Wednesday, January 9, 2013

Pengumuman Lokasi Terkahir Himpunan Kebangkitan Rakyat Esok


PETALING JAYA, 9 JAN: Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohammad Sabu menegaskan sekiranya  pihak pengurusan Stadium Merdeka masih tidak memberikan sebarang maklum balas maka pihak penganjur nekad akan maklumkan Lokasi terakhir esok petang.


Beliau berkata,  pihaknya turut akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi menerangkan perancangan himpunan  yang akan diadakan pada sabtu ini bagi memastikan ianya berlangsung secara aman.
“Setakat ini pihak stadium masih belum menyatakan ya atau tidak.
“Esok pada jam 4.00 petang kita akan memberikan maklumat terakhir lokasi himpunan,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Sementara itu, Anwar menggesa semua penyokong dan ahli Pakatan Rakyat hadir pada himpunan yang akan diadakan pada Sabtu, 12 Januari ini.
Jelasnya pimpinan Pakatan Rakyat menyokong penuh himpunan tersebut dan meminta pihak polis memberikan kerjasama agar ia berlangsung dengan aman.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI