Thursday, February 16, 2012

Raja Petra Kamarudin: Dari Hero Ke Zero

Mungkin nama Raja Petra sinonim dengan kes pembunuhan. Beliau pada beberapa tahun kebelakangan ini telah mendedahkan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Sharibuu yang menyangkut peribadi PM Najib Razak. Bagaimanapun, apabila diminta pertanggungjawaban, dalam temubual media proBN di Lodon bersamanya tahun lalu, beliau menolak telah mengeluarkan tuduhan berat ke atas Najib.

Raja Petra


Rakyat maklum kredibiliti Raja Petra selepas itu. Raja Petra bukan lagi hero ketika bersama Harakah mendedahkan perancangan membunuh Anwar di penjara menggunakan racun arsenik kira-kira sepuluh tahun lalu.

Pada 2012, Raja Petra yang kian rapat dengan Umno tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat (PR). Terbaru, beliau cuba mendedahkan satu skandal rasuah perlombongan pasir yang kononnya berlaku di Selangor.

Bagaimanapun usaha Raja Petra menemui kegagalan sejak awal. Tidak diketahui apakah pendedahan ‘rasuah’ melibatkan YB Suhaimi Shafie dan YB Aimiruddin Shari itu atas inisiatif peribadi beliau atau dari arahan pejabat pemimpin Umno.

Namun keterlupaan para konspirator membuat surat permohonan perniagaan membersih pasir ke atas agensi Kerajaan Negeri Selangor menjadikan fitnah itu tidak bernilai dan dikategorikan sebagai bahan gelak ketawa.

Bagaimanakah dalam situasi yang cukup mantap digambarkan kedua-dua YB itu dilantik terlebih dahulu menjadi ahli Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd , syarikat yang dikatakan mahu menjalankan perniagaan membersih pasir di Selangor, dan surat sokongan telah dikeluarkan oleh kedua-dua YB berkenaan, tetapi syarikat terbabit tidak sama sekali memohon perniagaan membersih pasir secara bertulis.

‘Perniagaan gila’

Hanya syarikat yang dioperasikan oleh ‘orang gila’ yang mahu berniaga tetapi tidak memohon untuk berniaga. Sekiranya Umno dan Raja Petra hidup di zaman pemerintahan kerajaan Melaka sekali pun peniaga perlu menghadap pembesar negeri atau ketua daerah terlebih dahulu sebelum urusan perniagaan yang besar seperti perlombongan boleh dilaksanakan.

Keterlupaan seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam pendedahan yang menyangkut Kerajaan Negeri dan melibatkan kewibawaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri.

Keterlupaan itu dijelaskan dalam kenyataan media YB Suhaimi Shafei dan Amiruddin Shari. Kata mereka:

* Raja Petra menuduh bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd untuk menghantar permohonan membersihkan pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd di dalam satu mesyuarat bertarikh 29 May 2009.

* Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawa pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonan tersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin.

* Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakan dengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari.

* Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa:

1. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan);

2. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd; dan

3. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerja pembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

jangan fitnah!

* Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk dan memberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikat terbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor.

1. Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd membuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan

2. Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telah dibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd juga satu pembohongan.

3. Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka sauk seperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnya ditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannya Kumpulan Semesta.

* Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagai tarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YB Amiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupun butiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu.

* Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individu dari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari – bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami.

* Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupa untuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankan dengan tarikh 18 Januari 2010 itu.


Surat sokongan

Mengenai surat sokongan pula, YB Amiruddin menulis bahawa surat sokongan biasa diberikan untuk tujuan tertentu, bagaimanapun menolak tujuan diberikan untuk mendesak kakitangan awam mengikut arahan politik daripada ahli politik sebagaimana dipraktikkan oleh YB Barisan Nasional

* Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB Amiruddin Shari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir.

* YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapi dengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yang ditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itu supaya mematuhi semua peraturan.

Perniagaan pasir di Selangor telus, wang perolehan diguna untuk membantu rakyat miskin


* Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan.

* Sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orang ramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan. Apabila bertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan (melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunya surat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan.

* Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan Barisan Nasional ialah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidak menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhi keputusan.

* Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidak pernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd – maka tidak ada sebarang salahguna kuasa mahupun penyelewengan.

Akhir sekali, cabaran saya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalau benarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntut bayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – SILA SENARAIKAN SEGALA KEPUTUSAN YANG TELAH DIPENGARUHI TERMASUKLAH KAWASAN-KAWASAN BALAK, PASIR DAN TANAH YANG TELAH DILULUSKAN BAGI KEPENTINGAN PERIBADI KAMI. NYATAKAN KAWASAN MANA SEBAGAI DORONGAN BAGI SETIAP BAYARAN YANG DILAKUKAN JIKA BENAR BERLAKUNYA SALAHGUNA KUASA.

Tuduhan yang hendak dibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa oleh KEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyang keyakinan rakyat kepada PR. Demikian kenyataan media itu menyebut.

Oleh yang demikian segala pertuduhan atau kaitan ‘skandal pasir’ ini dengan insiden yang biasa dikaitkan berlaku ke atas wakil rakyat BN seperti pembunuhan, peras ugut mahu pun umpan perempuan sama sekali tidak boleh dikenakan ke atas YB Amirudin Shari dan Suhaimi Shafei.

Ternyata Raja Petra telah hilang kehormatan dalam mengendalikan laman Malaysia Todaynya. Oleh yang demikian sesiapa yang menyayangi PR sewajarnya tidak lagi melayari laman web itu demi kebaikan dan keluhuran perjuangan.
editor : Khaulah Azwar

Siri Peringatan: Khas Untuk Mereka yang Belum ada lagi Pasangan Hidup


Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Siri Peringatan: Khas Untuk Mereka yang Belum ada lagi Pasangan Hidup

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Tiga NGO serah memorandum kepada MB Dr Zambry

IPOH: Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) dan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia ( KERABAT) menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zambry Kadir.


Momerandum daripada ketiga-tiga NGO diketuai oleh Pengerusi BAPA Pusat, Hj Razman Zakaria diserahkan kepada wakil Zambry di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 4 petang tadi.

KERABAT mendesak kerajaan supaya menunaikan janji-janji kepada bekas tentera dan parajurit.

Katanya, kerajaan berjanji akan menyediakan 7000 lot tanah kepada bekas tentera tetapi sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan.

“Saya berharap janji kepada lebih 36 ribu bekas tentera dapat direalisasikan dengan segera,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga pernah berjanji dengan Majlis Bekas Tentera bahawa bekas-bekas tentera layak mendapat tanah pertanian tetapi hingga sekarang janji tersebut belum direalisasikan.

ANAK dalam momerandumnya berharap kerajaan tidak menyerahkan tanah milik Felda seluas 6800 ekar yang kini dibawah Felda Plaintation yang akan tamat perjanjiannya kepada Felda Global.

“Penyerahan kepada Felda Global memberi risiko tinggi yang membolehkan tanah ini tergadai kepada pihak asing,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau mengaharapkan kerajaan yang diketuai oleh Zambry tidak membenarkan perkara ini terjadi.

Seterusnya, BAPA difahamkan perjanjian pihak Felcra dengan tuan tanah di kampung tradisional yang hampir 15 tahun masih tidak selesai

“Kami mohon kerajaan negeri supaya melihat perkara ini dan mengambil keputusan sewajarnya serta melangsaikan hutang tuan tanah,” ujarnya.

Turut hadir dalam penyerahan morendum tersebut ialah Bekas Pegawai Tinggi TLDM yang juga Penasihat Kerabat Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, Ketua Penerangan Dewan Ulama’ Negeri Ustaz Norazli Musa dan hampir 100 penyokong Pakatan Rakyat yang berarak dari Masjid Negeri hingga ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Konvoi Penerangan PAS bergerak ke selatan pula

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Lebih 50 peserta konvoi penerangan PAS yang diketuai, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS akan menjelajah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula mulai hari ini.

Di samping anggota Lajnah Penerangan PAS Pusat, konvoi ini akan turut disertai AJK Dewan Ulamak PAS.

Konvoi ketiga dalam siri jelajah seluruh negara ini akan bermula membuat perhentian pertama di Seremban jam 3 petang ini untuk taklimat penerangan yang akan diberikan sendiri oleh Tuan Ibrahim.

Ia bakal mengumpulkan semua jentera penerangan PAS dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebelum ini, konvoi anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat telah menjelajah selama lima hari di Sabah dan Sarawak.

Siri kedua adalah negeri-negeri Pantai Timur yang bermula di Kelantn 4 Februari lepas diikuti Terengganu dan Pahang pada hari-hari berikutnya.

Dalam program kali ini, konvoi akan dipenuhkan dengan pelbagai program termasuklah penyebaran risalah, hi tea, kuliah Magbrib dan ceramah.

Pagi esoknya pula, program kuliah Subuh akan diadakan seluruh Negeri Sembilan sebelum konvoi bergerak pula ke Melaka.

Di Melaka, konvoi akan bersatu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan turut mengisi program di negeri itu.

Keesokan harinya, 19 Februari, konvoi ini akan berangkat ke Johor pula untuk memenuhi program di sana.

"Kita telah berjaya menjalankan tugas kita dengan baik di Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum ini dengan mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Kita yakin, program di negeri-negeri selatan ini akan juga mendapaat sambutan yang baik kerana kita dimaklumkan akan berlaku tsunami politik dalam pilihan raya akan datang ini di negeri-negeri ini," kata Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Isu Tapak Pembinaan Sekolah Ramal Selesai


"Mesyuarat Exco memutuskan untuk memberi kelulusan permohonan pemberi-milikan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk dijadikan tapak sekolah berkenaan" kata, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali di SUK, Shah Alam semalam.

"Keputusan ini dicapai hasil perbincangan bersama dengan wakil Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pejabat Tanah pada 13hb lepas,".

:Ini bermakna, isu tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal di Hulu Langat selesai hasil perbincangan antara Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkaitan".

Tambahnya lagi, pihak MPKj bersetuju menarik balik Arahan Memberhentikan Kerja yang dikeluarkan ke atas kerja-kerja pembinaan di atas tapak berkenaan sebelum ini.

"Kini segala kerja-kerja berkenaan boleh diteruskan kembali kerana isu ini sudah selesai," jelas Halimah ringkas.

Buat masa ini, hanya terdapat dua sekolah rendah di kawasan Sungai Ramal iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ramal Dalam dan SK Sungai Ramal Luar.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI