Friday, February 1, 2013

RCI Perlu Siasat Abdullah, Najib Kerana Teruskan Legasi Mahathir

PETALING JAYA, 2 FEB: Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi perlu memberikan keterangan terhadap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) berhubung ‘Projek IC’ di Sabah.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, semasa berkuasa Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya negeri ketika itu.
Anwar juga mengulangi kesediaan untuk disiasat berhubung perkara ini.
Tambahnya lagi,semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, tidak pernah ada satu minit mesyuarat yang menunjukkan beliau hadir dan menerima laporan berkenaan.
“Tidak pernah ada sama sekali rekod yang berkenaan kerana itu adalah operasi khas Jawatankuasa yang dikendalikan oleh Perdana Menteri dan pada masa itu diserahkan kepada (Tan Sri) Aziz Samsudin dan (Tan Sri)Megat Junid.
“Yang penting kita tahu ialah bahawa jawatankuasa khas itu adalah berterusan. Sepatutnya kita tanya juga Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib.
“Najib sebagai Perdana Menteri masih meneruskan dan mengendalikan jawatankuasa khas itu dibawah Perdana Menteri sehinggalah mungkin hujung tahun lalu.
“Apakah dia (Mahathir) boleh menafikan dia bertanggungjawab? Dia mengasaskan jawatankuasa khas, dia yang melantik Aziz Samsuddin dan Megat Junid dan semua laporan tersebut diberikan dan dalam pengetahuan beliau. Ini yang patut dijawab,” katanya dalam reaksi terhadap kenyataan Mahathir.
Media pada semalam melaporkan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa bahawa Anwar terlibat di dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.
Dalam pada itu Anwar mendesak kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kerjasama kepada kerajaan Filipina berhubung dakwaan penglibatan individu yang dikehendaki polis Filipina, Manuel Karingal Amalilio dalam kes penipuan terhadap lebih 15,000 orang dan membabitkan wang bernilai hampir RM900 juta (12 bilion peso).
Tegasnya, kerjasama ini penting dalam usaha memulihkan semula nama negara serta hubungan deplomatik yang terjalin selama ini memandangkan kes ini mendapat liputan meluas media tempatan Filipina meskipun individu berkenaan mempunyai hubungan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
“Yang penting kalau ada kes sepatutnya polis, Kementerian Dalam Negeri ambil tahu kes ini dan nampak ada asas terus bekerjasama dengan kerajaan Filipina untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan.
“(Keadaan ini) tidak baik dalam menjaga hubungan antara dua negara bila kita cuba melindungi penjenayah,” ujarnya lagi.
Editor : Khaulah Azwar

Wahai Ayah Ibu Didiklah Anak dengan Islam



Wajar ibubapa dan anak2 mendengar tazkirah ini, kehidupan yang sementara waktu, anak2 yang kita tinggalkan jika di beri didikan agama yang sempurna itulah harta yang amat berharga dengan sentiasa mendoakan ibubapa. 


Drama Hina Imej Islam


Siapakah yang menciptakan drama ini yang sekaligus merosakkan imej muslimah islam. Perkara ini amat di selar..



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI