Monday, May 28, 2012

Woi Mufti Jangan Jadi Tali Barut UMNO. Pilih PAS Masuk Syurga

UNDI PAS DAPAT PAHALA-TGNA


Diakhir zaman kita akan lihat zina berleluasa, fitnah menjadi pakaian bagi orang2 yang mengaku islam tetapi mengamal sifat munafik. 

Justeru jika anda orang ISLAM menolak kemungkaran, menolak fitnah..tolong sebarkan.. Tanggungajwab bersama.

Ingatlah kita dalam menuju sat kematian, bila-bila, dimana sahaja Jika Allah utusakan para malaikat, tolong cabut nyawa sifulan.. apakah persiapan kita sudah mengcukupi untuk bertemu Allah SWT wallaahhualam..

Terima kasih.

Program Belia UMNO Merosak Akhlak Belia

Cukup memalukan. Dengan aksi ghairah dan tidak senonoh inilah ditemui di dalam satu acara di Himpunan Jutaan Belia yang berlansung di Putrajaya bermula 23 Mei.
Traian ghairah di karnival belia 2012

Mana Menteri Agama, mana Majlis Fatwa Kebangsaan mana ulamak UMNO yang sebelum ini ghairah menghukum Perhimpunan BERSIH tetapi membisu terhadap gejala "wasatiyyah terlampau" seperti pertunjukan di sebelah ini?

Aneh, BERNAMA dan media massa arus perdana enggan untuk menyiarkan tentang bilangan yang hadir di himpunan yang dinamakan "jutaan" itu.

Menurut maklumat yang terima, himpunan yang digembar-gemburkan "jutaan" itu hanya di hadiri oleh tidak lebih 5,000 orang, itupun sekadar untuk menyertai acara-acara yang diaturkan oleh kementerian, tetapi tanpa rasa malu mereka mendakwa itu diantara 10 karnival terbesar di dunia kerana ada khemah untuk ekspo dan pameran sepanjang enam kilometer di Persiaran Perdana.

Sekadar ini sahaja "santapan" foto yang ada dari pelbagai media di hari jutaan belia:



Benar-benar menghabiskan wang rakyat terhadap penganjuran Hari Jutaan Belia ini. 



PAS Yakin, Sokongan di Putrajaya Meningkat

PUTRAJAYA: Sejak akhir-akhir ini, sokongan rakyat terhadap PAS khususnya kakitangan awam yang menetap di Putrajaya dilihat sangat memberangsangkan.

Biarpun Putrajaya terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di mana masyarakatnya majoriti kakitangan awam, namun mereka kini tidak lagi takut untuk mendekati PAS.

Sabtu lalu, masyarakat Putrajaya mengambil peluang mengenali PAS secara lebih dekat sempena lawatan rasmi PAS Pusat di sana.

Menurut Yang DiPertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, sambutan yang menggalakkan dikalangan masyarakat menunjukkan PAS bukan asing pada mereka.

"Ini membuktikan yang PAS sudah bertapak di hati mereka dan sokongan terhadap PAS di Putrajaya pada hari ini telah meningkat hampir 5 kali ganda berbanding tahun 2011.

"Perkembangan ini sangat baik yang memberi satu gambaran yang jelas tentang keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya," katanya.

Terdahulu, lawatan tersebut adalah anjuran bersama Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan bersama PAS Kawasan Putrajaya.

Antara Pimpinan PAS Pusat yang hadir sempena program ini ialah Setiausaha Majlis Syura PAS Pusat Ustaz Nik Zawawi, dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat Dr. Hatta Ramli.

Pimpinan tertinggi PAS Putrajaya pula ialah YDP PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Timbalan YDP Kamaruzaman Mohamad merangkap Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Selain petugas PAS Putrajaya, program ini dibantu oleh petugas-petugas dari Bandar Tun Razak, Cheras dan Segambut.

Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah di Surau Al-Mizan, Presint 8 dan diikuti dengan tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ust. Nik Zawawi.

Selepas solat Isyak yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Nik Zawawi, rombongan peserta telah beramai-ramai ke Medan Selera Presint 9 untuk acara seterusnya.

Acara dimulakan dengan ceramah santai yang dikendalikan oleh Kamaruzaman Mohamad dengan ucapan dimulakan oleh Dr. Hatta.

Beliau telah menyeru kepada semua penduduk Putrajaya supaya memberikan peluang kepada PAS untuk menang di Putrajaya dan seterusnya mentadbir Malaysia.

Di dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan takziah kepada peserta yang kemalangan dalam acara perlumbaan sempena Karnival Hari Belia di Putrajaya.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Nik Zawawi. Beliau telah mengingatkan para hadirin bahawa hanya Islam sahaja yang mampu menyelamatkan negara Malaysia yang kian parah ini.

Program diakhiri dengan para pimpinan mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan para hadirin yang menjamu selera di medan selera tersebut.

Note : Den Nak tengok mantan2 SMVPR yang tegar UMNO esp Fendi Putajaya, Ashma JB yang sering hentam ana mengenai perjuangan PAS.

Sekiranya PAKATAN memerintah dengan izin Allah, den nak tengok adakah pencacai2 UMNO ni kerja di Putrajaya atau Jadi Muka Tembok dekat situ..

Masa tu den nak bagi borang PAS dekat depa, ikhlaskan hati untuk menerima perjuangan ISLAM, Jangan Dihina perjuangan ini.

Teman tabik hormat kepada semua kakitangan Putrajaya walaupun kerja kerajaan, tapi bila Pilihanraya depa Pangkah Pakatan.. teruskan jangan takut rezeki Allah bagi bukan UMNO..
template joomla note : den nak tengok puak2 Mantan SMVPR esp Fendi Putrajaya, Ashm JB dan penyokong tegar UMNO yang kerja di Putrajaya, sekiranya PAKATAN memerintah dengan izin Allah, depa nak buat apa.. apakah masa tu depa nak terus hentam PAKATAN esp PAS.. den Tunggu, Moga Allah sentiasa membantu. amiin ya rab

10 Jam Bertarung Nyawa-Datuk Harun Din

10 jam Haron Din bertarung nyawa

 
(Gambar: Kepulangan Datuk Dr Haron Din disambut ramai kalangan penyokong PAS dan anggota Darus Syifa)




BANGI: Hati anak mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta kembali sihat dan ceria.

Begitulah yang dialami lima pemata hati Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mula sembuh dari pembedahan jantungnya dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu.

Dr Haron Din, seorang tokoh agamawan melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu.

Anak keduanya, Hamdi Haron yang juga seorang peguam sempat meluangkan masa menceritakan keadaan bapanya kepada Harakah Khamis lalu.

Datuk Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins.

Selama berada di sana katanya, mereka sekeluarga termasuk bondanya Datin Khadijah Mohd Salleh tidak berenggang dengan bapanya.

"Alhamdulillah sejak buat pembedahan dan dimasukkan pula ke ICU dan CCU ada perkembangan dan kesihatan beliau makin sihat," katanya yang ditemui di kediaman bapanya di Bandar Baru, Bangi, Selangor.

Selama sepuluh jam bertarung nyawa di bilik bedah, katanya bapanya tidak patah semangat dan seolah-olah tidak ada rasa sakit.

Ini katanya, apabila diminta oleh doktor untuk melakukan pelepasan batuk selepas menjalani pembedahan bapanya berjaya melakukan sekuat hati.

"Sampai doktor dan pesakit sebelah katilnya bertanya, tak sakit ke, dia kata tak, itulah kelebihan yang Allah kurnia kepadanya," ujarnya.

Begitu juga, katanya apabila kakaknya, Dr Huda Haron dan adiknya Dr Azlin Haron setiap pagi mencuci pahanya yang terpaksa dibedah sedalam satu inci dan lebarnya tiga inci, tidak juga dirasai sakit.

Dengan selamba dan bersahaja bapanya membiarkan adik dan kakaknya mencuci luka tersebut.

Itulah katanya, tiada memek muka kesakitan dan keluhan langsung darinya.

Beliau juga memberitahu, doktor meminta supaya bapanya berehat dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

Bagi mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan, doktor menyarankan supaya beliau memakan sarang burung layang-layang juga, katanya.

Sarang burung yang dibuat sup ketika berada AS, terus diamalkannya sehingga sekarang.

Bercerita lanjut Hamdi berkata, semasa dalam rawatan bapanya meminati makan 'taufu fah' dan makanan Jepun iaitu sushi dan sup jepun.

"Makanan itu ada di sana, jadi tak ada masalah untuk kami carikan untuknya.

"Tambahan pula ada rakyat kita yang bekerja di AS sudi menolong kami," katanya.

Dalam pada itu, sambungnya semangat bapanya untuk mengikuti perkembangan politik tanah air masih menebal.

"Dalam keadaan masih lemah dia nak tahu juga masa hari Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Kebetulan adik saya Salwa dan Hana ada di tanah air dan mereka up-date pula perhimpunan itu, dengan penuh minat beliau ikutinya.

"Ertinya perjuangan politik dalam parti tidak pernah pudar bahkan terus berkobar dan membara," ujarnya.

Beliau berkata, penyokong PAS tidak perlu risau dengan kesihatan dan perjuangan bapanya dalam parti.

Cuma katanya, untuk sementara waktu ini, bapanya perlu membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Kebetulan pula semasa bertandang ke rumahnya, Dato' Haron pergi ke IJN untuk mendapat pemeriksaan lanjutan.

"Minta maaflah hari ini dia kena pergi jumpa doktor di IJN dan petang ini selesailah tu," katanya yang tidak jemu-jemu menceritakan keadaan bapanya yang dikenali ramai itu.

Jawatan Kosong : Selangor Perlu 60 Guru Tetap



Sabak Bernam  27 Mei,  : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri meluluskan permohonan kenaikan pangkat guru JAIS Gred DG41 ke Gred DG44 dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 ke Gred DGA32.
Kata Abdul Khalid, “Insya-Allah dalam tempoh terdekat ini , kerajaan negeri akan mengiklankan kekosongan 60 jawatan tetap guru bagi gred jawatan DG41, DGA29, DG48, DG44 dan DG41.

Pada masa yang sama juga bagi mengisi perjawatan gred DGA34, DGA32 dan DGA29,”

Tambahnya lagi, “sistem pendidikan Islam kelolaan JAIS bermula sejak tahun 1945 dan apabila mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008, banyak perubahan dibuat terhadap sistem pendidikan Islam.

Antaranya, penstrukturan semula dasar dan hala tuju pendidikan Islam dengan menjadikan Al-Quran sebagai kukikulum teras pendidikan Islam, penambahan bilangan sekolah agama dan perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua murid”.

“Pada masa ini, JAIS mengurus sebanyak 12 buah Pra Sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi, 212 buah Sekolah Rendah Agama, 286 buah KAFA Integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Sains dan Teknologi.

Justeru, untuk menampung kekurangan guru pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menambah 5,161 jawatan guru agama di negeri ini”, kata Abdul Khalid.
Sementara itu,Exco Pendidikan, Pendidikan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali pula berkata “kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan penambahan jawatan ini bagi menampung kekurangan guru masa kini.

“Setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seramai 238,572 pelajar.

“Jumlah pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan guru yang dipertanggungjawabkan tidak mencukupi.

“Jumlah guru itu juga merangkumi pelbagai jawatan sama ada tetap, kontrak dan sambilan,” katanya ketika ditemubual media  dalam Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap, Sabak Bernam”, di sini.



Hadir sama, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin.
Editor : Khaulah Azwar  


Selangor Peruntuk RM45 Juta Untuk Pendidikan

Shah Alam : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  menyifatkan Kerajaan Selangor  komited terhadap pendidikan.
 
Ini jelas terbukti, apabila peruntukan kepada semua jenis sekolah diberi secara berskala berbanding dengan amalan Kerajaan Umno-BN.


 “Jika dahulu mungkin ada diberikan ‘hadiah’ kepada sekolah-sekolah tapi peruntukan tersebut tidak tetap.
 
"Keadaan itu berbeza setelah kita ambil alih. Kita memberikan peruntukan tetap kepada sekolah-sekolah SJKC, SJKT dan SAR di negeri ini agar mereka dapat bersedia dari segi pentadbiran dan pengurusan sekolah seterusnya meningkatkan prestasi pelajar”, kata Abdul Khalid dalam ucapan Majlis Penyerahan cek untuk SAR dan SJKC di SUK, Shah Alam, disini petang semalam.

Tambah beliau lagi“kita juga yakin dan percaya pendidikan merupakan satu pelaburan masa depan kerana masa depan negeri ini bergantung kepada keupayaan guna tenaga rakyat negeri ini di masa akan datang,”  

Pada majlis itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) menerima cek peruntukan bagi fasa pertama program penyaluran bantuan itu.
 
Sehubungan itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, berkata sejak 2008 sehingga kini, Kerajaan Negeri memperuntukan sejumlah RM 45.936 juta khusus untuk bantuan pendidikan kepada lebih 400 buah sekolah di Selangor.

“Hari ini pula kita akan menyampaikan cek berjumlah RM 4.831 juta untuk disalurkan kepada 180 buah SAR manakala sejumlah RM 2.723 juta pula diperuntukan untuk 89 buah SJKC di negeri ini.

“Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pula akan disusuli dalam masa terdekat ini dengan peruntukan sebanyak RM 3.,534 juta menjadikan jumlah keseluruhan untuk fasa 1 ini sebanyak RM 11.088 juta,” katanya.

Hadir sama menjayakan majlis tersebut Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim dan barisan Exco Selangor.
 
Editor : Khaulah Azwar
 

Thursday, May 24, 2012

Samseng UMNO Kacau Ceramah PAKATAN Kerana Takut


KUALA LUMPUR 25 MEI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden  provokasi daripada Umno-BN sehingga menyebabkan seorang warga emas cedera di kepala sebagai perbuatan samseng dan tidak berakhlak.

“Tindakan pemuda Umno-BN itu dilakukan bagi menghalang pimpinan PKR untuk memberi ceramah sempena Pelancaran Jentera Baru Keadilan Lembah Pantai.

Kenapa Umno-BN takut kita bagi ceramah? Sanggup upah orang untuk baling batu. Ini Malaysia negara rakyat bukan negara samseng, kita ada adat,” katanya.

“Ketika kejadian itu, didapati seorang warga emas cedera di kepala akibat terkena balingan batu oleh pemuda Umno-BN yang menghadiri ceramah dianjurkan oleh “TIBAI” bersebelahan dengan khemah PKR.

Sementara itu, Anwar turut mengulangi janji PAKATAN untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan memberi pendidikan percuma sekiranya gagasan itu menang pada pilihanraya umum akan datang.

Tambah beliau lagi, UMNO-BN  bukan sahaja pandai mengamalkan budaya memfitnah tetapi juga mengadaikan tanah melayu di Kampung Baru.

Katanya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyerahkan 40 peratus tanah Kampung Baru kepada pemaju bukan melayu.

“Siapa yang minta kawasan itu? Pemaju mana? Atau tauke-tauke yang dia jaga sebab itu senang beliau bagi,” katanya.

Tambah Anwar, taraf kewarganegaraan juga tidak diberi kepada kaum bukan melayu di kawasan ini walaupun mereka dilahirkan di negara ini.

“Jika dibawah Pakatan Rakyat, kita akan jaga semua kaum dan kita tidak akan bagi rakyat dari negara lain yang baru tiga bulan datang ke negara ini tetapi menerima taraf kewarganegaraan seperti yang dilakukan oleh Umno-BN,” katanya.

Ujarnya lagi, rakyat juga boleh menilai banyak perkara yang dilakukan Umno-Bn masa kini termasuk kes fitnah ke atas dirinya mahupun pemimpin Pakatan yang lain.

“Saya dihina sudah 14 tahun, tetapi ramai rakyat pelbagai kaum sanggup menerima saya.

“Budaya ini kita tidak akan bawa dalam pakatan, kerana tuan guru selalu berpesan, jika kita hendak membawa perubahan, kita mestilah membawa contoh yang baik kepada rakyat,” katanya.

Hadir   ceramah malam  tadi,  MP Lembah Pantai,  Nurul Izzah Anwar menyampaikan hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, seramai 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  “Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim).”


Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada 19 Mei, lalu.
 
 
Note: Dimanakah nilai2 murni yang diterapkan pimpinan UMNO kepada semua ahlinya.. Sudahlah masuk rumah orang, tak berakhlak langsung. 
 
ooo Negara Malaysiaku sungguh memalukan..

teman duk pelik, kenapa kawasan tempat lain UMNO2 ni mengganas mcm orang hilang akal, tapi di Gombak kalau DSAI, mai tak berani pula buat kacau..

Moga yb and DSAI selamat..amiin


Editor : Khaulah Azwar

Isu Perdana Menteri Malaysia, Pak Najib tersebar di Hong Kong Pula...


Malu Den dibuatnya, kenapa Den dapat PM macam ni wei...


Di Malaysia, Najib masih boleh mengawal dan mengarahkan media-media cetak supaya menggelapkan kes rasuah Kapal Selam atau masa depan media-media tersebut digelapkan oleh pentadbiran Najib. 


Tetapi kuasa Najib tersebut hanya terhad di dalam Malaysia sahaja.. untuk negara lainarahan Najib tak laku, kecuali arahan disertakan dengan USD.. macam kes BBC hari tu..


Semalam, sebuah akhbar yang diterbitkan di Hong Kong telah menyiarkan kes atau scandal yang melibatkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia ini. 


Menurut apa yang dilapornya, Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya.



Dan telah dilaporkan juga bahawa Mahkamah Perancis telah memanggil Najib untuk
memberikan keterangan di mahkamah Perancis yang sedang menyiasat kes rasuah ini. 


Altantuya telah digambarkan sebagai juru bahasa yang menjadi orang tengah dalam kes rasuah pembelian kapal selam yang melibat RM500Juta dana rakyat Malaysia. 


Sekarang.. sudah banyak media-media asing yang melaporkan kes Najib dan Altantuya ini..


Kalau berita tentang Anwar yang tidak benar dilaporkan oleh media asing, maka riuh rendahlah pencacai UMNO menyarankan agar Anwar mengenakan tindakan saman terhadap pernerbitan itu..


Kenapa tidak disarankan kepada Najib supaya saman penerbitan-penerbitan yang menyiarkan kisah Najib dan Altantuya ini?..


Suruhlah Najib saman..  Ketika banyak negara mula melaporkan kisah Najib dan Altantuya ini.. ada rakyat Malaysia sendiri pula masih tidak percaya akan adanya kisah ini kerana mereka telah menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO.


Bodoh kerana menjadi mangsa pembodohan pemimpin yang mahu rakyatnya bodoh supaya mudah untuk terus diperbodohkan..


HIDUP MELAYU!!! kah..kah..kah.. ada mata, buka.. ada otak fikir dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO..  Info ini diperolehi dari Ameno World

Wednesday, May 23, 2012

Pantun Untuk Yb2 Yang mudah Di jual Beli



Haha.. pls.. tlg terbalik laptop anda untuk tengok youtube ni..

Dasyatnya pengorbanan seorang ibu

 



Wahai anak, adakah engkau tahu pengorbanan seorang ibu yang sanggup susah payah melahirkan kita??

Hayatilah video ini, moga kesinsafan terbit di dalam hati kita. yang rasa buang emak, ayah, tak kisah kehidupannya lagi.. moga Allah ketuk pintu hati untuk bertaubat.

carilah ibu dan ayahmu. kalau susah nak telefon, tak de masa balik kampung kerana terlalu sibuk..ingatlah jangan sampai air mata ibu mu mengalir. Tak masuk syurga jika menitiskan air mata ibumu walaupun setitis..

Peringatan buat diri yang lupa.

Awak Hari Ni Saya Terlalu Rindukan Awak:(



Sedih, sukar digambarkan apabila orang yang kita sayang tinggalkan kita.. Al-fatiha buat insan2 yang telah meniggalkan saya.mungkin saya juga akan dijemput bertemu Ilhahi, Maafkan saya buat semua insan mengenali insan dhaif ini

Tuesday, May 22, 2012

Kemewahan Hidup Pengerusi Bersih 4.0 (Upahan UMNO Laknatuallah)



Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0. 


Katanya: "kami terdiri daripada peniaga-peniaga. saya menjual nasi lemak. Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.

Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. 
 
Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?" Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.
 
Malah gambar yang dipetik dari sebuah blog ini menunjukkan ketua pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah hotel 5 bintang. Tetamu yang hadir juga bukan calang-calang termasuk artis dan selebriti TV.

Gambar lain di sini.   
 
 
 
Usahlah bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman teknologi maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, mamat nih ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan. 
 
Walaupun rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa makanan di restoran milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun malaon ini tetap maintain pandu Ferrari dan sambut hari jadi di hotel mewah. Mampukah dia menjalani kehidupan begitu dengan hanya menjual nasi lemak di Jalan TAR?
Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?

Isteri ISA terima Anugerah Amalnita


SHAH ALAM: Kesetiaan dan kesabaran Norlaila Othman menuntut pembebasan suaminya Mat Sah Mohd Satray yang pernah ditahan selama lapan tahun lalu di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat perhartian Amalnita.




Beliau yang diberikan Anugerah Isteri Setia merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta dan juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berjuang mencari jalan bagi membebaskan suaminya sejak 2002 hingga 2009.

Norlaila berkata, walaupun suaminya dibebaskan namun dia akan terus bersama GMI untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang akta kejam tersebut.

“Saya tidak akan berhenti daripada terus menyebarkan maklumat mengenai kekejaman ISA ini,” katanya ketika ditemubual.

Anugerah itu merupakan penghargaan daripada Amalnita yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia (Amal) yang  disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali bersama Presiden Amal, Husin Ismail pada Majlis Pelancaran Amalnita di Kompleks PKNS, di sini kelmarin.

(Gambar: Dr Halimah dan Husin bersama penerima anugerah daripada Amalnita.)

Selain pelancaran Amalnita, majlis itu turut mengumpulkan sukarelawan untuk kerja-kerja kemasyarakatan serta misi bantuan kemanusiaan pada masa akan datang.

Selain Norlaila, warga emas Raden Siti Bahja Munir,73, turut menerima Anugerah Siti Khadijah di atas sumbangan selama 37 tahun meneruskan kerja dakwah dan kemasyarakatan.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan banyak menginfakkan harta untuk kerja-kerja amal sejak tahun 1975 sehingga kini.
 
Bagi Anugerah Ibu Berjasa, penerimanya adalah Siti Habsah Zakaria, 52, yang mengidap kanser payudara tahap ketiga.

Wanita gigih itu membesarkan empat orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) selepas suaminya meninggal dunia semasa anak-anaknya masih kecil.

Editor : Khaulah Azwar

Hadap Ke Mahkamah Motif Politik-DSAI




KUALA LUMPUR, 22 MEI: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dakwaan terhadap pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.O pada 28 April lalu merupakan tindakan bermotif politik.

 “ Ini adalah satu tuduhan politik dan saya minta dibicarakan isu ini,” kata Anwar di depan Hakim Mahmud Abdullah.
Pertuduhan pertama, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Di bawah seksyen berkenaan, seorang melakukan kesalahan jika beliau menganjurkan atau menyertai protes jalanan. Tuduhan tersebut membawa denda maksima RM10,000 jika sabit kesalahan.

Mereka masing-masing diikat jamin RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin setelah mahkamah menolak permohonan dari pendakwaraya Hanafiah Zakaria bagi menetapkan RM2,000 untuk setiap seorang.

Jumlah RM2,000 tersebut dibantah oleh peguam-peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, kerana anak guam masing-masing adalah ahli politik dan tiada sebab untuk melarikan diri.

Bagi pertuduhan kedua, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham dituduh di bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan.

Tuduhan itu mengatakan mereka bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

saya juga terkejut dengan peguambela Yusof. izzah  
Perintah majistret itu adalah larangan kepada orang awam untuk berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada April 28.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Anwar, Azmin dan Badrul Hisham sekali lagi mengaku tidak bersalah setelah tuduhan kedua dibacakan.

“Tidak bersalah, buang masa mahkamah sahaja,” jawab Anwar ketika tuduhan kedua dibacakan.

Mahmud menetapkan ketiga-tiga mereka dikenakan bon peribadi bagi tuduhan kedua.

Peguam terkemuka, Karpal Singh telah bertindak selaku peguambela bagi Anwar dan Azmin pula diwakili oleh Sivarasa Rasiah dan dan Gurcharan Singh.
Manakala Badrul Hisham pula diwakili oleh Latheefa Koya.

Pasukan pembelaan Anwar juga melibatkan bekas pendakwaraya Yusuf Zainal Abiden yang pernah terlibat di dalam kes liwat Anwar yang kedua.

Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat itu.

Media tidak puas hati, polis halang semua petugas media
Apabila ditanya media kepada Anwar, mengenai penyertaan Yusof, Anwar menyifatkan penyertaan Yusof dalam pasukan peguambelanya memberi banyak makna terhadap ketelusan dan keadilan sistem perundangan negara.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tuduhan dibacakan kepada beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta pagi tadi.

Anwar dihadapkan ke mahkamah hari bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atas dua tuduhan.

Hadir sama saf pimpinan PAKATAN Rakyat, Nurul Izzah Anwar, Datuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dr Hatta Ramly, Datuk Mahfuz Omar.

Editor : Khaulah Azwar

Monday, May 21, 2012

Rejab Di Nantikan

Di Kesempatan ini, marilah kita beramai-ramai merebut pahala bulan Rejab yang akan berlangsung esok. 22hb Mei, 2012. segerakan mengganti puasa yang tidak terganti lagi.  Mohon Maaf sekiranya terdapat salah dan silap selama berukhwah..

Sunday, May 20, 2012

Amanat PRU 13: Mengapa Kita Beriya Nak Menuju Ke Putrajaya- DSAI


Assalamualaikum...

BACA, TELITI dan FAHAMI dengan mata HATI dan mata AKAL. Saya sudah dan saya bertanggungjawab menyebarkannya.
 

Semoga amanat ini benar dan apa jua diluar kemampuan dan pengetahuan saya, saya serahkan kepada Allah SWT. Hidup Islam dan rakyat!

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. 

Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya.


 LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. 

Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. 

Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. 

Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. 


Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. 

Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?



Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:

Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.




Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). 


Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?





Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! 


Oleh: Anwar Ibrahim, 
Ayahandaku,

Friday, May 18, 2012

Tazkirah Jumaat: 4 Tanda Hidup Tidak Berkat

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Nauzubillah.

 
Berikut Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

 1. Duit banyak, tapi cepat jer habis. Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.  


2. Buat kerja, tak siap. Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.  

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat. Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang. 

 4. Masa habis dengan sia-sia. Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. 

Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. 

Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. 

Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. 

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Nauzubillah. 

Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah SWT untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. 


Sama-sama muhasabah dan siri ingatan diri sendiri juga.
 

Thursday, May 17, 2012

Exco Gesa Gaji Minima Perlu Di Kaji


  
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menggesa kerajaan Pusat mengkaji semula gaji minimum RM900 bagi pekerja di Semenanjung sementara RM800 bagi Sabah dan Sarawak.
Beliau mengulas tawaran Kerajaan Pusat menyelaraskan gaji minimum demi kepentingan warga pekerja.

Kata beliau,  “saya berpendapat tawaran itu sama sekali tidak relevan kerana tekanan ekonomi semakin meningkat, barang semua naik tetapi tawaran diberikan tidak cukup meringankan beban rakyat.

Sejak Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengumumkan gaji minimum, ramai  rakyat tidak setuju dan tidak gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu”.

 “Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk menyelaraskan pendapatan minimum sebanyak RM1,500 dan  ia sesuatu yang kita mampu dan pasti lakukan jika berjaya menawan Putrajaya nanti.

“Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) dari dulu sehingga sekarang komited untuk melaksanakan dasar-dasar bagi membela nasib pekerja.

Kita yakin apabila pendapatan rakyat meningkat, pengaliran ekonomi juga sama meningkat dan begitu juga dengan taraf hidup rakyat.

Justeru, kita gesa agar kerajaan pusat kaji semula gaji minimum dibuat, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyampaikan dasar PR dalam memartabatkan golongan pekerja”, jelas Dr Halimah.

Beliau merangkap ADUN Selat Klang menambah,  “selain itu sekiranya warga pekerja mempunyai masalah kerja perlu diluahkan  sekiranya  tidak puas hati kepada majikan.

Antara yang boleh diskusikan adalah gaji, pembahagian kerja yang tidak seimbang dan sebagainya”, katanya

“Insya-Allah kerajaan negeri juga akan mengadakan Hari Pekerja bersama rakyat sempena Hari Pekerja.
“Dengan adanya program ini,  dapatlah kita mendengar luahan hati pekerja sambil berbincang secara lebih terbuka” .

 
 Beliau kata demikian dalam lawatan Ramah Mesra Bersama Warga Industri di Kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd.
 
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.  
 

Editor : Khaulah Azwar

Jangan Kata PAS Melencong Perjuangan


Selangor Pilihanraya Berasingan 1 Kelebihan

SHAH ALAM, 18 MEI: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.

Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.

“Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.

“Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.

“Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki,” kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.

“Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.

Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.

“Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.

“Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain,” ujar Ibrahim lagi.
 
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.

Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program “Selangorku Bersih” hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.

Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI