Monday, March 7, 2011

Pelajar SRA Nurul Iman Menerima buku teks percuma pemberian kerajaan PR, Selangor





Selayang Baru- Seramai 650 orang pelajar telah menerima Buku Teks Agama bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) Nurul Iman.

Buku teks tersebut meliputi 11 subjek mata pelajaran iaitu Al-Quran, Hafazan, Al-Sunnah, Tauhid, Fiqh, Imlaq, Qadr, Tajwid, B. Arab, Jawi dan Akhlak.

Pengetua SRA Nurul Iman, Ustaz Suratman B. Makkazan, 46thn berkata , "Alhamdulilah semua pelajar-pelajar kami telah menerima buku teks yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2010 untuk memberi bantuan buku teks kepada pelajar-pelajar SRA".

"Sebanyak 7150 buah buku teks telah kami terima dan telah diberikan kepada semua pelajar. Namun pun begitu terdapat kekurangan sebanyak 40 buah buku memandangkan bilangan murid pada tahun ini bertambah . Penambahan bilangan murid pada tahun ini diluar jangkaan kita dan insya-allah kita akan membuat permohonan melalaui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi penambahan buku teks tersebut untuk pelajar-pelajar baru sesi 2011 dalam masa terdekat ini", katanya.

Pembekalan Buku Teks, Ustaz Syamsin B. Fazni, 26thn "terima kasih kepada Kerajaan PR Selangor yang telah melunaskan janji mereka untuk membantu pelajar-pelajar SRA dimana pemberian buku teks kepada pelajar telah banyak membantu ibubapa / penjaga pelajar yang berpendapatan rendah. Pemberian buku ini tidak mengira sesiapapun dan diberikan kepada semua peringkat daripada Darjah satu sehingga darjah 6".

"Dengan pemberian buku teks agama kepada mereka ibubapa yang berjumpa dengan pihak sekolah melahirkan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan PR, JAIS dan sekolah kerana membantu meringankan bebanan mereka. Dengan bantuan tersebut mereka dapat memfokuskan pengurusan lain untuk anak-anak mereka terutamanya melunaskan yuran-yuran sekolah yang masih tertunggak samaada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Agama.

Untuk memiliki buku teks agama yang jual dikedai buku mahupun di pasaran mencecah RM5.50 ke RM7. Seorang pelajar mesti mempunyai 11 buah buku. Sekiranya mereka mempunyai bilangan adik beradik 5 orang yang bersekolah sudah pasti ibubapa mereka mencari wang yang lebih untuk membeli buku anak-anak mereka setiap seorang berjumlah RM77. Kalau 5 orang anak, budget keseluruhan sebanyak RM385. Mungkin tidak mengcukupi gaji ibubapa yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah dan rasa tidak mampu untuk membelinya. Dengan itulah mereka merasa gembira dengan pemberian buku teks agama percuma oleh Kerajaan PR".

Kenkangan yang dihadapi untuk menerima buku teks ini adalah kelewatan penghantaran buku teks. Kita difahamkan punca kelewatan penghantaran adalah daripada percetakan buku teks oleh syarikat yang telah dilantik oleh JAIS. JAIS hanya melantik 3 buah syarikat sedangkan buku-buku tersebut mempunyai 11 subjek untuk dicetak dengan bilangan yang banyak bagi semua sekolah-sekolah agama di seluruh negeri selangor. Kita cadangkan pada masa akan datang JAIS memperbanyakkan saluran percetakan agar proses penghantaran buku kepada sekolah-sekolah dapat di tepati sebelum sesi persekolahan bermula, ujarnya.

Sementara itu Adik Norhasmidah Bt Mohd tahun 6 Kausar rasa gembira dengan pemberian buku teks percuma. katanya, dengan pemberian buku teks ini dapat membantu ibubapa saya untuk membiayai yuran sekolah untuk adik - beradik yang lain. Kesemua buku teks tersebut dilihat kualitinya bermutu tinggi, cantik, pengisian juga amat bermakna. Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan PR yang telah membantu semua pelajar SRA.


Editor : khaulah azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI