Thursday, March 15, 2012

Mengimbas kembali PRU12 dan PRK Tenang



Kemenangan Adalah Melalui Kesempurnaan Berjemaah. Istillah Rehat takde dalam diari pejuang, melainkan nafasnya terhenti.

Himpunan Aman Bantah Kezaliman Dan Pembunuhan Rakyat Syria

Gombak, 16 Mac, 2012 : Pressien Ma’ruf Club IIUM , Amirudin Ismail menyeru seluruh warga UIAM dan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam Himpunan Aman Membantah Kezaliman Dan Pembunuhan yang berlaku di Syria.

Himpunan Aman ini akan diadakan pada hari ini, Jumaat, 16 Mac 2012, jam 2.45 petang di Kedutaan Syria, Jalan U-thant, Ampang, Kuala Lumpur menjukkan solidariti dan menyatakan sokongan kita kepada rakyat Syria.

Sudah lebih setahun isu kezaliman dan pembunuhan di Syria berlaku, namun kita kecewa dan terkilan masih tiada tanda ia akan surut, kata beliau dalam kenyataan rasminya hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun siri lontaran suara rakyat dan kecaman antarabangsa terus hebat diadakan namun tindakan ini tidak di endahkan.


Kekejaman dan kezalimin berlaku di bumi Syria menjadi saksi kekejaman berterusan regim Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya sendiri.


“Saya percaya , keadaan ini dijangka akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama”.

“Janji yang ditaburkan oleh Bashar al-Asaad untuk mengadakan pilihanraya Mei depan tidak lebih sekadar untuk melunakkan keadaan bukannya datang daripada “political will” untuk benar-benar melakukan perubahan”.

“Kuasa luar pula sedang mengintai peluang dan menyusun strategi untuk mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku di bumi Syri”, ujarnya.


Justeru, saya mewakili Ma’ruf Club menyatakan pendirian Membantah dan menentang kekejaman kerajaan Syria dan mendesak Bashar al-Asaad supaya segera memberhentikan pembantaian terhadap rakyatnya.

Kami juga mendesak kerajaan Syria supaya menerima tuntutan rakyat dan segera melakukan perubahan untuk memulihkan pemerintahan kerajaan.

Bashar al-Asaad harus menyokong kebangkitan secara aman (tsaurah silmiyyah) oleh rakyat Syria, kata Amir.

Harapan kami, agar Bashar al-Asaad menerima memorandum ini demi keselamatan rakyat Syria.

Editor : Khaulah Azwar



GURU PRA SEKOLAH HARUS DI HARGAI


Klang : Terharu dan gembira yang terpancar di wajah semua guru dan pelajar pra sekolah apabila menerima lawatan daripada Exco Pendidikan, Pendidikan, Tinggi pembangunan Modal Insan, Dr Hjh Halimah Ali.

Lawatan yang diadakan baru-baru ini melawat semua sekolah pra sekolah Tadika dan PASTI di sekitar DUN Selat klang.

Pelajar di tahap formatif years amat reseptif kepada input pelajaran.Apa sahaja samada yang positif mahupun yang negatif. Input yang baik sudah tentu akan menghasilkan insan yang baik dan produktif.Begitu juga sebaliknya,kata Dr Halimah selepas menyampaikan peralatan tulis pada semua pelajar disitu.

Jelasnya, input negatif yang masuk dan tidak terkawal akan menyebab produk insan yang liable.Insan yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Inilah yang mungkin disebut 'sampah' masyarakat.

Justeru, menyedari hakikat ini saya terpanggil untuk meneruskan agenda menghulurkan bantuan kepada semua pelaajr pra sekolah seperti setiap tahun program ini dilaksanakan.

Tujuan utama bagi menyuntik semangat semua pelajar meneruskan pegajian mereka sememangnya sifat fitrah manusia apabila diberikan hadiah, nalurinya akan teransang dan merasakan diri mereka dihargai.

Apatahlagi, anak-anak kecil ini apabila di dekati, dibelai mereka akan mudah menyanyagi kita dengan di berikan kasih sayang, ujarnya.


Menurut Dr Halimah, ramai ibubapa menganggap karier guru di peringkat pra sekolah tidak penting dan darjat mereka rendah. Guru-guru di peringkat pra sekolah tidak di hargai.

Bagi saya tanggapan ini adalah satu kesilapan kerana guru di peringkat pra sekolah paling banyak berjasa, kerana bukan mudah kita ingin mendidik pelajar usia 4-6thn yang baru mengenali huruf, guru dan teman-teman sekeliling mereka.

Selain itu, di sekolah juga pelajar di peringkat usia ini diajar bagaimana cara kehidupan seorang muslim yang sebenarnya.

Nilai-nilai murni dipupuk oleh semua guru di peringkat pra sekolah sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah rendah. Maka jasa guru harus dihargai semua masyarakat, katanya.

Ujar Dr Halimah lagi, walaupun berbagi pandangan kepada pendidik di peringkat pra sekolah namun pada perkiraan kerajaan Selangor, khususnya di bawah portfolio Pendidikan, ia merupakan tugas dan tanggungjawab yang amat penting.


Sebab itu perancangan jawatankuasa ini merangkumi pengupayaan taman kanak-kanak(tadika) atau institusi prasekolah agar mahu meletak batu asas konsep pendidikan sepanjang hayat dengan mengutamakan minat dan skil menggunakan segala pancaindera serta sumber input pelbagai untuk mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran di tahap optima, kata beliau merangkap ADUN Selat Klang.

Hadir sama dalam lawatan institusi pra sekolah pegawai dan petugas Pusat Khidmat Maysarakat (PKM) DUN Selat Klang.

Editor : Khaulah Azwar

Exco Selangor Dakwa Kerajaan Pusat Sabotaj Kerajaan Negeri Bina Sekolah Cina

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa.Kerajaan Pusat cuba mengagalkan usaha Kerajaan Selangor untuk membantu sekolah Cina dan sekolah kanak-kanak autisme di Puchong dengan menolak permohonan pembinaan di saat-saat terakhir.

Beliau berkata, walaupun Kerajaan Selangor telah meluluskan tanah rizab 13 ekar di Taman Tasik Prima Puchong 23 September tahun lalu untuk pembinaan cawangan tiga sekolah, permohonan itu ditolak oleh Kementerian Pelajaran (KPM).

Tiga sekolah itu ialah SJKC Yak Chee (2), SMJK Katholik (2) dan Sekolah Kanak-Kanak Autisme.

Tambahnya, KPM menolak permohonan ketiga-tiga sekolah tersebut kerana mahu menggunakan tanah rezab itu untuk membangunkan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) walaupun kawasan itu sudah mempunyai empat SK dan dua SMK.

“Pada 23 Sept 2011, Kerajaan Selangor telah meluluskan permohonan tanah lot bagi pembinaan. Tanah rezab sekolah tersebut masih belum dipohon oleh JKPTG (Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian) dan masih di bawah Kerajaan Negeri Selangor,” kata Teresa merangkap Exco Kerajaan Selangor dan ADUN Kinrara.

Ujarnya, pada 30 Sept, Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada KPM menyatakan sokongan terhadap permohonan SJKC Yak Chee dan SMJK Katholik untuk membina cawangan dan memohon kementerian untuk mengeluarkan permit kepada sekolah-sekolah itu.

KPM menjawab Kerajaan Selangor dalam surat bertarikh 25 Nov dengan menyatakan bahawa KPM tidak dapat mempertimbangkan cadangan Kerajaan Selangor kerana mahu tanah tersebut bagi SK dan SMK Taman Prima Puchong.

“Cara KPM membuat permohonan di tanah rezab sekolah yang sama tersebut menunjukkan bahawa KPM memang tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah kekurangan sekolah Cina di kawasan Puchong dan Negeri Selangor.

“Mereka ingin sabotaj usaha Kerajaan Selangor,” kata Teresa, dalam kenyataan medianya bersama MP Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen.

Sepatutnya, kata Teresa, KPM membuat permohonan kepada Kerajaan Selangor untuk tanah itu jauh lebih awal dan bukan selepas Kerajaan Selangor telah memberi tanah kepada lembaga pengurus ketiga-tiga sekolah berkenaan.

“Kini, semakin ramai ibubapa kaum bukan Cina menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah Cina, ini bermaksud sekolah Cina bukan untuk pelajar kaum Cina sahaja tetapi ia telah menjadi sekolah pelbagai kaum,” ujar beliau dalam sidang media di SUK Shah Alam.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI