" Kenyataan   Sabri bin  Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek   Kepada Noryati  Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan   Bekas Ketua  Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel   Belmount, Melaka  Pada 3hb November 1999 .
Kenyataan   Sabri bin  Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek   Kepada Noryati  Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan   Bekas Ketua  Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel   Belmount, Melaka  Pada 3hb November 1999 . Saya  tidak  faham mengapa cucu saya  hanya menyatakan sekarang tidak  mempunyai  hubungan sulit dengan Tan Sri  Rahim bila dia telah mengakui  selama 5  tahun kebelakangan ini sejak  1994 bahawa dia mempunyai  hubungan sulit  dengan Tan Sri Rahim, termasuk  membuat keterangan  bersumpah di  mahkamah di depan tuan hakim
Cucu  saya, , telah  membuat satu  kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan  keterangan  Datuk Seri Anwar  Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada  29hb  Oktober 1999 bahawa  dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas  Ketua  Menteri Melaka Tan  Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.
Saya   amat terkejut  dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun   ini, cucu saya  telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri   Rahim semasa  cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga   memberitahu ahli  keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang   lelaki pertama  yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh   kerana cucu  terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis   pada akhir  bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang   membesarkannya tidak  dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak   polis dan  kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan   sedangkan  mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh   dilihat  selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis   bawah  umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya  dibebaskan.   Akibat peristiwa hitam itu, cucu
saya telah melahirkan  seorang anak   perempuan pada 1995.
 
Oleh  kerana  tidak dapat menjumpai  cucu saya, saya telah meminta bantuan  daripada  Ahli Parlimen Kawasan  Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya  memaksa  pihak polis membenarkan  saya melawat cucu saya. Saya amat  kesal dan  sedih bahawa YB Lim dalam  usaha membantu mendapat keadilan  untuk cucu  saya telahpun dipenjarakan  di Penjara Kajang pada 25hb Ogos  1998 dan  kehilangan statusnya sebagai  Ahli Parlimen.
Dalam kes  mahkamah  Lim Guan Eng yang mulai pada  20hb Jun 1995, Ketua Jabatan  Siasatan  Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan  bahawa cucu saya telah  mengakui  mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri  Rahim. Pada 27hb  Februari  1997, cucu saya pula memberikan keterangan  sebagai seorang  saksi  kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan  Eng bahawa Tan  Sri  Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.
Selepas  itu cucu   saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan  Sri Rahim   ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat  satu   ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb  Januari   1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti  berikut:-
 

"Saya   merasa sungguh kesal atas  apa yang telah berlaku di masa lampau, dan   merasa sungguh sedih sekali  kerana YB Lim Guan Eng kini telah   dipenjarakan. Apa yang beliau cuba  lakukan hanyalah untuk membantu   saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi  mangsa. Semua ini sungguh   tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan  dikembalikan kepada YB.   Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan,  satu kepada Yang Di   Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua  Negeri Melaka,   meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan  segera supaya   meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen  sejati  Malaysia.  Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua   Pembangkang Parlimen  boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya   ini kepada kedua-dua  pihak itu."
Saya tidak faham mengapa cucu   saya hanya menyatakan  sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan  Tan  Sri Rahim bila dia  telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini  sejak  1994 bahawa dia  mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim,  termasuk  membuat  keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.
Saya    berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu    saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya    boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB    Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan    sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi    konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.
Saya    masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat    Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia    memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri    daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang    keluarga kami kepadanya tidak dibalas.
Apa yang dilakukan oleh    cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan    begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak    cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan    isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.    Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya    telah lakukan.
Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB    Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan    mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian    kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai  oleh   kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah   satu-satunya  orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila   tidak ada  seorang pun yang berani tolong sama kami.
Semoga Allah S.A.W.  boleh memaafkan cucu saya.
Pendek binti Ahmad
Sabri bin  Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor  Gajah, Melaka .