Monday, March 28, 2011

Sambutan hangat pada video pendidikan undi



KUALA LUMPUR; Video klip berkait dengan pendidikan pengundi kini menjadi salah satu video yang hangat dalam laman Youtube sekarang walaupun tanpa melibatkan adegan-adegan panas yang menyelubungi scenario politik Malaysia hari ini.

Untuk menontonnya juga, sesaorang itu tidak memerlukan sebarang ‘jemputan’ ke hotel terkemuka.

Video klip yang panjangnya tujuh minit yang dipaparkan di YouTube hasil kreativiti beberapa orang aktivis negara untuk mendidik para pengundi negara bagaimana caranya untuk merahsiakan undi mereka.

Video yang mudah difahami itu bermula dengan memaparkan bagaimana pegawai pilihanraya membuat catatan tidak sah terhadap senarai pengundi, kertas undi dan kertas counter undi untuk mengesan para pengundi.

Pengundi kemudiannya diberitahu bahawa perkara tersebut adalah salah di sisi undang-undang dan ianya mesti dilaporkan kepada pemerhati pilihanraya yang dilantik para calon dan juga wakil daripada Suruhanjaya Pilihanraya di tempat membuang undi.

Klip video tersebut turut memaparkan cara mengatasi masalah sekiranya ada orang lain yang telah mengundi bagi pihak mereka terlebih dahulu.

Turut dinyatakan dengan jelas bahawa semua kertas undi hanya akan disimpan selama 6 bulan untuk semakan para calon yang bertanding, di mana semuanya akan dihapuskan selepas itu.

Video tersebut diterbitkan untuk mengatasi ketakutan sebilangan rakyat Malaysia bahawa undi mereka tidak rahsia sebagaimana didakwa, menyebabkan banyak dari mereka memilih calon Barisan Nasional kerana takut dikesan.

Klik gambar di bawah untuk menonton video itu.

PASTI Rahman Juara SUKPA 2011

Gombak- SUKPA 2011 yang telah berlangsung baru - baru ini disambut dengan begitu meriah sekali di Padang Pinggiran Batu caves meskipun cuaca pagi ketika itu tidak mengizinkan namun ianya tidak menjadi penghalang dan mematah semangat kepada pelajar-pelajar PASTI, pihak pengurusan urusetia SUKPA dan ibubapa/penjaga untuk meneruskan agenda mereka.

Sebanyak 21 kontijen pasukan yang terdiri daripada Kawasan DUN Gombak Setia, DUN Batu Caves dan DUN Hulu Klang telah menyertai pertandingan SUKPA. Sokongan daripada ibubapa/penjaga sahabat handai mereka, pimpinan masyarakat serta ahli masyarakat setempat telah menjadikan padang pinggiran ini menjadi tumpuan orang awam untuk turut memberi sokongan padu kepada pelajar-pelajar PASTI.

Lebih-lebih lagi majlis tersebut diserikan dengan tetamu kehormat daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Gombak Setia, Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Datuk Hasan Ali yang terkenal dengan seorang pakar motivasi telah memberi suntikan padu kepada pelajar-pelajar PASTI sebelum acara sukan dimulakan . Suntikan motivasi diberikan telah membuatkan anak-anak PASTI tidak sabar meneruskan acara mereka yang pasti menjadi persaingan senget di peringkat Gombak bagi merebut piala SUKPA 2011.


Dalam ucapan sulungnya beliau melahirkan rasa gembira dan terharusnya apabila ikrar, syadah yang telah dibacakan oleh anak-anak pasti begitu lancar sekali dalam usia 4thn yang sudah pasti tidak dapat dibaca oleh pelajar-pelajar PRA sekolah yang lain.

Alhamdulilah dengan bimbingan tarbiyah yang diberikan oleh Guru-guru PASTI akhirnya anak-anak pasti yang merupakan kain putih yang perlu dicorak dengan keimanan telah mengetahui ALLAH dan Rasulnya. Ini menunjukkan pihak pengurusan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI Pusat, Guru-guru, Dewan Pemuda PAS Pusat memberi komitment yang tinggi dengan memastikan sebelum anak-anak pasti yang keluar daripada pusat pendidikan ini mengetahui 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafaz surah-surah al-quran, mengamal ilmu yang diberi oleh mualimah mereka.

Walaupun dahulu PASTI telah diancam oleh pihak-pihak tertentu kini ianya semakin kembang dengan mendapat sokongan sepenuhnya oleh keluarga pelajar.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan (ALP) PASTI Pusat dan Dewan Pemuda PAS yang telah menguruskan PASTI dengan baik sekali sehinggakan PASTI terus menjadi semakin gah dan telah mendapat sambutan pada kaum non muslim untuk menghantar anak-anak mreka ke pusat pendidikan PASTI.

Ini adalah kerana ibubapa mereka berminat dengan sistem pendidikan yang digunakan oleh PASTI yang sudah pasti tidak terdapat kepada Tadika Kemas mahupun tadika-tadika PRA sekolah yang lain sehingga tercetusnya berbagai provokasi dilakukan terhadap PASTI dengan menakut-nakutkan pelajar-pelajar, guru –guru dan pihak Pengurusan PASTI untuk memastikan misi visi PASTI gagal. Ini menunjukkan persaingan negative yang tidak sepatutnya berlaku kerana disebabkan politik anak-anak PASTI menjadi mangsa keadaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Begitu juga dengan sistem pendidikan PASTI yang telah menjadi persaingan hebat kepada pra sekolah. Malahan ada yang merasa iri hati dengan sistem pendidikan yang digunakan oleh PASTI. Katanya, sudah menjadi lumrah kehidupan, persaingan akan berlaku dimana-mana sahaja namun diharap PASTI tidak berputus asa untuk terus berkembang meskipun tiada mendapat sokongan daripada Kerajaan Pusat.

Katanya, "Insya-ALLAH saya sebagai pimpinan dan ADUN Gombak Setia memberi sokongan padu kepada PASTI demi melihat akan lahirnya generasi muttaqin yang merupakan pelapis -pelapis muda yang akan datang untuk menerajui negara berpandukan al-quran dan al-sunnah dengan lebih baik", katanya dalam ucapan perasmian SUKPA 2011 semalam.

Terdapat berbagai acara menarik yang telah diadakan dalam SUKPA 2011 antaranya musang berjanggut, acara tarik tali, sulam manik dan sebagainya.

Bagi acara untuk pelajar –pelajar PASTI acaranya adalah lari dalam guni , junjung pundi kacang, pancing nombor, bawa guli dalam sudu, larian aiskrim gergasi , naik kereta api, pacak bendera, susun piramid dan lari 100m berganti-ganti.

Terdahulu 2 tahun berturut-turut PASTI Ibnu Sina, Gombak menjadi Johan namun sesi 2011 Piala SUKPA telah bertukar angin dan Juaranya telah jatuh kepada PASTI Rahman (Rumah Kuning) dengan mendapat mata 36, Tempat Kedua PASTI Ihsan (Rumah Ungu) dengan mata pungutan sebanyak 23 dan tempat ketiga dimenangi oleh PASTI ILMI BBS (Rumah Hijau) dengan mata sebanyak 19.

Bagi Acara perbarisan tempat pertama dimenangi oleh PASTI Ehsan 2, Tempat ke dua PASTI Ummu Aiman, Tempat ketiga dimenangi oleh PASTI ILMI BBS, Tempat keempat dimenangi oleh PASTI Ehsan 1, tempat ke lima PASTI Al-Badar dan tempat keenam dimenangi oleh PASTI Laksamana.

Semoga tahun hadapan SUKPA PASTI akan berlangsung dengan lebih meriah lagi dengan melihat adakah Piala SUKPA akan kekal ditangan PASTI Rahman.

Turut hadir bersama menjayakan SUKPA 2011 Ustaz Hasbullah Mohd Rdzuan, Ketua Pemuda PAS Dewan Negeri Selangor (DPPNS), Pn. Khairiah Mohamad Ahli Lembaga PASTI (ALP) PASTI Pusat.



editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI