Sunday, June 3, 2012

Amanat Presiden PAS, Himpunan Hijau





Dengarlah apabila Para Ulama' meninggalkan amanat.

Subhanaallah, tersentap hati, membakar semangat mendengar amanat para ulama beri peringatan.  Pls sebarkan..


Sajak Himpunan Hijau Khas Untuk Orang Muda.

Himpunan Hijau Capai Sasaran 100,000 Menuju Putrajaya

ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.

Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS.

“Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000.

“Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium,” katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.


Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang.

Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.

Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma’thurat dan solat Asar berjemaah.

Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.

Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.

Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.


Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.



Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.


Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.


Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.


Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib.


Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.


Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar.


Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.

Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.



Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.

Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.


Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.


Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan.


Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup.

UMNO dalam Bahaya PRU13-PAKATAN jangan Leka.

UMNO-BN DALAM BAHAYA? WAHHH.BIAR BETUL KENYATAAN NI.TAK PASAL2 PM KITA BUNGKUS KAIN BAJU LARI KAT NEGARA GO HEAD. .hahahahaha.
Anyways ana harap semua petugas jentera PAKATAN RAKYAT jangan terbuai dengan kata-kata ini. Jangan leka, kita bimbang ianya satu muslihat. 
 Terus kan usaha jangan terleka walaupun sesasat. Jika terleka, musuh ISLAM akan masuk mana-mana lubang. 
Jika ini berlaku kelak kita sendiri akan disalahkan. Apakah tanggungjawab kita sudah terlaksana?? Takbir ... Allahuakhbar...ya-Allah bantulah kami.
 

PASTI Bercambah DI Bwah Pengurusan PAKATAN RAKYAT


Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pusat telah ditubuhkan  26 tahun semenjak 2004. 


Selama 26 tahun PASTI ditubuhkan berbagai onak dan duri dilalui semua warga PASTI bagi memastikan pendidikan PASTI yang berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunah dapat diteruskan dalam membentuk generasi Al-Quran.

Ikuti wawacara Wartawan, Khaulah Azwar bersama Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridzuan berkongsi pengalamannya dalam hadapi pelbagai cabaran sehingga  banyak lapisan masyarakat  telah menerima PASTI.

1)      Ustaz berapa ramai pelajar dan Guru PASTI sekitar negeri Selangor?
Pelajar 1800 dan guru 1100
2)Boleh ustaz terangkan PASTI dibawah pengurusan organisasi mana, dan kita sering dengar  ada pihak menyatakan PASTI mengaut keuntungan.

PASTI adalah satu organisasi yang tidak mengaut keuntungan. Ia sebuah organisasi yang ditubuhkan bawah organisasi PAS.

Kita tetap akan beri kefahaman kepada masyarakat bahawa pasti bukan sebuah tadika yang ditubuhkan akta perniagaan.
Kita operasi di  bawah pertubuhan PAS. Dengan adanya dibawah PAS, PASTI banyak ditubuhkan dan banyak program diadakan.

3)      Bagaimana PASTI mendapat dana untuk menubuh lebih  banyak pasti?
Alhamdulilah, dengan peranan yang dimainkan oleh semua pengasas PASTI, Guru-guru PASTI serta ibubapa pelajar, PASTI tetap  beroperasi.
Ramai ibubapa pelajar dan masyarkat luar sentiasa menghulurkan bantuan kepada PASTI bagi memastikan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak yang dibawa oleh PASTI tercapai.
Walaupun PASTI tidak pernah menerima bantuan daripada badan-badan berwajib.

4)      Bagaimana pula Yuran yang dikenakan kepada setiap pelajar?

 Yuran pelajar bergantung tempat. Paling rendah RM 45, dan paling tinggi RM70 berdasarkan
 kedudukan geografi PASTI setiap kawasan. 
5 ) Berapa buah PASTI di Selangor?
Di Selangor kita ada  sebanyak 1700 buah  pasti.

6)      Bagaimana sudut silibers pendidikan PASTI?

Alhamdulillah, silibers PASTI adalah yang terbaik. Hal ini diakui ramai pihak. Kita akan pastikan silibers PASTI sentiasa dikemas kini mengikut peredaran masa.

PASTI menggunakan sistem tahfiz, KAFA, kokurikulum 4 tahun, K14 dan banyak lagi yang telah membukti semua pelajar PASTI mampu mengikuti silibers tersebut.

Dalam masa terdekat, PASTI akan melancarkan beberapa program dan produk terkini di Kedah bagi menarik ramai masyarakat supaya menjadikan PASTI sebagai pilihan utama.

7)  Apakah kemudahan yang PASTI terima daripada mana-mana pihak?

PASTI tidak pernah menerima geran daripada mana-mana pihak. Semua usaha daripada pengasas-pengasas pasti, dan sumbangan ibubapa yang  mahukan pendidikan pasti  perlu di tingkatkan.

8)      Bagaimana kebajikan guru-guru PASTI?

Kebajikan guru adalah satu priority. PASTI Pusat  sentiasa berusaha mempertingkatkan dari semasa ke semasa menjaga kebajikan semua guru.
Seperti contoh setiap tahun semua guru PASTI akan menerima elaun hari raya RM250, hadiah sempena hari guru dan banyak lagi.
Ini adalah bertujuan bagi memastikan jasa keringat semua guru PASTI dikenang.


9)      Semenjak negeri Selangor di ambil alih kerajaan Pakatan Rakyat, bagaimana  nasib PASTI?
Semenjak PR memerintah, kita tidak nafi, Exco Pendidikan kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali banyak membantu PASTI. Beliau begitu komited memastikan pendidikan PASTI tercapai misi dan visinya.
PASTI bangunan lama.
Antaranya diadakan latihan guru-guru. Ia sangat penting untk tingkatkan tahap kemahiran guru-guru supaya mereka dapat tingkatkan pembelajaran di PASTI.

Exco  pendidikan juga banyak membantu meningkatkan prasarana di pasti-pasti yang dhaif dari sudut infrasturktur.

Terkini PASTI telah menerima sumbangan sebanyak RM200,000 dan setiap pasti akan menerima RM1000 bagi memastikan keselesaan guru-guru dan semua pelajar.

Memandangkan PASTI bukan profit organisasi sememangnya PASTI menghadapi masalah untuk menaiktaraf PASTI.



10)   Apakah halangan PASTI semenjak di tubuhkan?

Semasa pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO), pasti banyak hadapi cabaran terutamanya  dari sudut undang-undang, pelbagai ugutan politik diberikan kepada guru-guru dan pelajar.
Tetapi masalah ini sudah berkurangan apabila kerajaan PR Selangor mengambil alih pentadbiran.
PASTI berwajah baru dibawah pengurusan PAKATAN RAKYAT
Walaupun PASTI sering dicabar dengan undang-undang, alhamdulilah PASTI berjaya atasi masalah tersebut secara professional.

Semakin hari PASTI bercambah seperti cendawan yang subur di negeri Selangor apabila diambil alih kerajaan Pakatan Rakyat. Ini jelas membuktikan masyarakat luar pelbagai bangsa menerima PASTI.
 Editor : Khaulah Azwar

RM10 Juta Untuk Pendidikan Islam-Dr Halimah Ali


Shah Alam : Exco Pendididikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mengumumkan kerajaan   Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM10,000 kepada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam Malaysia (Mappim).
Beliau berkata kepada pemberita dalam Majlis Konvensyen Pendidikan Islam 2012 dan pelancaran MAPPIM di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini baru-baru ini.

Kata  Dr Halimah, “menerusi ‘Geran Selangorku’ insentif itu disifatkan sebagai permulaan khusus buat MAPPIM melaksanakan aktiviti pertubuhan tersebut yang akan diserahkan dalam tempoh seminggu lagi.  

“Untuk peruntukan selanjutnya, saya beri tempoh selama sebulan kepada MAPPIM bagi membuat kertas kerja secara rapi meliputi perancangan, aktiviti dan latihan yang akan dilaksanakan khususnya di Selangor.

Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memartabatkan peranan guru dan ibu bapa di negeri ini”.
Beliau merangkap ADUN Selat Klang menambah lagi, “selain itu, ia bagi melaksanakan perkongsian ilmu dan persefahaman di antara PIBG sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan PIBG sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam (Jais) negeri”.

Dalam pada itu, Dr Halimah meminta agar semua pihak termasuk ibu bapa dan guru dapat memainkan peranan mendidik generasi muda khusunya belia supaya tidak terjebak dalam gejala sosial tidak sihat.

Ini kerana menurutnya, pembentukan sahsiah dan jati diri yang baik akan melahirkan generasi berhemah tinggi.

“Gabungan ibu bapa dan guru ini mestilah diatur dengan sistematik supaya matlamat kerajaan Selangor untuk melahirkan modal insan yang berjaya dunia akhirat akan tercapai,” ujarnya.

Difahamkan majlis itu bertujuan untuk menghimpunkan para guru, ibu bapa dan ahli PIBG serta individu dalam satu forum ke arah memberi dan menerima idea-idea serta resolusi bersama dalam memperkasakan pendidikan Islam di Selangor.

Hadir sama, ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Presiden MPPIBGS dan MAPPIM, Misswadi Sarbini.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI