Wednesday, March 23, 2011

Sek.Keb. (J) Tamil Terima Bantuan PIBG daripada Presiden PAS



Batu caves - Pelajar dan semua warga Sek. Ren. (J) Tamil Batu Caves disini merasa gembira apabila menerima sumbangan cek bernilai RM5000 bagi membantu sekolah berkenaan untuk membeli buku latihan sekolah.

Cek terebut telah disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat Tn Hj Said kepada B.R. Rajan, mantan AJK PIBG Sek. Tamil Batu Caves di Ibu Pejabat PAS Pusat, K.Lumpur dan telah diserahkan kepada En. R.T Raja a/l Raju, Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaaan (J) Tamil semalam.

R.T. Raja a/l Raju, 49thn (Pegerusi PIBG) sekolah berkenaan berkata,"kita mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang begitu prihatin dengan pelajar-pelajar sekolah tamil disini dan hari ini beliau telah melunaskan janjinya untuk membantu pelajar-pelajar sini. Kehadiran beliau pada bulan April, 2010 untuk menghulurkan bantuan kepada 100 pelajar - pelajar tamil yang keluarga mereka taraf paras kemiskinan dan berpendapatan rendah serta OKU.

Kita difahamkan pelajar-pelajar tersebut tidak mampu beli buku latihan sekolah walaupun sekolah telah bermula kerana masaalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Rentetan daripada itu, En. Balasubramaniam, Presiden Dewan Perhimpunan PAS Pusat mewakili kaum india yang telah menerima maklumat ini telah menyuara kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencari dana bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.

Seperti tidak disangka, suara hati kami telah diterima oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi dengan berjanji akan membantu sekolah ini. Ini merupakan satu sejarah buat sekolah kami apabila menerima bantuan daripada Presiden PAS. Dengan bantuan dihulurkan sekaligus telah meringankan beban semua keluarga pelajar tersebut.

Selain daripada itu, pihak kami juga telah menerima bantuan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor pada tahun 2009 RM10,000 dan tahun 2010 RM10,000 yang telah disampaikan oleh Dr. Xavier Jaya Kumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Kesihatan Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin kepada PIBG Sekolah, katanya disini petang semalam.


Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI