Sunday, February 19, 2012

10 Ekar Tanah Bina Sekolah Tamil Berasrama


Shah Alam :Kerajaan negeri Selangor bercadang untuk membina Sekolah Jenis Tamil lengkap berasrama di atas tanah seluas 10 ekar di Coalfield, Kuala Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,” kerjaan negeri akan terus memberi bantuan kepada masyarakat kaum india seperti bantuan diberikan kepada kaum lain”.

"Persetujuan dibuat dengan pemaju, Syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad, di mana kami mengkhaskan pembinaan sekolah Tamil dikawasan Coalfield”.

"Ini adalah satu lagi contoh sekolah Tamil yang lengkap berasrama, dengan cara itu kita dapat menempatkan pelajar-pelajar dari kawasan pendalaman untuk belajar dan tinggal diasrama."

Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Anugerah UPSR 2011 Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor di sini .

Beliau menambah, “tanah tersebut telah diluluskan dan kerja-kerja pecah tanah dan pembinaannya akan bermula Mei depan”.

"Kita tidak mahu membincangkan soal kos kerana yang lebih penting sekarang ialah berapa ramai pelajar yang mampu kita tempatkan”.

Menurutnya, “pelan projek pembinaan tersebut telah dihantar untuk meminta kelulusan Kementerian Pelajaran memandangkan pengendalian sekolah itu akan dibuat oleh kementerian berkenaan,"jelasnya.

Editor : Khaulah Azwar

Video PAS Pilihanku, generasi muda ingin perubahan



Dalam video ni boleh dikatakan 100% generasi Muda. Mereka sudah berubah boleh menerima perjuangan PAS. So anda apa lagi.. PAS, PKR, DAP.. pilih saja.. asalkan Jangan UMNO..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI