Sunday, August 12, 2012

Edaran Risalah 500 Ribu Bongkar Rahsia Krisis Air Selangor

Batu Caves, 13 Ogos  : Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif mencetak lebih 500 ribu risalah bertajuk “Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor”.
Amiruddin Shaarid (ADUN Bt Caves) edar risalah Krisis Air

ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, langkah ini sebahagian usaha penerangan kepada rakyat Selangor terhadap isu  air yang sering di putar belit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Risalah  diedar kepada orangramai melalui ‘networking’ ketua-ketua kampung  di sekitar DUN Batu Caves (Bazar Kampung Laksamana, Bazar Kampung Nakhoda) bermula petang semalam.

Insya-Allah edaran ini akan berterusan dilakukan di semua kawasan DUN Batu Caves walaupun berpuasa namun kerja amal ini kita teruskan sebagai satu peperangan perang saraf kepada pihak lawan.    

Selain ia juga diedarkan melalui 56 Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri.

Menurut Amiruddin,  selain diedar oleh beberapa buah NGO kemasyarakatan dan organisasi mahasiswa yang mengambil inisiatif untuk mengedarkannya di beberapa buah pasar-pasar ramadan, stesyen komuter dan LRT, kompleks membeli belah serta tempat-tempat tumpuan orang ramai.

“Dengan mengedarkan terus kepada rakyat di akar umbi, Kerajaan Negeri berharap rakyat Selangor mendapat penerangan yang tepat terhadap tindakan dan langkah-langkah Kerajaan Negeri mempertahankan hak air untuk rakyat Selangor dan isu-isu melibatkan pembinaan loji air Langat 2 yang sedang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini,” katanya dalam  sidang media petang semalam selepas edaran bubur lambuk di Bazar Ramadhan Kampung Laksamana petang semalam.
Sambil Edar Risalah, sambil beli belah. Dekati Hati rakyat.
Beliau merangkap Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat menambah lagi, “masalah air di Selangor muncul apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) enggan menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri sebaliknya berusaha membangunkan Projek Langat 2 iaitu mengambil bekalan air mentah dari Pahang”.

Langkah ini dibimbangi akan membebankan pengguna di mana dijangka pengguna akan menjadi mangsa dengan kenaikan tarif air yang tinggi dan tidak munasabah.

Sejak mentadbir Selangor pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini.


Jika langat 2 diteruskan, keuntungan tersebut hanya untuk kroni2 UMNO-BN dan syabas, rakyat selangor akan dibebankan pula dengan kenaikan tarif air..  lu pk sendiri lah..



Click dekat picture risalah tersebut utk baca maklumat ini lebih "details".

Editor : Khaulah Azwar

Lebih 50,000 Belia hadir Sambutan Hari Belia Peringkat Selangor



Lebih 50,000 orang menghadiri majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam  di peringkat Selangor.
 Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak golongan muda di negeri Selangor.

“Saya berpuashati dengan usaha semua pihak terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan.

Pertandingan memasak bubur lambuk dan pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan selebrtiti popular tanahair yang telah berhijrah seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak. Program sesi soal jawab Sejuta Umat bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik katanya  kepada media selepas program tersebut berakhir semalam.

 Dr Ahmad Yunus menambah lagi, Kerajaan Negeri mahu golongan anak muda atau belia turut serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan pemikiran yang bernas.

Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan.

Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus pula berkata, anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka.

“Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang. 

 Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang. Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula sokong,” katanya.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI