Monday, September 17, 2012

Dengar Video Ni, Kita Recharged Semangat Juang Demi Mu Ya Rasulullah SAW



Salam juang buat semua umat islam yang cintakan kebenaran, cintakan Nabi Muhammad SAW, ayuh  kita sama-sama pertaruhkan masa, kebenaran, maruah islam yang telah di pijak-pijak oleh laknatuallah.

Insya-Allah, seluruh negara akan buat bantahan secara besar - besaran. Di Malaysia, kita akan berhimpun di Keduataan Amerika pada tarikh berikut.

Tarikh : 21hb September, 2012 (Jumaat)
Masa   : Selepas Solat Jumaat

Semua peserta dibenarkan membawa sepanduk bantahan terhadap Amerika.

Kami tidak rela Islam dihina, kami tidak rela Kekasih hati kami dicerca..

يا رسول الله يا رسول الله
Duhai Rasulallah Duhai Rasulallah
فداك نفسي و دمي
Jiwa dan darahku menjadi tebusanmu
و أبي و أمي
Juga ayah dan ibuku
و أهلي و ولدي
Serta keluarga dan anak-anakku
و كل مالي
Seluruh hartaku
و ما خولني ربي
Dan segala yang dianugerahkan Tuhanku
إن دمائنا و أرواحنا و أولادنا و حياتنا
Sesungguhnya darah, jiwa, anak-anak dan hidup kami
ترخص أمام كرامة رسول الله
Begitu murah di hadapan kemuliaan Rasulullah
و عرض رسول الله شرف رسول الله
Kehormatan Rasulullah dan keagungan Rasulullah
و الله على ما نقول شهيد
Allah Mahamenyaksikan atas yang kami ucapkan
و دماء شهدائنا تشهد
Darah para Syuhada kami juga menyaksikan
و جراح جرحانا تشهد
Luka-luka prajurit kami juga menyaksikan
و بيوتنا المهدمة تشهد
Rumah-rumah kami yang hancur juga menyaksikan
ما دام فينا دم لن نسكت عن إهانة نبينا
Sepanjang hayat di kandung badan, kami takkan diam dari penghinaan atas Nabi kami
و سيبقى الصوت عاليا
Dan suara kami akan lantang menyeru:

لبـــــــيــــــــك يا رســـــــــــــــــــول الله
Kami datang menyambut panggilanmu wahai Rasulullah

Sah PRK Kampus Bukti ada Campur Tangan Politik Luar




Gombak, 18 Sept : Lebih 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada KPT untuk melaksanakan enam tuntutan ‘Deklarasi Mahasiswa’.

 Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon, kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang.

Menurut Safwan, rata-rata mahasiswa sudah menjangka penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan wujudnya campurtangan ‘orang politik’ sebelum ini benar.

Dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang dipanggil ‘OPS 2020′.

Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila tarikh PRK ini akan berlangsung.

Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaleed Nordin.

Ujar Safwan, langkah ini jelas, menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.

“Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang mengejutkan kita.

“Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa kampus berlangsung pada tarikh lain,” katanya ketika dihubungi  media.

Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.

“Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.

“Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan,” katanya.

Tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya mengenainya, kata Safwan.


 Editor : Khaulah Azwar

Wawacara Pelajar Cemerlang Unisel, Sufi Habibullah Roslan :




Nama                                  :   Sufi Habibullah Bin Roslan
Nama Ibu                            :  Habsah Binti Mustapha
Pekerjaan Ibu                      :  Suri Rumah
Nama Ayah                         :  Roslan Bin Sabri
Pekerjaan Ayah                   :   Kerja Sendiri (Perniagaan)
Adik-beradik                       :   6 orang
Terima Pendidikan              :  RENDAH:  Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2) Kuala Lumpur
                                               MENENGAH:   Sek. Men. Keb Jln Cochrane, Kuala Lumpur
                                                                          Sek. Men Engku Hussain, Semenyih
                                                                          Sek. Men. Teknik Kajang, Selangor  
Pendidikan  IPT                :    Universiti  Selangor (Unisel)
                                                
Keputusan UPSR              :    3B, 2C 
Keputusan PMR                :    2A, 3B, 3C
Keputusan SPM                :    4B, 4C, 1D, 2E
Keputusan CGPA Unisel :    3.29/4

Prinsip Mencapai  Kejayaan     :  “Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang”.  Fokus  sepenuhnya dalam pelajaran. 

Utamakan pelajaran dan kurangkan membuang masa kerana masa sangat terhad. “Masa itu emas. Walaupun keputusan SPM tidak membrangsangkan, tetapi saya tidak mengalah dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan. 

Menerima anugerah      : Anugerah Dekan Ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal 2011/2012
                                      : Anugerah Pingat Emas dari Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM)


Sufi Habibullah merupakan salah seorang pelajar cemerlang di UNiSEL. Beliau memperolehi keputusan      dalam  bidang   kejuruteraan.

Anak   ke 6  dari pasangan Pn. Habsah Mustapha dan En. Roslan Sabri ini selain cemerlang dalam pelajaran juga amat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

Ikuti wawacara  wartawan Dimensi, Khaulah Azwar bersama Adik pintar ini bagi menyingkap kejayaan beliau untuk di kongsi bersama.

Sufi Habibullah Bin Roslan berasal dari keluarga yang sederhana dan mempunyai 6 org adik beradikBapa beliau berkerja sendiri  dan mempunyai syarikat kecil iaitu safety utama.

Dimensi: Sebelum ke sekolah berasrama  Penuh  , adik mendapat pendidikan rendah di mana?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2, Kuala lumpur

Dimensi: Bagaimanakah dengan kegiatan ko-kurikulum, adakah adik aktif dalam ko-kurikulum?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Ketika zaman Sekolah Rendah, saya sangat aktif bersukan dan pernah dinobatkan sebagai olahragawan. Begitu juga dengan Sekolah Menengah.

Di peringkat universiti, pula saya selalu mengikut kelab aventure mountain unisel dan juga menyertai aktiviti paintball.

Dimensi : Adakah adik pernah memasuki mana-mana petandingan Kelab / Persatuan peringkat Sekolah/IPT  di Negeri/Kebangsaan ?  

Sufi Habibullah Bin Roslan : Ketika sekolah dahulu pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak, sepak takraw, bola baling dan juga kawad kaki.

Dimensi: Adakah adik pernah terlibat dalam pemidato sekolah, IPT sehingga ke peringkat negeri Selangor?-

Sufi Habibullah Bin Roslan: Tidak

Dimensi: Bagaimanakah cara adik memberi tumpuan kepada pelajaran sedangkan dalam masa yang sama aktif berpersatuan? –

Sufi Habibullah Bin Roslan:  Pandai membahagikan masa. Fokus dalam melakukan sesuatu dengan baik tanpa membuang masa.

Dimensi: Tetapi pelajar lain yang di asrama mungkin tidak seperti adik, susah tumpukan pelajaran apabila banyak aktiviti luar.

Sufi Habibullah Bin Roslan : Bagi saya Ia bergantung kepada sikap seseorang itu sendiri. Jika betul-betul mahu kan yang terbaik haruslah bijak menguruskannya dan paling utama perlu memberi fokus.
  
Dimensi: Adakah adik menyertai ‘study group’ bersama kawan-kawan? –

Sufi Habibullah Bin Roslan : oh kadang-kadang, ya kadang-kadang tidak. Saya lebih suka belajar bersendirian dahulu dalam keadaan yang sunyi sepi tanpa gangguan bagi memudahkan untuk fokus. Apabila saya dah memahami yang dipelajari barulah saya menyertai ‘study group’ bagi membantu rakan-rakan yang lain.

Dimensi: Adakah  adik setuju pelajar lemah perlu dalam group yang lemah juga? –

Sufi Habibullah Bin Roslan : Oh tidak bagi saya itu satu tanggapan yang salah. Semua pelajar perlu bantu membantu tidak kira lemah ataupun tidak . Ini dapat membantu mereka untuk mempertingkatkan diri dan tidak berasa diri mereka terlalu lemah.

Dimensi: Adakah kaedah menghafal sesuai digunakan untuk  menjawab soalan peperiksaan? –

Kaedah menghafal mungkin sesuai bagi menguatkan memori ingatan seseorang dalam pelajaran. Apabila menghafal ia akan mengingat apa yg dipelajari. Tetapi haruslah memahami  dahulu sebelum menghafal.

Dimensi: Adakah guru-guru, penysarah banyak membantu adik?

Sufi Habibullah Bin Roslan: Oh sudah tentu, mereka merupakan sumber insiprasi saya dan banyak memberi saya didikan dan tunjuk ajar yang sangat berguna. Saya tidak akan lupakan jasa baik mereka.

Dimensi: Wujudkah masalah moral di asrama penuh ? –

Sufi Habibullah Bin Roslan : Pengalaman saya tinggal di asrama sekolah teknik terdapat segelintir juga yang mempunyai masalah moral. Mereka terlalu terikut-ikut budaya terkini yang tidak elok hingga terbawa-bawa ke asrama.

Dimensi:  Boleh adik bagi nasihat  kepada  rakan-rakan yang bermasalah ini?

Sufi Habibullah Bin Roslan : Janganlah terlalu mengikutkan perasaan dan janganlah mudah terpengaruh dengan budaya-buday yang tidak sihat.

Dimensi: Adakah adik bersetuju siapa yang masuk sekolah asrama penuh pasti berjaya dalam pelajaran ?

Sufi Habibullah Bin Roslan : Oh tidak  juga, bagi saya semuanya bergantung pada sikap individu masing-masing. Mereka harus bijak memikirkan mana yg terbaik untuk mereka.

Dimensi: Apa komen adik tentang sekolah berasrama penuh? –

Sufi Habibullah Bin Roslan:  Pendapat saya sekolah berasrama penuh agak bagus kerana dapat membentuk jati diri seseorang pelajar hidup bedikari. Tetapi pihak sekolah harus lah bijak memainkan peranan untuk membentuk pelajar-pelajar  yang cemerlang.

Dimensi: Bagaimana pula dengan kawan-kawan. Apakah kawan memberi pengaruh dalam kehidupan dan pelajaran?

Sufi Habibullah Bin Roslan: Ya bagi saya kawan-kawan merupakan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan dan pelajaran. Jadi pelajar haruslah bijak memilih kawan kerana remaja sekarang sangat mudah terpergaruh dengan kawan-kawan.

Dimensi:  Apakah adik ada amalan atau ibadah harian tertentu terutama menjelang peperiksaan untuk dikongsi bersama rakan-rakan?

Sufi Habibullah Bin Roslan : Ada senantiasa bersolat lima waktu dan kerap melakukan solat hajat agar dipermudahkn segalanya. Yang paling penting sekali haruslah mendapat berkat daripada ibubapa dahulu sebelum menduduki peperiksaan.

 Dimensi: Apa cita-cita masa hadapan adik?
Sufi Habibullah Bin Roslan : Cita-cita saya ingin menjadi seorang jurutera yang bertauliah dan professional.

Boleh adik bagi pandangan tentang campur tangan Kerajaan Pusat pada UniSel. Penarikan PTPTN yang dilakukan Menteri Pendidikan kepada UniSEL dan KUIS? Apakah komen adik kerana PTPTN amat penting bagi membantu para pelajar yang tidak mampu.

Sufi Habibullah Bin Roslan: Sebagai bekas pelaja uniselr, bagi saya PTPTN tidak seharusnya dibekukan untuk pelajar baru unisel.

Ini kerana akan membebankan banyak pihak terutamanya pelajar-pelajar baru. Apa yang saya dapat lihat baru-baru ini ramai pelajar baru unisel yang merungut tentang isu pembekuan PTPTN ini.

Mereka menjadi bimbang untuk meneruskan pengajian kerana purata daripadanya bergantung pada PTPTN untuk membayar yuran.

Saya sendiri pun bergantung pada pinjaman PTPTN untuk membayar yuran sepenuhnya.

Pada pendapat saya, isu pendidikan ini tidak seharusnya dijadikan isu politik. Ini kerana menyebabkan pelbagai tanggapan orang luar mengenai imej sesuatu universiti yang dipolitik kan.

Perkara ini tidak seharusnya timbul kerana yang menjadi mangsa adalah semua pelajar  universiti yang tidak mengetahui tentang kemelut pihak tertentu.

Justeru, daripada situ banyak tanggapan-tanggapan negatif yang timbul mengenai isu ini.

Pandangan Adik, tentang perkembangan UniSEL di bawah pengurusan Pakatan Rakyat semenjak Universiti ini di urus?

Pada pendapat saya, semenjak Unisel di bawah pengurusan Pakatan Rakyat terdapat banyak juga perubahan yang telah dilakukan. Terutama sekali sistem pengurusan unisel menjadi semakin teratur berbanding dengan yang dahulu.

Banyak juga pencapaian-pencapaian cemerlang pelajar dalam mewakili universiti dalam pelbagai pertandingan.

Editor : Khaulah Azwar, alhamdulilah tahniah buat adikku sufi, moga Allah berkati usahamu. teruskan tahabat. Rindukan perjuangan di Unisel.


 

Doa Syifa Untuk Pembuka Apa Yang Tertutup



Sedikit ilmu untuk kongsi bersama, bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...

2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...

3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...

4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup, dan banyak lagi.
 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI