sehingga terlupa untuk membuat persediaan yang lebih rapi untuk mengorak ke hadapan meneruskan pengajian yang lebih tinggi. Usaha ini perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, untuk membantu para pelajar yang lemah dalam pelajaran, Kerajaan PR telah menyediakan Program Tuisyen Rakyat (PTRS) untuk sesi 2011. Setiap DUN telah diberikan 100 orang pelajar yang ibubapa mereka berpendapatan rendah RM1500 ke bawah , OKU, fakir miskin untuk menyertai tuisyen ini.

Program ini adalah percuma. DI DUN Batu caves, PTRS telah bermula awal bulan April. Hanya 60 orang pelajar baru mendaftarkan diri. Saya harap bagi ibubapa dan penduduk di DUN Batu caves yang anak-anak mereka bakal menduduki peperiksaan hendaklah merebut peluang ini sebaiknya.

Guru-guru juga terdiri daripada mereka yang profesional dan bertauliah. dalam program PTRS disediakan peperiksaan gerak gempur, kem, ceramah motivasi, solat hajat dan sebagainya dengan percuma.

Hanya pemerintahan Kerajaan PR sahaja menyediakan program PTRS percuma, ini tidak berlaku semasa pemerintahan kerajaan terdahulu. Apa yang kerajaan PR lakukan semata-mata ingin membantu rakyat selangor. Hasil negeri dipulangkan kepada rakyat kembali. katanya.

Adik Yashini Subaramaniam SMK Tmn Selayang yang telah memperolehi 6A berkata, saya merasa sungguh gembira dan berterima kasih kerana JKKK dan ADUN Batu caves telah mengadakan majlis Hari Anugerah pelajar Cemerlang SPM dengan memberi sijil penghargaan dan hadiah wang sebagai cenderahati kepada kami. Semoga pendekatan yang dilakukan kepada rakyat salah satu usaha yang murni dan mendorong pelajar-pelajar meningkatkan usaha lebih gigih lagi.

Adik Kasthuri a/p Keresnen dari sekolah SMK Selayang Baru, yang memperolehi 10A merasa benar-benar gembira diatas sokongan yang diberikan oleh pihak penganjur. Selepas ini saya akan meneruskan pengajian Jurusan Doktor Biology.

Adik Elyatulnadia Suhaizad yang belajar MRSM Trangkiran P.Pinang merasa berbesar hati dengan majlis yang diraikan oleh ADUN di bawah pemerintahan kerajaan PR. Ini satu penghargaan yang sangat baik untuk kami agar mempertingkatkan usaha lebih gigih lagi. Insya-ALLAH akan meneruskan pengajian dalam Biodang Doktor di UITM, UM.

Adik Salman Khairuddin, SMK Tmn Selayang yang memperolehi keputusan 10A+, "Semasa di tingakatan 3 (PMR), menerima keputusan agak cemerlang juga tetapi tidak diraikan seperti hari ini. Ini amat berbeza semasa pemerintahan PR dan kerajaan UMNO / BN untuk meraikan rakyat dan memulangkan hasil pendapatan kerajaan negeri kepada rakyatnya kembali, katanya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI