Saturday, August 22, 2009

Fasa pertama kempen PAS berjaya..



Oleh Haris Zalkapli
Sat | Aug 22, 09 | 3:41:36 pm MYT


BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Dalam permainan simbol kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, PAS sudahpun jauh mengatasi Umno dari segi calon yang dikemukakan.Calon PAS seorang yang berpendidikan agama dan tidak memiliki bagasi peribadi yang boleh diperkatakan. Calon Barisan Nasional pula menjadi perhatian sejak hari penamaan calon ekoran rekod peribadi melibatkan kerjayanya sebagai peguam sebelum ini.


Isu masalah peribadi Rohaizat Othman mendominasi tiga sidang media harian pertama PAS, dengan sebuah lagi sidang media berasingan diadakan di sebuah tempat lain oleh bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak, untuk menafikan tuduhan-tuduhan pemimpin BN terhadapnya.

Daripada apa yang muncul dalam media proparti pemerintah pada hari-hari awal kempen, BN kelihatan terpaksa menjadi defensif dan tidak mampu mengalih perhatian daripada peribadi calon mereka. Dalam hal ini, Umno dilihat terpaksa mengikut rentak kempen PAS.

Masalah peribadi calon yang besar itu juga telah mengundang spekulasi sabotaj dalaman parti Umno, sebagai usaha menjejaskan kempen dan pemimpin-pemimpin tertentu. Umno dijangka berdepan pergeseran dalaman ekoran tindakan meletakkan calon bermasalah ini.

Image

(Gambar: Yusri, bekan rakan kongsi Rohaizat bangkit membela diri)

Media pro-Umno juga cuba menjadikan kempen PAS itu sebagai sesuatu yang negatif apabila mengaitkannya dengan bulan Ramadan, dengan menunjukkan bahawa PAS akan terus menyerang peribadi dalam bulan yang mulia bagi umat Islam itu.

Apapun yang cuba dikemukakan oleh Umno, hakikat bahawa parti itu telah memilih seorang yang bermasalah dalam pilihan raya kecil ini mengundang persoalan besar dan berpotensi membawa masalah kepada pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan pada masa sama terpalit dengan kontroversi pertemuannya dengan seorang pemimpin Zionis Israel, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak. Muhyiddin pula menjadi sasaran pembangkang dalam isu PPSMI.

Satu demonstrasi telah diadakan di sebuah masjid di Tanah Liat di sini sebagai menyatakan bantahan pertemuan Zahid dengan menteri Zionis itu.

PAS walau bagaimanapun telah menyedari tumpuan yang banyak diberikan pada peribadi calon BN dan mula menerangkan program-program yang bakal dibawa oleh Mohd Salleh Man sekiranya memenangi Dun Permatang Pasir dalam undian pada 25 Ogos nanti.

Isu Melayu

Kempen PAS di Permatang Pasir pula telah menyaksikan kehadiran Dato A Samad Said berkempen menyerang parti pemerintah kerana lambat bertindak menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah.

Image

Penggunaan isu PPSMI oleh PAS dalam kempen ini mampu membawa manfaat besar kepada parti itu, yang bersaing dengan agresif dengan Umno untuk memenangi hati dan minda orang Melayu.

Ketika isu pengkhianat bangsa dimainkan Umno, PAS mengemukakan isu PPSMI ini yang mampu meningkatkan imejnya dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

PPSMI menjadi satu simbol paling mudah diperhatikan melibatkan perjuangan Melayu, antaranya disebabkan individu berprofil tinggi yang terlibat dalam kempen menentang program bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

PAS telah melakukan satu tindakan tepat dari sudut politik apabila menganugerahkan Anugerah Pejuang Bahasa kepada Dato A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad dalam muktamarnya yang lepas di Shah Alam, Selangor.

Tindakan PAS itu telah menempatkan aktivis-aktivis bahasa Melayu dalam kemnya, menaikkan lagi imej PAS dalam perjuangan isu-isu Melayu. Inilah yang diteruskan melalui kempen Samad Said di Permatang Pasir.

Selain bekas rakan kongsi Rohaizat, Samad Said menjadi tumpuan utama kempen di Permatang Pasir yang menyaksikan perang poster yang sangat minima.

Tidak seperti kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang berlaku di kawasan yang sama dan Dun Manek Urai sebelum ini, Permatang Pasir tidak menjadi medan poster-poster berbentuk kenyataan keras, karikatur dan kartun menyerang individu atau kumpulan tertentu.

Kempen di Permatang Pasir kini memasuki fasa kedua, berlangsung dalam bulan Ramadan. Setakat ini, kempen berjalan dengan hanya sedikit isu besar nasional.

Selepas menyaksikan kempen dengan isu nasional sepenuhnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, penduduk Permatang Pasir kini melihat kempen yang mungkin paling bersifat setempat.

_

video


Beban tugasku beban dakwahmu, yallah beri kami kekuatan dlm menentang musuh2mu..mudahkan urusan kami, terimalah amalan kami.amiin ya rab

video
Program sepanjang tempoh rayu undi

Alhamdulilah dipanjat kesyukuran pd mu ilahi hari ini merupakan 2hari kita sambut ramadhan dan 4hari pula ana bermusafir di permatang pasir.. merupakan 1 kenangan terindah buat diri insan-insan yg membantu agama ALLAH di Permatang pasir menjlnkan tugasan sebagai khalifah.

Dalam kesibukan umat ISLAM membuat ibadat dalam ramdahan dengan solat2 sunat dan bertadarus tp lain sedikit pd ansaruallah yg memperjuangkan kebenaran ini krn 1 aktiviti yg pelik tapi benar iaitu ALLAH bg bonus lebih sdkt pd ana dan shbt2 utk merebut peluang berjuang berjihad di JLN ALLAH dlm bulan Ramadhan. Terima kasih ya ALLAH krn memilih kami dan beri peluang pd kami meneruskan tgjwb ini, ikhalaskan hati2 kami dlm mnjlnkan tgjwb ini dgn sebaiknya..amiin.. walaupun bnyk kelemahan pd kami tp kami cuba buat yg terbaik..

Alhamdulilah dlm bln yg penuh keberkatan ini walaupun hati digamit kerinduan berpisah dgn famly lebih2 dlm berbuka puasa dan bersahur pasti ingatan melayang pd bonda dan adk2 dikasihi.. jd lumrah kehidupan ana utk mengejutkan keluarga setiap thn dan setiap kali solat..walapun berjauhan seketika, tgjb pd famly tp dijlnkan dgn mengejutkan mereka.. bagi meraih dan mencari pahala lebih sdkt moga amalan diterima ALLAH..insya-allah..

Ana rasa lain sedikit kali ini bila bertugas di Permatang pasir coz kali ini ana diberi mandat untuk timb pengarah bilik gerakan dan dlm masa yg sama utk pengundian.. waduh.. rasa berat nak pikul tanggung jwb ini.. walaupun dh menolak jwtn ini ttp atas kepercayaan shbt2 pimpinan DMPNS dan inginkan ana bantu dlm bilik gerakan maka dengan samigna waatuqna..dengar dan patuh arahan pimpinan..ana hrp dengan berada di bilik gerakan ana dpt perbaiki gerakkerja ana..lbh mantap lg mempelajari apa yg mgkn bnyk ana tak tahu.. kalau tak ana asyik buat keje rayu undi, dll..tp ana sebenarnya lbh suka buat keje luar, kepala ni blh jg kembangkan idea dgn berjumpa berbagai org agama dan bangsa..dan mengupas kembali isu2 yg yg tak munasabah dilontarkan oleh BN..yele kami xde media televesyen yg blh berkongsi sesuatu dan mengupas isu2 yg dilontarkan..seolah mereka saja yg betul dan kami adalah salah belaka..xpe ALLAH lbh tahu sapa yg benar dan salah..kebenaran pasti akan terbukti.. erm.. kalau duk dibilik gerakan asyik mentelaah dgn kertas keje yg tlh shbt2 buat tindakan.. yg memeningkan kepala bila tulisan2 yg tak le nak baca.ibarat spt tulisan Dr.. huhu..mengomel sorg2 bila tgk tulisan org.. dan kdg2 ketawa sendiri.. bila tgk catatan shbt2.. patut le shbt ana adik farah bila duk disini muka kuyu aja.. skrg ana dpt rasakan.. baru tahu... tp bila keje bilik gerakan dh setled ana minta kelonggaran utk buat keje diluar..sbb ana bukan jenis suka terperut tanpa menggauli org luar.. alhamdulilah mereka izinkan..cuma rest waktu mlm jd sdkt kena buat analisis tindakan pula.. huhu.. sampaikan shbt2 yg suka mengusik ana tanya awatle muka mujahidah sorg ni jd serius x le nak senyum..kalau tak setiap kali prk ana le org yg paling suka mengusik shbt2 ana.. huhu..nakal sebenarnya.. tp blh control lg.. petua awek muda.. hehe..

Hari ini jentera gmbk akan turun padang.. ana hrp semoga dengan kiriman ALLAH menyusun jentera gmbk dan kawasan-kawasan lain, ALLAH bantu kami semua dan diberi kekuatan dlm bermujahadah dlm bulan yg penuh keberkatan walaupun perang badar lbh hebat dpd kami yg berjuang dibln ini..tp moga pengajaran disebalik perang badar ini kami semua dpt ambil iktibar.. insya-allah..doakan kami semua.

Ya-ALLAH terima amalan kami, amiin ya rab..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI