Wednesday, August 10, 2011

KOLEJ INPENS MENERIMA RM1.5 Juta daripada Kerajaan Negeri Selangor


Kuala Selangor : Seramai 234 pelajar yang terdiri daripada 101 pelajar Melayu, 100 orang pelajar India dan 33 orang pelajar Cina menerima bantuan sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor .

Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbang RM1,532,700 juta bagi menampung yuran kemasukan 234 orang pelajar-pelajar baru ke Kolej Inpens. Sumbangan ini merupakan pembiayaan sepenuhnya untuk yuran akademik dan hostel termasuk wang saku.

Dr. Xavier Jayakumar, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, yang telah menyampaikan surat tawaran kemasukan kepada semua pelajar di kampus kolej Inpens berkata, “ semua pelajar yang telah menerima tawaran ini akan mengikuti kursus-kursus vokasional dalam bidang automotif mekanik, pendawaian letrik, penghawa dingin, komputer, kecantikan dan dandanan rambut untuk tempoh 1 hingga 3 tahun”.

“Semua pelajar akan mengikuti bidang vokasional dengan diberikan kemahiran khas bagi memudahkan mereka untuk mendapat peluang pekerjaan apabila telah menamatkan kursus yang diambil.

Ini adalah usaha kerajaan negeri Selangor untuk membantu semua pelajar Selangor bagi mengurangkan kes pengangguran. Semoga usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dapat melahirkan pekerja dan produk yang berkualiti tinggi sekaligus dapat membantu mengembangkan ekonomi Negara disamping itu dapat membantu menaiktaraf ekonomi pelajar dan keluarga mereka”.

Beliau meragkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas mengulas, kebanyakkan syarikat yang mengambil pekerja, mereka memerlukan tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional untuk membantu memajukan syarikat mereka. Jika pelajar tidak mengikuti kursus ini dan berusaha memperbaiki mutu kehidupan mereka amatlah sukar untuk mereka memperbaiki kehidupan mereka yang lebih baik.

Hanya dengan mendapat pekerjaan yang stabil dengan memperolehi pendapatan yang lebih baik akan dapat membantu taraf kewangan keluarga yang kebanyakannya dari anak-anak pekerja ladang dan berpendapatan rendah. Dengan ini objektif Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan taraf kemiskinan rakyat Selangor akan dicapai, kata Dr Xavier dengan tegas.

Majlis telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pegawai-pegawai dari seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Selangor. Turut hadir menjayakan majlis Hajjah Noraini Roslan, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor serta pengurusan dan tenaga pengajar Kolej Inpens.

Editor : khaulah Azwar

Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat peruntuk RM58,600







Teluk Menegon: Sebanyak RM58, 600 telah di peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Sempena bulan Ramadhan.

Kerajaan negeri Selangor telah menyumbangkan sebanyak RM38,200 untuk diagihkan kepada surau, masjid, PIBG sekolah. Bantuan sumbangan ini juga telah mendapat kerjasama daripada ADUN Sri Andalas yang telah menyumbangkan sebanyak RM17,400 dan PEKAWANIS (Persatuan Isteri ADUN dan Ahli Parlimen) sebanyak RM3,000. Keseluruhan Jumlah sumbangan tersebut sebanyak RM58, 600.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, “ Sempena bulan Ramdhan yang penuh keberkatan, kerajaan negeri selangor yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan berbesar hati untuk menghulurkan bantuan agar semua masjid, surau, Persatuan Ibubapa (PIBG), Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Persatuan Penduduk dalam kawasan DUN Sri Andalas, Klang dapat meneruskan aktiviti mereka bagi mengimarahkan majlis-majlis sepanjang bulan ramdhan untuk diraikan oleh semua umat islam”.

“Pemberian ini adalah satu cara kita untuk meringankan bebanan rakyat tanpa mengira agama mahupun ideologi politik yang berbeza. Kita mahu semua rakyat Selangor dapat merasakan juadah berbuka puasa yang dihidangi oleh pihak surau atau masjid dengan hasil sumbangan yang diberikan. Lebih-lebih lagi mereka yang tidak berkemampuan untuk berbuka puasa terutamanya golongan fakir miskin dan OKU”.

Mengulas lanjut, “bantuan yang diberikan kepada semua sekolah SAR adalah sumbangan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada sekolah agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil di negeri ini di bawah fasa pertama untuk memantapkan prestasi sekolah-sekolah. Peruntukan tersebut telah diagihkan kepada semua ADUN atau Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang melibatkan 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada semua sekolah terbabit, kata Dr Xavier yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sri Andalas yang telah merasmikan majlis tersebut dengan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima”.

Majlis dihadiri oleh Puan Sheila Devaraj, wakil PEKAWANIS, Encik Azmi Bin Jusoh, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Ketua-ketua Kampung, para pemimpin setempat.

Media juga difahamkan oleh pihak surau dan masjid, selain daripada sumbangan wang tunai, setiap masjid dan surau juga diberikan sumbangan Al Quran dan Kurma sebanyak 2 kotak. Pemberian ini adalah untuk memperbanyakkan Kitab-kitab di masjid dan surau yang mungkin telah rosak dan masih terdapat kekurangan kitab Al-Quran bagi kegunaan umat islam untuk mengadakan tadarus Al-Quran.




Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI