Friday, November 6, 2009

Rakaman video klip Bina Insan keluarga Bahagia masyarakat Sentosa


Alhamdulilah diberi kesempatan untuk siapkan video klip JKP Zon 11 bagi program " Bina Insan Keluarga Bahagia Masyarakat Sentosa" daripada hari ke hari ana cuba siapkan ttp masa terlalu terbatas.. ttp diberikan jg waktu utk melakukan walaupun mengambil masa sedikit.. krn banyak perkara hendak diselesaikan semenjak akhir2 ini.. oleh itu ana persembahkan gerakkerja ana bersama shbt2 JKPZ Zon 11 yg bnyk kelemahan untuk paparan sahabat2 semua untuk kenangan. Semoga dpt dimanfaatkan sebaiknya.

Segala kenangan terpaut dihati samada suka, duka, susah dan senang dalam menjalankan tanggungjawab diberi. 1 pegangan dalam menjalankan tugas iaitu perbetulkan niat krn ALLAH swt dalam apa jg kita lakukan dan bila krnnya pasti kita akan buat yg terbaik dan memberi komitment yg tinggi walaupun diri terlalu sibuk dengan urusan dunia akhirat, pasti ALLAH permudahkan urusan kita semua dan tidak melepaskan tanggungjawab diberi. Ingatlah kita telah diberi amanah untuk melaksanakn tanggungjawab ini maka buatlah terbaik untuk membentuk Generasi solih wa muslih. Kalau bukan kita siapakah lagi yg akan melaksanakannya?? Daripada mula kita hidup hinggalah kita akan dikembalikan kpd penciptanya maka tanggungjawab itu tetap akan ada. Jgn kita hanya melepaskan tangan sahaja setiap apa kita lakukan dengan melakukan kerja sambil lewa dan hanya batuk ditangga. Jgn pandang dihadapan sahaja dan berasa bangga dgn apa yg kita dah buat ttp pandanglah dibelakang yg masih banyak belum kita buat dan lakukan yg terbaik. Maka rebutlah amalan tersebut bg 1 bekalan utk bertemu dgn ALLAH swt.

Semoga amalan kita diterima ALLAH swt dan segala urusan dimudahkan olehNya. Segala kelemahan adalah daripada diri penulis sendiri dan terbaik daripada ALLAH swt. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan JKP Zon 11, Majikan yg sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam segala urusan dunia akhirat. Tak lupa juga kepada YDP MPS, YB Hasan Mohamed Ali dan keluarga atas segala sokongan diberi dalam segala gerak kerja dilakukan. Mohon maaf jika ada keterlanjuran kata dan sikap yg kurang menyenangkan ketika menjalankan tugasan dan amanah diberi. Yg terbaik daripada ALLAH swt...


Suara hati daripada S/U Ahli Majlis

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI