Tuesday, December 1, 2009

Kami Murabbitun



Kami Murabitun...
Usaha kecil menyayangi agama
tanpa berharap balasan dunia
rezeki kurniaan Ilahi
ada di mana-mana

sabarlah dan solatlah...

kami ramai kawan
kami punyai rakan
kami miliki sahabat
kami ada anak dan isteri
mereka memahami dan difahami
janji setia, baiah masih diingati..
kalian mahu memungkirinya?
kalian mahu melangarinya?


Tuhan,
andai kami syahid di sini
syahidlah kami seperti
Hamzah, Jaafar dan Hanzalah


Rabbi,
andai kami masih di sini
kentalkan jiwa kami
kukuhkan iman kami
tawadhukkan peribadi kami
seperti air mata
Abu Bakar
seperti rintihan Umar
seperti kecekalan Uthman
seperti pengorbanan Ali


Kami murabitun..
kami tidak memiliki
tetapi kami dimiliki
Engkau yang memiliki
dan kami hanya diberi milik

Andai panjang usia kami,
istiqamahlah,

Andai singkat masa kami,
Thabatlah...
dunia nan fana sementara cuma
yang kekal akhirat sana...

100_6485.jpg

Najib & UMNO tidak perlu takut dengan doa Nik Aziz jika mereka dipihak yang benar dengan tidak menzalimi rakyat

Membaca laporan surat khabar hari ini, 30 November 2009 saya berasa lega dengan sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depannya. Malah Perdana Menteri itu secara matang berkata mahu mencari penyelesaian dengan cara yang baik.

Apa pun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri terkutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan oleh Islam, katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009).

Tanpa mempertikaikan kebenaran laporan Utusan Malaysia itu, Najib seharusnya tidak berasa bimbang dengan doa Nik Aziz itu jika beliau merasai bahawa tindakannya itu benar. Apatah lagi Menteri Besar itu belum lagi berdoa, sebalik berkata akan berdoa jika Najib berniat jahat dalam memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Saya percaya Najib dan seluruh orang UMNO yang memahami ajaran Islam sudah pasti sedia maklum bahawa doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah. Menyedari keadaan itu mereka sudah pasti berwaspada dan berhati-hati supaya tidak terjebak dalam menzalimi orang lain apatah lagi orang Islam. Jadi, kalau begitu kedudukannya apa yang hendak dibimbangkan.

Sebenarnya Nik Aziz dan rakyat Kelantan boleh berdoa sebanyak yang mungkin jika mereka berasa bahawa mereka sedang dan akan terus dizalimi. Tetapi Allah yang maha melihat dan mengetahui keadaan yang sebenar akan menilai doa itu sama ada mereka dizalimi atau tidak. Jika benarlah rakyat Kelantan dizalimi, pasti Allah segera mengabulkan permintaan mereka.

Dalam keadaan ini, Najib dan orang UMNO harus menilai semula hal royalti itu sama ada mereka telah bertindak secara zalim atau tidak? Jika mereka yakin dan pasti bahawa tindakan memberi wang ihsan dan tidak memberi royalti itu, tidak menzalimi rakyat Kelantan, tidak perlu dibimbangkan lagi. Sebaliknya jika dirasakan bahawa mereka bertindak secara zalim, bertaubatlah segera dan kembalikan hak mereka sebelum rakyat Kelantan berdoa.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan tindakannya mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO jika kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Malah beliau sanggup berhadapan dengan cemuhan ulama lain
.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu mungkin tidak mendapat maklumat yang tepat, mengapa isu ini ditimbulkan. Saya percaya, jika beliau tahu pasti dia juga menyokong kerana dengan kenyataan itu membuatkan kerajaan pusat akan berfikir dan menilai semula tindakannya.

Selain itu Naib Presiden UMNO, Datuk Hashamuddin Hussein yang menganggap kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, mungkin merujuk kepada tindakan seorang yang dianggap ulama terhadap umat Islam sendiri. Tetapi kalau dia merujuk kepada tindakan seorang pemimpin dalam menjaga hak kepentingan rakyat yang dizalimi pasti dia juga akan mengatakan wajar dilakukan.

Rasanya kita semua tahu sejarah Rasulullah semasa Taif, tatkala orang Taif menolak dakwah Baginda, dibaling dengan batu sehingga luka dan patah gigi, Baginda tidak bertindak mendoakan kemusnahan mereka. Walaupun telah ditawarkan oleh malaikat untuk menghempap mereka dengan gunung, Baginda sebaliknya berdoa, Ya Allah beri petunjuk kepada kaum aku kerana mereka tidak tahu.

Rasulullah tidak bertindak menghukum seseorang kerana kepentingan diri sendiri. Tetapi Baginda akan bertindak jika atas kepentingan rakyat umum. Dalam peperangan Khandak, Baginda berasa kedudukan umat Islam agak tertekan, kalau tatkala itu umat Islam kalah, nescaya tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah Allah. Maka ketika itu Baginda berdoa kepada Allah agar membinasakan tentera Ahzab.

Jadi, dalam keadaan ini, semua umat Islam sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata harus merujuk kepada ajaran Islam dan sejarah silam dalam mengatur hidup ini. Semoga kehidupan kita pada masa akan datang tidak ditimpa bala bencana lagi. waallhualam.

Rujukan fikrah ISLAM.

MB N.9 Hilang kata2 Kes Penyuludupan Duit ke Luar Negara..Ini le Keje BN. Menyusahkan rakyat


Isnin lepas, YB Antony Loke telah membangkitkan isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang 'melanggar undang undang ke luar negara dalam persidangan DUN NS.

Menurut maklumat yang diperolehi dari sumber dalaman Bank Negara cukup untuk mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan terlibat dalam pemindahan wang dalam jumlah amat besar ke luar negara sekitar Mac 2008. YB Tian Chua telah membangkitkan perkara ini dalam Parlimen dan cheGuBard telah menulis surat terbuka mencabar penjelasan Menteri Besar.

Semalam semasa ucapan penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, Menteri Besar NS kelihatan hilang kata - kata dengan hanya mengatakan dia tak berminat nak jawab soalan pembangkang mengenai penglibatan beliau dalam 'penyeludupan wang' ke luar negara tetapi sebaliknya mengakui beliau kini sedang di sisasat oleh pihak berkuasa.

Tanpa menyebut pihak berkuasa agensi mana yang menyiasat beliau mengenai penglibatan beliau dalam penyeludupan wang tersebut beliau telah diselamatkan dari asakan soalan dengan tindakan 'kurang ajar' beberapa ADUN Bn yang bangun menjerit - jerit malah speaker juga bertindak menyelamatkan Menteri Besar dari terus diasak.
Apa yang penting di sini Menteri Besar jika berani jawab surat terbuka cheGuBard !!

Keduanya yang pasti beliau mengakui terlibat dan takut hendak menafikanya dalam dewan kerana cheGuBard amat yakin Menteri Besar tahu apa bukti yang cheGuBard punya. Jika dia berani menafikan dalam dewan maka dia akan menjadi Menteri Besar pertama yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan kerana menipu.
Persoalan jauh lebih penting ialah wang siapa yang 'diseludup' keluar ? Wang tersebut 'diseludup' kepada siapa ? Transaksi berlaku sekitar Mac 2008, adakah ia berkaitan dengan wang dana kempen pilihanraya ?

Jika ia transaksi sah kenapa ia perlu diselindungkan sehingga melanggar akta Bank Negara sehingga menyebabkan Salamath Ali Manoy Changer dibatalkan lesen.... jika ia dilakukan secara sah terangkan kepada rakyat Negeri Sembilan segera !!

Walaubagaimana pun seperti biasa media seperti SINAR Harian diganggu tangan ghaib dari menyiarkan berita ini .
Surat terbuka sebelum ini yang dihantar kepada MB NS sebelum Bagan Pinang tidak dijawab oleh MB malah usaha dari pejabatnya menghalang media melaporkan surat tersebut.

Namun surat terbuka telah dihantar 16 November, MB diberi masa menjawab sehingga 14 hari. Jangan harap isu ini akan disenyapkan dengan hanya penafian dangkal dan 'penggelapan' media.

Nik Aziz Sudah lali dengan desakan supaya meletakkan jawatan oleh UMNO

KOTA BHARU, 1 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu sudah lali dengan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.

Tindakan sama sebelum ini katanya pernah beberpa kali dibuat pemimpin Umno negeri itu malah berpendapat tidak perlu melayan perkara tersebut.

"Kalau sebelum ini Tan Sri Annuar Musa yang membuat desakan seperti itu dan sekarang pemimpin Umno lain pula.

"Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu," katanya ketika mengulas demonstrasi pagi tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri.

"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi.

Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP.

"Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta penyokong PAS membaikot akhbar yang sengaja yang mengapi-apikan isu di Kelantan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.

Demontrasi yang didalangi Umno bermula jam 10.25 berlarutan sehingga 11.35 pagi. Pada awalnya mereka enggan bersurai biar pun diminta berkali-kali oleh pihak polis. Namun hujan lebat yang turun kemudian menyebabkan mereka beredar.

Perhimpunan terbabit difahamkan diketuai Che Johan dan kemudian menyerah memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar.

Selepas menyerah memorandum itu yang dinamakan atas Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan JRPK, mereka diminta bersurai oleh polis dan hanya seorang wakil sahaja dibenarkan berucap.

Namun mereka tetap berdegil biar pun pegawai polis mengarahkan mereka supaya bersurai dengan alasan ingin mendapat jawapan dari Menteri Besar.

Ekoran itu kira-kira jam 10.40 pagi Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir dan meminta mereka supaya bersurai kerana perhimpunan tersebut tiada permit.

Lebih 30 anggota polis dilihat mengawal keadaan.

"Polis terpaksa meminta mereka supaya bersurai segera dalam tempoh setengah jam memandangkan perhimpunan mereka tidak mempunyai permit.

"Walaupun penganjur memohon permit malam tadi namun kami tidak dapat meluluskan perhimpunan ini.

“Mana ada jabatan yang memohon malam tadi, pagi ini boleh luluskan. Sekurang-kurangnya kena tiga hari. Kena ikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas itu.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI