Monday, July 9, 2012

Rakaman DSAI Ceramah Perdana Rakyat di Selayang

Kerajaan Negeri Akan Bina Sekolah Taman Medan Walaupun Kerajaan Pusat Enggan kerjasama



SHAH ALAM : Menteri  Besar Selangor, Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim memberi amaran kepada Kerajaan Pusat sekiranya enggan  bina sekolah kebangsan di Taman Medan Petaling Jaya , kerajaan  Pakatan Rakyat Selangor akan membina sendiri sekolah tersebut. 

Abdul Khalid berkata ketika ditemubual oleh wartawan dalam Program Penerangan Geran Selangorku.

Menurut Abdul Khalid, projek tersebut boleh dijalankan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana populasi kawasan tersebut sudah melebihi 40,000 penduduk. 

Abdul Khalid berkata,  “Kerajaan  negeri telah meminta untuk sebuah sekolah kebangsaan dibina di situ tiga bulan lalu dan tanah juga telah diperuntukan bagi tujuan tersebut.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa Kerajaan Negeri tidak memberi kelulusan tanah bagi pembinaan sekolah di Selangor”.

“Kita sediakan tanah, bukan kata satu sekolah malahan mana-mana sahaja Kerajaan Pusat minta untuk dibangunkan sekolah kita memang ada peruntukan tanah.

“Jadi mengapa timbul kenyataan   berbaur pembohongan dari seorang Timbalan Menteri? Saya pun tidak pasti kerana kenyataan beliau ternyata tidak benar dan beliau juga tahu ia tidak benar,”  soal Abdul Khalid.

Beliau mengulas lagi katanya,“sebenarnya Kerajaan Pusat yang enggan membina sekolah walaupun tanah sudah diperuntukkan untuk pembinaan.

Setiap 100 ekar pembangunan, pemaju akan beri tanah untuk Kerajaan Negeri wartakan bagi pembangunan sekolah dan lain-lain”.

“Tetapi masalah yang kita hadapi dalam kes ini, Kementerian Pelajaran tidak mahu buat dan ini adalah perkara yang amat mengecewakan kerana ia melibatkan keperluan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Justeru, saya mendesak  agar Kementerian Pelajaran menyediakan senarai lokasi yang diperlukan untuk pembinaan sekolah di seluruh Selangor.

“Berikan kita senarai, kita akan cari tanah untuk Kerajaan Pusat bina sekolah kerana kita sememangnya komited dan sangat menggalakkan wang rakyat disalurkan kepada pendidikan,” tegasnya.

Terdahulu, Dr. Puad mengeluarkan kenyataan meminta Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah kepada kerajaan pusat bagi membolehkan lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dibina di Selangor.

Menurut beliau, keengganan Kerajaan Negeri bekerjasama memberikan kelulusan tanah menyekat usaha Kerajaan Pusat membina lebih banyak sekolah di negeri ini.


Editor : Khaulah Azwar

UMNO Berani Lempar Tuduhan Tapi Tak Berani Berdepan

SHAH ALAM 10 JULAI : Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali  menempelak Sulaiman Abdul Razak berhubung tuduhan pemilikan akaun RM 3 Bilion oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Azmin ( ADUN Bukit Antarabangsa-PKR) berkata tuduhan Sulaiman (Permatang-BN) itu merupakan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab oleh Umno-BN.

Beliau menegaskan fitnah terbabit ditaja oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Anwar berada dalam penjara Sungai Buloh di antara 1999 ke 2004.

Jelasnya, dalam kertas siasatan yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris, kes tersebut tiada bukti.

“Siasatan itu dijalankan dengan menyeluruh dan teliti termasuk akaun di luar negara dan dalam negara, tiada asas untuk mendakwa beliau (Anwar).

“Siapa Permatang untuk tampil dalam dewan, nak jadi juara konon, sudah sampai masa untuk kita dedah siapa Adun Permatang ini,” katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman tidak berada dalam dewan ketika penjelasan dari Azmin.

“Inilah kekuatan yang ada pada Umno-BN, apabila lontar tuduhan tetapi ‘lari’ untuk mendengar fakta, tidak berani untuk berdepan dengan fakta,” katanya.

Sebelum ini, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa Anwar memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion pada 1999.

Jemputan Xpresei Anak Muda, Ikrar Utk Mara Ke Putrajaya

Mai ramai-ramai kita Hijaukan Bumi Allah ini dengan Aktiviti yang diredhai Allah.. Biar Najib dan kuncu2 UMNO gentar .

    Selangor Peruntuk RM1.33 Juta Bina Pusat Wanita Berdaya



     GOMBAK : Masa depan golongan wanita Selangor akan terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR), kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail. 

    Kata Rodziah, “kerajaan negeri akan menubuhkan  Pusat Wanita Berdaya (PWB)  meningkatkan taraf socio-ekonomi wanita di seluruh Selangor.

    Rancangan ini akan dijayakan dengan peruntukan RM 1.33 juta dari Geran SelangorKu bagi membina 35 PWB baru”.

    Menurut beliau, setakat ini Kerajaan Negeri sudah membina 21 PWB di sekitar Selangor.

    Rodziah merangkap ADUN Batu tiga menambah lagi “ PWB akan menjana kreativiti dan inovasi ke arah meningkat kualiti hidup wanita, keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka,” ujar beliau dalam majlis penyampaian cek Geran Selangorku untuk PWB berjumlah RM 1.33 juta yang telah di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim.

    Misi Pemberdayaan Wanita Selangor akan menyaksikan PWB menjadi Hub aktiviti wanita yang akan menghubung jalinan wanita setempat dan di seluruh Selangor.

     Ujarnya,  “Insya-Allah dalam masa tiga bulan, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor akan mendapat Pusat Wanita Berdaya (PWB).

    Selain berperanan meningkatkan taraf socio-ekonomi wanita di seluruh Selangor. Ia juga memberi peluang wanita menceburi bidang-bidang kemahiran seperti menjahit, memasak dan membuat kraftangan bagi menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka.

    Beliau kata demikian dalam Program Penerangan Geran Selangorku di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak, Greenwood di sini kelmarin.


    Editor : Khaulah Azwar

    SIMFONI KASIH TAUTAN HATI