Friday, January 6, 2012

Jangan Takut sertai Himpunan 901


Batu Caves, 6 Jan, 2012 : Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyeru rakyat Malaysia untuk hadir di mahkamah Jalan Duta bagi menyokong Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di tuduh meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

“Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan hadir ke mahkamah 9 Januari, 2012.

Himpunan ini adalah penting untuk rakyat Malaysia, ianya bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk mengembalikan sistem keadilan dan kehakiman yang tulus.

Rakyat Malaysia tidak perlu takut untuk hadir ke Himpunan ini, kerana hari ini saya bersama pimpinan PKR telah hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk bertemu Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan Himpunan ini”.

“Alhamdulilah perbincangan ini telah mendatangkan hasil yang baik. Kita telah mengemukakan beberapa usul yang mana Himpunan ini diadakan secara aman dan tidak akan berlakunya provokasi”.

"Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas,", ujarnya.

Menurutnya, Himpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran bangunan Matrade, dan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta jelasnya ketika ditemubual dalam Jamuan Rakyat bersama ADUN, Ahli Majlis, JKKK dan Nazir Masjid petang tadi sempena Majlis pecah tanah padang Futsal Kampung Baru Batu Caves, petang tadi.

Sehubungan itu, saya bersama teman-teman Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang istiqamah memperjuangkan hak mereka berhimpun secara aman bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan selama ini.

Hadir sama merasmikan majlis pecah tanah Amiruddin Shaari , ADUN Batu Caves.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI