Monday, February 28, 2011

 Masjid: Apa Najib kata jika hidup sezaman Rasulullah?

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat simpati dengan kejahilan pemikiran perdana menteri yang hanya menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina.

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman facebook merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun' yang memetik kenyataan Datuk Seri Najib sewaktu berucap di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau semalam.

Najib didakwa mempersoal adakah PAS memperjuangkan agama kerana hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan.

Dalam responsnya itu, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan adakah Najib akan mengeluarkan kenyataan sama jika hidup di zaman Rasulullah s.a.w. di Madinah dahulu.

Ini kerana, pada zaman tersebut, baginda hanya membina sebuah masjid sepanjang 10 tahun memerintah Madinah.

"Saya membaca kenyataan Perdana Menteri Malaysia di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

"Terdetik di hati saya, jika beliau (Najib) berada di zaman Rasulullah s.a.w., adakah kenyataan ini juga akan dikeluarkan bila melihat Rasulullah s.a.w. hanya membina sebuah sahaja masjid sepanjang 10 tahun mentabdir Madinah?"soalnya.

Tambahnya, penilaian sebegitu juga telah mencerminkan pemikiran Najib yang diracuni fahaman sekular mirip pemikiran bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Antartuk.

"Wallahu'alam. Pemikiran ala Kamal Atarturk sukar dijangka...," tambahnya.

Dalam laporan akhbar pro Umno itu juga, Najib berkata rakyat tidak seharusnya melihat hanya PAS memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Tambahnya lagi, umat Islam juga tidak boleh mengukur keislaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah.

Sunday, February 27, 2011

SRA menyahut seruan Kerajaan Negeri Selamatkan Remaja Selangor




Sg Tua Batu Caves- Kempen Selamatkan Remaja telah diadakan baru-baru ini di Sekolah Agama Rakyat (SRA) Sg Tua.

Pn Syariffah Mat Yatim, Pengetua Sekolah berkenaan berkata “Program Sambutan Maulidur Rasul setiap tahun kita adakan bersama semua para pelajar dan guru-guru dengan tujuan agar mereka sentiasa mengingati peristiwa kelahiran Nabi saw. Disamping itu kita mengingatkan mereka tentang liku-liku kehidupan Nabi saw bersama keluarga dan para sahabatnya yang telah banyak menghadapi berbagai ujian dan tribulasi untuk menyebarkan dakwahnya kepada umat Islam”.

Adalah satu tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk menjalankan tanggungjawab ini kepada semua pelajar agar mereka mengingati sirah Nabi saw. Kalau mereka boleh mengingati Hari Kelahiran seseorang yang mereka sayang bahkan tarikh keramat 14 hb Februari tidak pernah dilupakan. Mereka mengagung-agungkan kelahiran tersebut dengan mengadakan berbagai aktiviti yang kurang sihat. Setiap tahun mereka meraikan tarikh tersebut yang sudah pasti boleh merosakkan akidah mereka sendiri dengan menyambut Hari Kekasih. Meskipin telah diadakan berbagai kempen Anti ”Valentime Day” daripada badan-badan NGO, Masjid, Surau dan semua yang bertanggungjawab demi menjaga akhlak dan akidah umat islam namun mereka seperti tidak mengindahkannya. Mereka meneruskan aktiviti mereka untuk mendapatkan keseronokan yang sementara waktu. Walaubagaimanapun saya ucapkan Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dan berjaya menjalankan kempen tersebut sehinggakan ada diantara remaja-remaja tersebut telah ditangkap untuk disiasat demi memberi kesedaran kepada mereka.

Justeru itulah tanggungjawab kita sebagai pendidik amatlah besar. Bukan mudah menjadi seorang pendidik. Salah satu untuk mengingati pelajar-pelajar ini kita adakan program Maulidur Rasul yang merupakan ikon kepada semua umat islam. Disinilah peranan kita semua agar dapat menyemai dalam minda dan hati mereka setiap tahun untuk mengadakan Hari Kebesaran Junjungan Nabi Muhammad saw agar mereka sentiasa menyintai ALLAH dan Rasullah saw.

Kita juga sambut baik Kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri yang tidak jemu-jemu mengadakan berbagai kempen untuk selamatkan Remaja Selangor. Terdahulu Kerajaan Negeri telah mengadakan program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS) Spies, Anti Zina dan sebagainya di seluruh kawasan Negeri Selangor demi menyelamatkan remaja-remaja diluar sana. Ini merupakan satu usaha yang sangat murni kerana setiap tahun kita didedahkan isu-isu remaja yang bermasaalah bahkan peratusan remaja lari rumah, melahirkan anak luar nikah, mencuri, pecah rumah, terlibat dengan menagih dadah semakin meningkat dan amat mencemaskan semua pihak.

Dengan itulah pihak sekolah SRA Sg Tua juga ingin membantu usaha ini dan amat berbesar hati untuk bersama dengan duta rasmi Rabbani yang sudi mengadakan Kempen Selamatkan Remaja disekolah ini untuk bersama pelajar-pelajar kami. Mereka berhibur sambil menyebarkan dakwah kepada pelajar-pelajar. Ini merupakan dakwah bilhal (dakwah secara halus) agar golongan ini dapat menerima setiap teguran dengan baik, katanya .

Syariffah berkata lagi, Kempen ini diadakan di seluruh SRA di Negeri Selangor untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja kita semua. Program yang diaturkan adalah rapi seperti Smart Solat, Pembentukkan Sahsiah diri, Jatidiri, Akhlak, Pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa remaja dan sebagainya.

Saya juga difahamkan Kempen tersebut telah berjaya mengumpul remaja seramai 12, 500 pelajar pada fasa pertama. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan ALLAH swt bagi membantu dan membimbing generasi muda yang perjalanan kehidupan mereka masih sangat jauh. Tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar pada masa ini sangatlah mencabar sangat berbeza pada zaman dahulu.

Pelajar-pelajar pada masa ini mudah terikut rentak kehidupan luar dan didedahkan dengan berbagai media semasa. Kalau tidak diperhati, dibimbing dengan betul maka begitu sukar untuk kita melahirkan generasi yang berwawasan dan berjaya dunia akhirat, katanya.



Editor :khaulah azwar

Saturday, February 26, 2011

Bersedia Berkhidmat Untuk Rakyat


Melaka: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah , 38 , bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum.

Yuhaizad berkata, " pengundi di Merlimau adalah jelas iaitu rakyat sentiasa di hatinya dan PAS".

"Saya akan berkhidmat untuk rakyat. Samaada Menang atau kalah itu semua urusan ALLAH swt, yang penting kita usaha. Saya akan jumpa semua pengundi dan banyak isu yang akan dikemukakan".

"Tiada janji khusus kerana saya bukan kerajaan tetapi saya akan membawa suara hati rakyat dan bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya yakin untuk menang jika tempoh berkempen tidak berlaku sebarang provokasi murahan.

Dan kita harap hari pengundian nanti berlaku dengan adil dan tulus," katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Perkarangan Dewan Platinium Ploiteknik Merlimau, dekat sini pagi semalam.

Menurut Yuhaizad, beliau akan mengikut strategi kempen yang telah disusun oleh parti bagi memastikan kempen berjalan lancar dan mesej yang ingin disampaikan diterima pengundi.

"Saya akan mengikut strategi yang diatur oleh parti, saya akan turun berjumpa dengan seluruh pengundi di DUN Merlimau.

"Kita tengok nanti bagaimana suasana kempen dan apa yang perlu diubah. Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal," kata beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada sidang media yang sama berharap tempoh kempen kali ini bebas daripada provokasi mana-mana pihak.

"Kita mengharapkan tempoh seminggu berkempen daripada sekarang ini akan berlaku aman dan tenang bagi membolehkan rakyat berfikir sewajarnya siapakah yang layak menerajui Kawasan DUN ini tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak untuk memilih calon kita Yuhaizad Abdullah yang bertanding tiket PAS untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) kali ini," katanya.

Terdahulu, sewaktu tempoh bantahan dibuka yang bermula jam 10 pagi , PAS telah mengemukakan bantahan berhubung perletakan jawatan calon BN, Roslan Ahmad daripada sebuah syarikat kerajaan.

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata, jawatan Roslan dinyatakan sebagai 'tiada' sedangkan tiada surat perletakan jawatan diterima.

Bagaimanapun, bantahan itu ditolak dan Roslan Ahmad turut diumumkan sebagai calon BN.Turut Bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Y.B Wan Azizah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Utz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS dan semua saf pimpinan PR Kerajaan Negeri.



Editor :khaulah azwar

Tuesday, February 22, 2011

Media Alternatif PR sering mendapat tentangan, Mengapa Selangor Terkini tidak diambil tindakan KDN??

Bandar baru Selayang - Edaran surat khabar Selangor Terkini milik UMNO/BN yang telah tersebar luas dibeberapa kawasan Negeri Selangor amat dikesali oleh rakyat yang telah menerima dan membaca akhbar tersebut.

Dengan penerbitan Akhbar Selangor Terkini menunjukkan UMNO-BN seperti tidak cukup untuk monopolikan semua media yang berpihak kepada mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Selain Surat Khabar lidah UMNO/BN Utusan Malaysia dan Saluran Media Televesyen yang banyak berpihak kepada mereka, kini UMNO/BN mengeluarkan pula Surat Khabar Selangor Terkini. Kalau boleh semua media mereka ingin gunakan untuk melakukan perang saraf kepada Kerajaan PR dengan niat memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan tersebut kepada rakyat.

Di televesyen pula semua menceritakan kebaikan UMNO/BN yang kononnya pentabiran mereka lebih baik sehinggakan rakyat naik mual untuk mendengar berita-berita yang didengar dalam kaca televesyen dan didada-dada akhbar.

Penerbitan Akhbar Selangor Terkini yang mirip kepada Selangor Kini merupakan agenda buruk UMNO/BN untuk memburuk-burukkan imej Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR). Tindakan mereka sangat diselar dan boleh diambil tindakan tatatertib perundangan malaysia.

Yusni Baharudiddin, berusia 28thn yang ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer baru-baru ini dengan menghantar Borang Kemasukan Ahli PAS berkata, " Tindakan yang dibuat oleh UMNO/BN ini merupakan satu tindakan yang sangat terdesak.

Mereka menunjukkan imej yang tidak wajar kepada rakyat. Pengisian dalam akhbar ini penuh dengan fitnah dan cerita yang tidak ada kesahihannya. Kita harap rakyat boleh menilai dengan sendirinya.

Katanya, Kita rasa kesal dengan pemerintahan Kerajaan UMNO/BN yang telah menunjukkan budaya cetak rompak kepada rakyat. Meskipun Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Sri Najib sering menyatakan bahan cetak rompak yang dibuat oleh mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang namun mengapa kes ini terjadi dalam parti UMNO/BN tidak pula diambil tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.

Disini kita boleh menilai bahawa mereka berkata tidak serupa bikin. Sepatutnya perkara ini tidak seharusnya berlaku. Generasi muda pada masa ini boleh menilai pentadbiran pemerintajan kerajaan pada masa ini.

Kita membaca semua akhbar, internet dan media-media lain bukan hanya satu akhbar saja. Dengan berbagai sumber yang kita dapat sedikit sebanyak kita boleh menilai pentadbiran manakah yang lebih tulus.

Dengan berbagai isu yang timbul seperti dengan kenaikan harga barang, minyak dan lain-lain sehingga rakyat dibebankan dengan masaalah ini. PM seharusnya memikirkan masalaah rakyat yang bependapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan tidak berupaya. Dengan Pendapatan rakyat yang RM1500 boleh dikategorikan sebagai miskin bandar.

Jesteru itu, saya ingin sekali memberi cadangan kepada pihak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Penerbit Selangor kini agar membuat desakan, saman kepada penerbitan Selangor Terkini yang dikeluarkan oleh UMNO/BN.

Penerbitan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kerja kotor mereka. Budaya menipu sudah menjadi satu kebiasaan mereka sehingga rakyat di tipu hidup-hidup.

Surat Khabar Selangor Terkini UMNO - BN ini boleh dikategorikan sebagai haram kerana tidak mempunyai No Siri penerbitan atau berdaftar. Bahkan mereka menggunakan Logo Kerajaan Negeri Selangor tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Walaubagaimanapun saya yakin rakyat kini bijak menilai. Mereka akan lihat pengisian yang terkandung dalam surat khabar Selangor Terkini UMNO-BN & Selangor Kini (PR).

Pengisian Selangor Terkini 100% menceritakan keburukan pentadbiran kerajaan PR. Manakala Selangor Kini milik Kerajaan PR pula menceritakan Pentadbiran Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa dengan membantu rakyat.

Selain daripada itu Selangor kini membongkarkan segala masaalah - masaalah yang dihadapi oleh rakyat sekian lama semasa pemerintahan UMNO-BN 50thn memerintah tidak dapat diatasi dengan baik, tetapi dalam 3thn pemerintahan Kerajaan PR, segala masaalah rakyat dapat diatasi meskipun mendapat beberpa kengkangan-kenkangan daripada pihak yang tidak memberi kerjasama dengan PR khusus, katanya.

Sebagai generasi muda disini saya dapat membuat kesimpulan bahawa nampaknya apa yang dilakukan oleh Kerajaan PR telah mendapat perhatian oleh parti UMNO/BN . Mereka meniru semua kerja yang dilakukan oleh PR. Tak salah kalau rakyat melabelkan parti UMNO/BN sebagai Parti Penyamun Tarbus. Menyamun harta rakyat dengan berbagai cara.

Kita harap pihak Kementerian Dalam Negara (KDN) dapat mengambil tindakan segera dan tindakan undang-undang dengan tulus. Melakukan keadilan kepada semua rakyat. Jangan pilih bulu.

Kalau semua media alternatif PR boleh dibuat sekatan seperti Suara Keadilan, Harakah yang dahulu di gam dan beberapa media PR mengapa Media Selangor Terkini yang diciptakan oleh UMNO/BN tidak dibuat sekatan.

Jika mereka tidak mengambil tindakan sewajarnya maka kita boleh katakan KDN juga bersubahat dengan kerja kotor UMNO/BN, ujarnya.

Sementara itu, Tn Hj Baharuddin Syeikh Mohamad berusia 64thn berkata, "Saya merupakan ahli bekas UMNO-BN. Selepas saya pencen dan pada tahun 1999 saya keluar UMNO-BN apabila saya melihat kemelut yang berlaku dalam pentadbiran UMNO/BN.

Peristiwa dimana Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dijatuhkan oleh UMNO/BN. Berbagai fitnah dilakukan terhadap DSAI. Budaya chaketing ada dalam UMNO-BN. Katanya lagi, semasa saya mengikuti Mesyuarat Agong UMNO-BN, mereka semua telah menerima buku 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM. Buku tersebut telah dimasukkan dalam semua beg peserta perwakilan mesyuarat Agong. Apabila saya membaca buku tersebut saya melihat banyak perkara yang terkandung dalam buku tersebut tidak ada sahihnya.

Oleh itu, saya sarankan agar Kerajaan Negeri Selangor PR berhati-hati dengan Edaran risalah yang dikeluarkan. Untuk mengawalnya memang sukar kerana UMNO-BN mempunyai berbagai tektik kotor untuk memastikan misi mereka tercapai untuk merampas Selangor kembali.

Kepala Surat Khbar Selagnor Kini (Header) boleh juga dibuat oleh UMNO-BN walaupun pengisisannya lain. Cuma kita bimbang rakyat akan terpedaya dengan berita-berita bohong yang dibuat oleh UMNO-BN yang tidak bermaruah.

Ujarnya lagi, saya ingin melihat kemenangan ISLAM. Dengan pentadbiran yang dibawa oleh Kerajaan PR pada masa ini cukup memberi kesedaran pada saya yang dahulu terleka berada didalam parti UMNO/BN. Tetapi saya bersyukur kepada allah swt kerana hidayah diberi juga untuk memilih parti yang lebih baik iaitu menerima parti PAS.

Alhamdulilah sebelum mata saya tertutup kemenangan PR telah kita rasakan pada 2008. Menjadi satu nostalgia pada semua rakyat yang menanti kememangan ini. Walaubagaimanapun kita perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam PRU ke 13 nanti. Jangan terleka dan merasa sangat selesa dengan apa yang kita kecapi pada hari ini. Musuh kita (UMNO-BN) sentiasa memerhati gerak kerja kita.

Jika PR menang dengan dapat menawan Putrajaya saya orang pertama mengiringi Menteri Besar, semua Exco Kerajaan Negeri Selangor, saf-saf pimpinan PR yang lain, katanya dengan penuh semangat ketika ditemui di PKM DUN Tmn Templer baru-baru ini, katanya.

Faizatul Herda Azaman, Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Selayang , berkata ," Akhbar alternatif sudah banyak kali berhadapan dengan masalah penarikan lesen daripada KDN seandainya ada liputan yang menyetuh sensitiviti UMNO. Sama ada Harakah, Siasah ataupun Suara Keadilan menggunakan saluran yang betul untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan mendapatkan lesen daripada KDN.

Yang dipertikaikan bukan masalah takut kepada fitnah atau tidak, PR sangat yakin rakyat semakin matang menilai setiap sen yang dikembalikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerpada rakyat. Malah, rakyat sudah bijak menyaring maklumat sebelum menelan setiap fitnah sebagaimana yang disebarkan di dalam 'akhbar haram' Selangor Terkini.

Jika benar Selangor Terkini melaporkan berita yang telus, mengapa ia tidak mendapatkan lesen daripada KDN? Dan ia diedarkan secara berleluasa. Kita merasakan ada tangan-tangan ghaib yang melindungi Selangor Terkini sehingga ia boleh beredar dan diberi keistimewaan terbit'tanpa lesen, katanya.


Editor : khaulah Azwar

Monday, February 21, 2011

Pasti Melahirkan Jurulatih yang Mantap




Gombak - Bengkel Jurulatih Utama Pasti Negeri Selangor telah diadakan petang semalam di Ibu Pejabat Pasti Malaysia bagi memantapkan gerakkerja ahlijawatankuasa yang dilantik sebelum diadakan program Kursus bersama guru-guru pasti Negeri Selangor.

Berkata Pn Khairiah Mohamed Pengarah Pembinaan Bahan dan Buku Teks "Tujuan utama kita adakan bengkel ini adalah bagi membantu Jurulatih di bawah unit Latihan Pasti Negeri Selangor (LPNS) dan Majlis Guru Pasti Selangor (MGPS) yakin untuk menjadi fasilitator. Disamping itu juga memberi tugasan kepada mereka agar segala perancangan gerak kerja berjalan dengan lancarnya".

"Kursus asas perguruan pasti (KAPP) ini akan diadakan bersiri sebanyak 4 kali setiap tahun . Akan datang adalah kursus KAPP Siri 1 & 4 yang bakal diadakan di Sg Congkak pada 25hb Februari sehingga 27hb februari, 2011, Kursus Persijilan pula di Puncak Lui H. Langat pada 4hb Mac sehingga 6hb Mac, 2011 dan Kursus 4 thn Siri 1 pada 11hb Mac, sehingga 13hb Mac, 2011".

"Kursus ini akan melibatkan guru -guru baru (KAPP1) dan guru-guru pasti yang belum tamat kursus ( KAPP) dan Kursus Sijil Perguruan Pasti (KSP), insya-allah".

"Tujuan kursus yang bakal diadakan ini bagi membantu semua guru-guru terutamanya guru-guru baru untuk memberi keyakinan dan kemahiran yang lebih kepada mereka dalam penyampaian pelajaran kepada para pelajar".

Ini adalah salah satu usaha daripada Pasti Pusat dibawah Dewan Pemuda PAS untuk membantu mereka sebagai pendidik untuk berhadapan dengan kanak-kanak yang berusia 4thn yang sudah pasti mempunyai berbagai ragam dan memerlukan perhatian.

Kita harap semoga dengan adanya perjumpaan dengan mengadakan Bengkel Jurulatih Utama mampu memberi keyakinan kepada guru-guru yang terlibat hari ini sebelum program tersebut diadakan.

Sementara itu, Norjaswati Ismail setiausaha MGP Negeri Selagor berkata, "Alhamdulilah dengan mengikut kursus yang diadakan hari ini telah memberi peluang dan memberi keyakinan kepada saya untuk menjalankan tugasan sebagai fasilitator sebelum berhadapan dengan guru-guru pasti diseluruh Negeri Selangor".

Selain daripada itu perbincangan bidang tugasan juga diadakan hari ini bagi memastikan setiap AJK yang dilantik tahu tangggungjawab mereka pada masa hari kursus tersebut".

Kita tidak mahu pada hari Kursus diadakan menjadi satu kekalutan kepada semua fasilitator mengenai tugasan dan tindakan yang perlu diambil, jika mereka menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugasan pada hari program yang bakal diadakan nanti. Dengan adanya bengkel jurulatih hari ini, kami telah didedahkan dengan berbagai ilmu, katanya.

Insya-ALLAH saya yakin dengan penglibatan saya bersama guru-guru yang hadir hari ini mampu melakukan yang terbaik dengan bimbingan oleh Pn Khairiah pada program yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Editor : khaulah azwar



Saturday, February 19, 2011

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR


Kebelakangan ini saya kerap dihujani panggilan telefon menceritakan pelbagai masalah. Terus terang ada masalah yang diluahkan itu, juga masalah yang saya hadapi sendiri. Saya bukan insan serba baik dan sempurna. elalu saya katakan, saya seorang daie yang sedang bermujahadah – berusaha membaiki diri dan usaha itu dikongsi untuk membaiki orang lain.

Di kesempatan ini, saya hulurkan tulisan yang saya cuba alirkan dari hati. Dengan doa dan harapan agar bergunalah untuk dijadikan panduan (ataupun sempadan) buat pembaca. Kebelakangan ini saya juga diburu waktu dan tugasan baru… Jadi masa untuk memasukkan entri baru kekadang terjejas juga.

Maafkan, saya mungkin kelelahan, tetapi tidak pernah melupakan. Insya-Allah. Terimalah kata pengukuhan dan pencerahan ini… JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah.

Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat.

Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah. Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah.

Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian? Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu.

Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya! Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita.

Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini?

Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama.

Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam. Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat.

Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya. Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup?

Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu. Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti.

Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan! Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah.

Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak.

Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216 Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?

Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan. Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”

belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah. Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya.

Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan). Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Gembira dalam Sedih "Semoga MB Selangor dapat atasi Masaalah India Settlement"




Batu Caves- Gembira dalam sedih, itulah kata-kata penduduk Indian Settement disini malam tadi. Jelas terpapar diraut wajah-wajah mereka yang berkumpul di dewan Indian Settlement sambil melihat percikan bunga api yang dimainkan oleh MIC Batu Caves tanda kejayaan mereka menggagalkan misi PR untuk menyerahkan borang 5A penduduk disini.

Berbagai perasaan menghantui mereka apabila majlis penyerahan borang 5A oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid sepatutnya berlangsung dengan sempurna pagi semalam ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Govindaraj a/l narayanasamy, setiausaha penduduk indian settlement berkata, "Kita semua rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Berbagai persiapan yang telah kami lakukan untuk menyambut MB Selangor- Tan Sri Khalid, Ahli Parlimen Gombak -Azmin Ali, dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Caves-Y.B Amirruddin Shaari hari ini.

Penduduk disini begitu gembira sekali apabila masaalah Geran Tanah yang tidak mempunyai status hampir 60thn duduk disini tidak dapat diatasi dibawah Kerajaan UMNO-BN dahulu telah dapat diatasi dengan baik dibawah pemerintahan kerajaan PR.

Menurutnya, pada tahun 1954 tanah disini dibawah Kerajaan British, 1956 TOL telah ada dan 1971 setiap 1 lot dikenakan bayaran sebanyak RM10. Pada tahun 1983 Geran diberi oleh Pejabat Tanah tetapi masih tidak mempunyai persempadanan dan terdapat penindihan tanah setiap lot. Kenaikan infrastruktur juga tidak dibuat sering berlakunya banjir. Pada tahun 2011 kami menerima berita gembira, MB Selangor akan serahkan geran 5A tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran provokasi yang dilakukan oleh MIC.

ADUN kami telah ditunaikan janjinya kepada rakyat. Kami rasa bangga dengan pengurusan PR namun menjadi kehampaan pada kami apabila berlakunya kekecohan dan ketidakpuasan hati kumpulan setinggan ditepi sungai yang tidak berpuas hati waris penduduk asal bakal menerima borang 5A yang sepatutnya diserahkan oleh MB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Bayangkanlah berita yang kami terima pada hari Jumaat malam menyatakan Majlis penyerahan ini ditangguhkan. Rata-rata warga emas disini menangis rasa sedih dengan apa yang berlaku. Segala persiapan telah dibuat seperti tempat, makanan, bunga malai, cenderahati telah dibuat untuk menyambut kedatangan mereka. Bendera-bendera Negeri Selangor, Bendera Pakatan telah digantung sepanjang jalan di Batu Caves. Tetapi majlis tersebut tidak jadi. Kami mengalami kerugian sebanyak RM5000.

Ujarnya lagi, ada diantara penduduk disini sanggup menggadaikan barang kemas mereka untuk menjayakan program ini. Mereka terlalu gembira apabila menerima berita MB Selangor akan datang atasi masaalah kita. Hasrat impian mereka akhirnya tercapai setelah 50thn menanti untuk memiliki geran tanah. Tetapi semuanya hancur dan punah harapan mereka. Semua angkara daripada MIC Kg Setinggan dan MIC luar kg ini.

Selain daripada itu, semenjak PR memerintah isteri- isteri semua PR di negeri selangor khususnya isteri MB dan isteri-isteri YB dinegeri selangor peringkat parlimen gombak telah menjejakkan kaki mereka di kg india settlement disini semasa program Pekawanis. Majlis yang cukup meriah sekali diadakan. Kerap pimpinan mengadakan program bersama rakyat meraikan kaum india disini. Dewan Indian settlement tidak sunyi dengan berbagai program anjuran kerajaan PR dan ADUN.

Kami anggap bila mereka sudah menjejak kaki disini tandanya kami rasa bertuah dan ada sinar baru untuk masa depan kami. Berbanding semasa pemerintahan UMNO-BN dan MIC dahulu 50thn memerintahan, mereka tidak perah menjejakkan kaki disini. Apatah lagi untuk berjumpa rakyat disini untuk bertanya masaalah penduduk. Mereka datang apabila nak merai undi setiap pilihanraya. Selepas Pilihnraya mereka hilang.

Ini tidak berlaku pada ADUN Batu Caves, Y.B Amirruddin yang sering bertemu dengan penduduk bertanya masaalah kami. Tanpa mengira kaum dan pemahaman politik. Kami lebih nampak ketulusan PR memerintah daripada pemerintahan Kerajaan UMNO-BN, katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC India Settelemet Batu Caves, Vijaya Shunker berkata, "walaupun saya daripada MIC Batu Caves, tidak sepatutnya perkara ini berlaku".

Saya juga rasa terkilan dengan sikap sekumpulan MIC Kg Setinggan dan MIC luar kawasan kg ini yang membuat bantahan berjumpa dengan MB di SUK baru-baru ini.

Mereka (MIC/UMNO-BN) sepatutnya bertemu dan berbincang dengan saya bertanyakan hal ini kepada saya, tetapi tidak ada perbincangan langsung apatah lagi berhubung dengan saya. Mereka telah melanggar adab-adab dan mekanisme parti.

Selama kita duduk dalam MIC semua syarat kita ikut seperti yang ternyata dalam syarat-syarat parti MIC tetapi mengapa boleh berlaku seperti ini. Melontarkan berbagai tuduhan dan fitnah pula. Ibarat saya seperti tidak wujud langsung di Batu Caves ini, katanya.

Harapan saya semoga MB Selangor dapat meneruskan hasratnya untuk menyerahkan Borang 5A kepada penduduk disini. "Kesian kepada penduduk yang setelah sekian lama menanti malahan sudah ramai yang sudah meninggal dunia terkilan masaalah tanah ini tidak dapat di atasi semasa pemerintahan UMNO -BN dan MIC.

Saya harap parti MIC tidak membuat kacau lagi dengan pentadbiran Kerajaan PR yang telah membuktikan ketulusan pentadbiran mereka dengan baik. Cukuplah 50thn pemerintahan UMNO-BN telah membuktikan kegagalalan mereka untuk atasi masaalah rakyat disini.

Sekali lagi saya mewakili MIC penduduk disini merayu bagi pihak penduduk agar MB Selangor, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN dapat membantu rakyat india disini. Perlu adanya perbincangan antara satu sama lain dengan baik.

Kita tidak boleh mendengar sebelah pihak daripada sekumpulan MIC yang telah membuat provokasi murahan ini dengan tidak bertanggungjawab. Mereka bukan orang asal Batu Caves dan hendak merebut lot tanah ini. Semoga MB Selangor belas ehsan kepada kaum warga emas disini. Kita kena percaya dengan pimpinan kita sendiri bukan dengan orang yang kita tidak kenal dan sudah tahu busuk hati mereka kepada PR. Saya yakin mereka telah merancang untuk menggagalkan majlis ini dengan licik, katanya.

Pengerusi PeBT ZOn 14 MPS, Mohd Razali Yusof berkata, beliau telah mendapat informasi MIC Selangor telah membuat bantahan ke SUK untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum majlis penyerahan Geran ini diadakan. Tidak sepatutnya gangguan ini berlaku. Mereka seharusnya memberi kerjasama dengan PR untuk membantu rakyat disini yang duduk di tanah lot yang tidak mempunyai status sekian lamanya.

Katanya "50thn UMNO-BN, MIC memerintah mengapa mereka tidak atasi masaalah rakyat dengan baik tetapi mengapa dibawah pemerintahan Kerajaan (PR) hanya 2 1/2 thn sahaja masaalah ini dapat diatasi. Jadi kita rasa mereka tidak seharusnya membuat kacau dengan menggagalkan program ini".

Penduduk disini begitu gembira apabila masaalah mereka bakal diatasi namun ianya menjadi hampa dan kecewa seperti patah hati dengan apa yang berlaku. Sehingga malam ini penduduk kaum india berkumpul didewan Indian Settlement merenung masa depan anak cucu mereka disini.

Percikan Bunga api yang dimainkan MIC Kg Sg disitu menunjukkan mereka gembira dengan kejayaan mereka menggagalkan majlis hari ini. Tetapi tidak pada penduduk india settelemet disini. Mereka termenung setiap banting menyambut kedatangan MB dan persiapan yang telah siap di dewan ini dengan perasaan terlalu kecewa.

Harapan kita agar majlis penyerahan Borang 5A ini dapat diatasi dengan baik. Kerajaan PR mesti buktikan pentadbiran yang tulus dan mengamalkan negeri berkerbajikan. Pertemuan dan perbincangan 2 hala perlu ada bagi mengatasi masaalah yang timbul.

Jangan jadi seperti pemerintahan UMNO-BN memerintah, mereka membuat keputusan antara kroni-kroni mereka sahaja dan rakyat menanggung derita dengan ketidakbijaksanaan mereka mentadbir negeri dengan baik, katanya.




Editor :khaulah azwar

Friday, February 18, 2011

OpsSel berterusan hingga PRU 13




BANDAR BARU SELAYANG – Operasi Selangor (OpsSel) iaitu turun padang jawatankuasa bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Ke 13.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, program dibawah arahan Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sudahpun dimulakan pihaknya sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, daripada 45 Ranting PKR terdapat di kawasan Selayang, pihaknya turut akan bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam melaksanakan program terbabit.

“Perkara penting dalam aktiviti ini ialah kita hendak menyampaikan maklumat lapan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), supaya rakyat mendapat apa dijanjikan PR dan memanfaatkannya".

“Dalam program berkunjung ke setiap rumah seperti kita adakan ini, penerangan berkaitan dapat dilakukan, selain kita tahu kesusahan dan apa dikehendaki oleh rakyat, manakala yang tidak betul kita akan betulkan,” katanya.

William yang juga Ketua PKR Cabang Selayang berkata demikian semasa OpsSel ke perumahan Dahlia A, di sini bersama timbalan, Asri Buang dan 30 ahli jawatankuasa PKR dan PR setempat.

Dalam pada itu menurut William antara penerangan MES diberikan adalah seperti program bekalan air percuma 20 meter padu, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti, Program Peningkatan Hasil Batuan dan Mineral, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dan Pusat Khidmat Krisis Sehenti.

“Selain itu, daripada maklumat dikumpulkan kita akan analisis semua masalah dan isu-isu besar supaya diselesaikan. Ia bukan semata-mata untuk menghadapi PRU, tetapi apa telah PR janjikan kepada rakyat.

“Seperti MES ini, ia bukan satu perkara baru, tetapi masih ramai rakyat tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Bagaimanapun kita akan teruskan usaha ini dimana dalam masa dua bulan, kita percaya semua rumah di DUN Taman Templer dapat dikunjungi,” katanya.

Menurut William pada hari sama, pihaknya juga menjalankan OpsSel di Rawang, manakala DUN Kuang sudahpun selesai sebelum ini. Suri rumah dari Blok 6, Dahlia A, Norita Basar, 32, berkata, sebagai penduduk dia mengalukan kunjungan wakil rakyat dan pimpinan setempat seperti dalam OpsSel terbabit, kerana hal penduduk diambil tahu.

“Saya dimaklumkan ahli jawatankuasa dalam program ini juga, mereka memerlukan boleh mendaftarkan nama supaya dapat dibantu mencari pekerjaan. “Kebetulan saya juga terpaksa berhenti kerja kerana syraikat saya bekerja sebelum ini sudah gulung tikar, jadi saya akan manfaatkan peluang ini,” katanya.

Suri rumah, Radiah Osman, 50, pula berkata, dia mengambil peluang mendaftarkan cucunya yang baru dilahirkan beberapa hari lalu bagi Skim Tawas, manakala borang berkaitan diambil untuk anaknya yang mahu mencari pekerjaan.

Menurutnya, dia juga akan memanfaatkan Program Memmogram iaitu pemeriksaan pengesanan awal kanser payudara iaitu, dengan mendaftar di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) PR berhampiran. “Saya difahamkan selepas daftar, terdapat kenderaan akan mengambil peserta untuk dibawa ke pusat berkaitan di Kepong dan menjalankan pemeriksaan itu secara percuma,” katanya.

Wednesday, February 16, 2011

65% UMNO BN akan dapat keuntungan dalam saman ekor dibawah sistem AES


Gombak - Kempen Saman Ekor Mengkayakan Kroni pemimpin negara sedangkan rakyat didera telah diadakan bagi fasa ke 2 disini kelmarin di Dewan Bolton Muhibah MPS.

YDP PAS Kawasan Gombak, Utz Sallehuddin Nasir berkata, ini merupakan fasa ke 2 Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan kempen KASE bagi membantu rakyat. PR begitu serius menangani isu ini.

Berbagai risalah telah kita edarkan. Sehubungan dengan itu kita juga mengharap agar semua aktivis, ahli PAS, DAP, PKR mempergiatkan laman-laman web, blog dan facebook mereka untuk membantu kita menyebarkan informasi-informasi terkini.

"Memandangkan kita hanya mempunyai media aternatif yang terhad maka seharusnya semua berperanan menyebarkan maklumat ini kepada rakyat tanpa jemu".

Menurutnya lagi, UMNO-BN begitu gerun dan takut dengan media PR sehinggakan mereka telah merangkakan satu undang-undang kepada blogger yang pro kepada PR. Rang undang tersebut akan diperbentangkan di peringkat parlimen akan datang.

UMNO-BN cuba membuat sekatan melalui blogger, interner, facebook dan berbagai lagi bagi memastikan rakyat tidak mendapat informasi-informasi terkini yang berlaku di negara ini khususnya negeri-negeri dibawah Kerajaan Negeri PR.

Selain daripatu itu berkemungkinan blogger-blogger yang menyebarkan maklumat tersebut akan dikenakan ISA.

Ini bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat. Walaubagaimanapun kita yakin dengan pertolongan ALLAH swt. Kuasa ditangan rakyat bukan ditangan UMNO-BN.

Ambillah peristiwa di Mesir dimana pemimpin mereka telah ditolak oleh rakyatnya kerana kezaliman, rasuah dan sebagainya telah dilakukan di negara tersebut. Jika ini boleh berlaku di Mesir mungkin apabila rakyat telah hilang pertimbangan maka akan berlaku juga di Malaysia nanti berikutan dengan berbagai bantahan rakyat malaysia telah lakukan untuk memperjuangkan kebenaran, katanya.

Rentetan daripada itulah, PAS Gombak juga akan memberi kerjsama semua peringkat pimpinan Kerajaan Negeri PR, Saf-saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri, Kawasan dan DUN bagi meneruskan Kempen KASE ini. Kempen dan perjumpaan antara ahli dan pimpinan akan dibuat secara berkala sehingga pilihanraya umum (PRU ke 13) tidak lama lagi.

Selain daripada itu, beliau juga menyatakan Pekan Greenwood akan dijadikan Mercu PAS Kawasan Gombak. Segala perancangan menaiktaraf kawasan ini telah disusun rapi dengan kerjsama Y.B Dato Dr Hasan Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia.

Segala susunan infrastruktur di kawasan gombak telah kita rangkakan dengan sebaiknya bagi memberi keselesaan rakyat gombak. Begitulah juga peruntukan menaiktaraf infrastruktur kawasan Masjid Batu 8 dan Batu 9 telah diluluskan.

Ujarnya lagi, "insya-allah Kawasan Lapang Desa Minang disini juga akan kita naiktaraf dan dijadikan Medan ilmu. Dimana setiap hujung minggu kita adakan kuliah-kuliah bagi menyampaikan ilmu, memantapkan pemahaman rakyat tentang tanggungjawab sebagai khalifan .

Dengan pertemuan seperti ini saya yakin segala maklumat informasi Kerajaan PR akan diterima oleh rakyat yang hadir dalam program yang akan dilaksanakan tidak lama lagi".

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Y.B Dato' Hj Mahfuz Omar, mengulas isu KASE dimana terdapat 2 buah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan sistem AES ini iaitu BETA TEGAP Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Timbalan Menteri Pengangkutan dalam telah memberi jawapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sistem AES akan menggunakan teknologi kamera yang dipasang di Jalan-jalan raya dan lebuhraya bagi mengambil gambar kenderaan yang memandu melebihi had laju dan akan diproses di suatu pusat pemprosesan gambar yang dihubungkan dengan pengakalan data JPJ. Kemudiaanya saman akan dikeluarkan secara automatik melalui komputer dan akan dihantar terus kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan.

Setiap saman automatik yang dikeluarkan dianggap telah diserahkan walaupun pemilik atau pemandu kenderaan tidak menerimanya.

Mahfuz berkata, "2 syarikat ini akan mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka kendalikan dalam sistem AES. Kerajaan menyatakan bahawa di dalam Modul Simulasi Kewangan mereka pihak syarikat akan memperolehi 35% pulangan daripada setiap 5 juta saman yang dibayar manakala Kerajaan Pusat UMNO-BN akan mendapat 65% daripadanya".

Maksud 35% dan 65% pulangan tersebut ialah syarikat dan kerajaan Pusat akan berkongsi pendapatan daripada setiap saman lalulintas yang dibayar di bawah sistem AES ini.

Dengan pengenalan sistem AES dan memberikan hak pengendalian kepada 2 syarikat ini secara tidak langsung akan menggambarkan bahawa penguatkuasaan peraturan lalu lintas telah diswastakan, ujarnya.

"Tindakan yang harus dilakukan sekiranya anda disenaraikan hitam oleh JPJ sedangkan anda tidak pernah menerima saman ekor dan tidak pernah didakwa di Mahkamah maka tindakan perlu diambil dengan meminta surat tunjuk sebab daripada JPJ alasan kita disenarai hitamkan".

Keengenan JPJ membenarkan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu adalah bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat terhadap harta.

Begitu juga jika kita disenaraikan oleh JPJ dengan alasan kerana memiliki saman tertunggak dan saman tersebut adalah saman ekor maka tindakan yang perlu dilakukan pemilik kenderaan/pemegang lesen boleh menuntut gantirugi kehilangan penggunaan harta benda kerana telah dinafikan hak ke atas harta seperti yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Suatu tindakan sivil di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan kegunaan kenderaan ini boleh dilakukan, katanya.

Ceramah Kempen KASE telah dihadiri oleh Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia, Timbalan Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Y.B Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Ketua Pengarah Penerangan Exco Keajaan Negeri Selangor Utz Badrul Amin Bahrum dengan melancarkan Tabung dan risalah KASE untuk membantu semua Jawatankuasa KASE dapat menjelajah seluruh negeri untuk sebaran maklumat.

Majlis pelancaran gimik KASE tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan menyerahkan risalah kepada semua ketua-ketua PAS Cawangan diperingkat DUN Gombak Setia.




Editor : khaulah azwar

Prihatin Seorang ADUN " Terima Bantuan Kaki Palsu Baru"



Kg Sg Pusu, Gombak – Masihkah kita semua ingat al-kisah seorang tua di pondok kecil yang telah mengalami penyakit diabetis, sakit tua dan mengalami sakit ashma.

Kassim Hassan yang berusia 88thn, mempunyai 2 orang isteri dan 31 cucu yang mengalami sakit diabetis telah mengalami kecacatan dibahagian kaki kirinya.

Beliau telah lama menderita menanggung penyakit ini selama 16thn lebih dan telah dijagai oleh isteri keduanya.

Dengan kecacatan yang dialaminya, hati kecilnya sering menangis apabila memikirkan kasut kaki palsu lamanya tidak boleh digunakan lagi. Kassim memerlukan kasut kaki palsu yang baru bagi membolehkan dirinya mengorak langkah tanpa menyusahkan isterinya.

Dengan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap, Kassim merasakan tidak mampu untuk memilikinya. Semua yang dilakukan menjadi terbatas. Segala kesulitan yang dialaminya telah diluahkan kepada ketua Kg sg pusu Tn Hj Yunus tahun lepas.

Segala masaalah yang di hadapi oleh Kassim telah diusulkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan mendapat perhatian oleh ADUN Gombak Setia, Y. B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Kunjungan Hassan diteratak usang sebelum tibanya Bulan Ramdhan tahun lepas telah menimbulkan keinsafan dihati kecilnya dan merasa simpati diatas kesusahan yang dialami oleh Kassim bersama isterinya. Hassan nekad akan membantu insan ini atas sifat prikemanusiaan sesama insan.

Alhamdulilah, hasrat untuk memiliki kasut kaki palsu baru telah tercapai oleh Kassim baru-baru ini. Kunjungan Krew media diteratak usang ini yang mengumpulkan segala kenangan manis ketika bersama rombongan PKM DUN Gombak Setia, kakitangan Pusat Zakat Selangor (PZS) tahun lepas mengimbau kembali kemesraan Kassim yang ramah orangnya bersama isterinya melayan tetamu-tetamu yang tidak disangka mengunjungi teratak usangnya.

Kassim melahirkan rasa kesyukurannya kerana hasratnya telah tercapai. “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B Dato’ Hassan Mohamed Ali dan semua rombongan beliau tahun lepas. Atas keperihatinan beliau terhadap penderitaan yang saya alami selama ini.

Walaupun proses mendapat kaki palsu ini mengambil masa oleh PZS untuk mencari kasut yang sesuai tetapi akhirnya kaki palsu ini dapat juga.

Katanya, "Alhamduulilah dengan adanya kasut ini memudahkan urusan saya untuk beribadah dan berjalan tanpa menyusahkan isteri saya lagi".

Selain daripada itu saya juga telah menerima bantuan wang zakat semasa bulan ramadhan lalu yang telah diluluskan oleh Y.B Datuk Dr Hasan Ali. Dengan bantuan tersebut telah memberi peluang kepada saya untuk membuat sedikit persiapan hari raya bersama isteri.

Walaubagaimanapun, terdahulu Y.B Dato’ Hassan ada meminta PZS memberi bantuan zakat kepada saya setiap bulan namun pada tahun baru, 2011 bantuan zakat telah tiada lagi. Saya difahamkan PZS sedang membuat bancian baru.

Sehingga kini, saya tidak mendapat bantuan PZS lagi. Dengan itu saya merayu kembali kepada PZS agar dapat membantu saya kembali seperti yang telah diberikan kelulusan dan persetujuan untuk memberi bantuan kepada saya yang telah dibuat oleh Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Datuk Hassan sendiri telah maklum kepada saya dan semua rombongan PKM agar bantuan zakat diberikan setiap bulan, katanya.

Ujarnya lagi, saya benar-benar tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pendapatan yang saya perolehi hanya RM300 dengan hasil jualan makanan dan minuman.

Dengan hasil tersebut sudah pasti tidak mengcukupi buat saya dan isteri untuk meneruskan kehidupan ini. Lebih-lebih lagi kos perubatan saya sahaja mencecah RM200. Andainya saya diberi kekuatan untuk bekerja sudah pasti saya melakukannya tanpa meminta-minta orang lain.

Tetapi apakan daya, dengan usia yang lanjut kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan hasrat saya terbantut. Saya harap rayuan permohonan bantuan zakat mendapat perhatian oleh Y.B Datuk Dr Hassan Mohamed Ali untuk membincangkan kembali dengan PZS, katanya dengan sebak ketika ditemui di teratak usang itu baru-baru ini.

Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI