Wednesday, August 29, 2012

Jom Pakat meriah Malam Kemerdekaan Bersama PAKATAN Rakyat Selangor

SHAH ALAM 30 OGOS : Sempena Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat akan meraikan sambutan tersebut pada Khamis, 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa, sambutan itu akan berlangsung bermula pada jam 8.30 malam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya perbarisan dan perarakan 56 kontinjen yang terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sambutan itu  akan diserikan dengan kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.

Justeru, "orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Khalid mewakili barisan pimpinan Kerajaan Negeri juga mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan dan Selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.



Editor : Khaulah Azwar

Tingkatkan Diri Cinta Kepada Allah daripada Cinta Manusia


Bukti Graduan UNISEL Paling Laris Dalam Sektor Pekerjaan



SHAH ALAM –Universiti Selangor (Unisel) berjaya membuktikan keunggulannya apabila berjaya melahirkan graduan berkualiti untuk pasaran pekerjaan Negara walau dihimpit pelbagai spekulasi.

Naib Cancelor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, sepanjang tempoh enam majlis konvokesyen diadakan bermula pada tahun 2006 sehingga tahun 2011, Unisel sudah melahirkan 14,626 graduan dari pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan. 

“Peratusan pelajar Unisel yang bekerja di syarikat-syarikat antarabangsa dan GLC adalah tertinggi jika dibandingkan dengan keseluruhan IPT,” katanya.

Ini dibuktikan berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) apabila hanya 23.3 peratus graduan lepasan Unisel masih belum mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Angka ini adalah yang paling rendah berbanding dengan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain.

Antara graduan Unisel yang berjaya mendapat pengiktirtafan badan profesional adalah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Sufi Habibullah Roslan yang mendapat pengiktirafan pelajar terbaik daripada Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.

Sufi mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek  tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.

Anuar mengakui, kejayaan ini dipengaruhi oleh peningkatan kemasukkan pelajar untuk setiap sesi pengajian kesan daripada beberapa kontroversi yang melanda Unisel.

“Saya beranggapan semua ini ada hikmahnya. Di sebalik semua spekulasi atau dakwaan selama ini membawa kebaikan kepada universiti.

“Tanpa disangka-sangka, jumlah kemasukan pelajar untuk semester pendek Unisel pada April tahun ini berjaya mencatatkan jumlah kemasukan cukup tinggi iaitu 1,400 orang pelajar berbanding kemasukan yang sama pada tahun lepas iaitu hanya 400 orang pelajar,” katanya.

Tambahnya, perkara ini berlaku sebelum keputusan UPU dikeluarkan untuk kemasukkan IPTA.

Jelasnya, keadaan ini membuktikan Unisel merupakan pilihan utama pelajar sekaligus menafikan dakwaan kononnya Unisel merupakan pilihan terakhir pelbagai pihak bagi melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI