Wednesday, March 3, 2010

Adun Ziarah Warga Emas


Gombak- Lawatan YB Dato’ kepada seorang warga Emas berusia 74thn di kg. Changkat yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Beliau adalah Allahyarham En. Jaafar Abd Rahman yang mengalami sakit tua.

YB Dato’ telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada ahli keluarga beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dapat memberi sedikit kekuatan dan menenangkan keadaan.

Selepas mengunjungi keluarga arwah, YB Dato’ melawat En. Amiruddin Ismail, 54thn yang megalami sakit tua. Beliau duduk di Kg Changkat.

Sumbangan telah diberikan oleh YB Dato’ kepada beliau untuk membuat rawatan perubatan. Semoga dengan bantuan diberikan akan mengurangkan bebanan keluarga beliau untuk menampung kos perubatan.

Editor : Khaulah Azwar

JKP Zon 11 Menubuh Pasukan Futsal



Gombak - Geopolitik dan sosio-budaya mampu menjadi kurang stabil disebabkan berbagai cabaran dan ancaman semasa yang berbagai.

Justeru itu, berlaku berbagai kegiatan yang tidak sihat seperti ketagihan dadah, budaya melepak, maksiat, mat rempit dan lain-lain lagi yang telah lama berleluasa di kawasan ini. Salah satu punca yang telah dikenal pasti membawa kepada masalah ini ialah kerana kurangnya aktiviti sihat yang diceburi oleh remaja dan belia di masa lapang mereka.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, JKP Zon 11 telah mengambil berbagai inisatif untuk mengatasi masalah gejala sosial dengan mendekati remaja / belia.

Pengerusi JKP Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong berkata, setelah menubuhkan Organisasi Keselamatan bagi mencegah maksiat dan jenayah, pihak kami akan mengorak langkah ke hadapan untuk meneruskan tanggungjawab kami sebagai JKP yang telah diberi mandat sepenuhnya oleh pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan MPS.

Di antara langkah tersebut adalah dengan menubuhkan pasukan futsal (Minda Mahir JKP Zon 11) yang telah saya berikan mandat kepada Ketua Pemuda JKP Zon 11, En Azlan Mohd Omar dan En Abd Aziz Aban.

Sentiasa memberi sokongan padu pada generasi muda

Beliau berkata, pasukan futsal yang telah diberikan nama Minda Mahir JKP Zon 11 telah lama ditubuhkan, iaitu sejak 5 tahun yang lalu, cuma pergerakan mereka bukan di bawah pertubuhan organisasi seperti JKP. Mereka bergerak aktif secara individu yang tidak berdaftar di bawah organisasi. Pasukan ini mempunyai 32 orang pemain yang terdiri daripada tiga kategori iaitu senior, bawah 17 tahun dan 14 tahun.

Alhamdulilah, semenjak saya dilantik sebagai ahli majlis di Zon 11, saya telah memberi peluang kepada mereka untuk bergerak lebih aktif kerana saya lihat bakat mereka terserlah dalam arena sukan, dan insya-ALLAH saya akan memantau pergerakan aktiviti mereka dengan sebaiknya.

Pengerus Pasukan Hampir Kecewa

En. Azlan Omar berkata, sebelum ini pihak kami tidak tahu kepada siapakah tempat untuk kami rujuk bagi mendapatkan peruntukan setiap kali perlawanan diadakan. Apa yang kami lakukan adalah atas usaha sendiri untuk membawa generasi muda dalam aktiviti sihat.

Alhamdulilah, mungkin rezeki saya untuk mengatasi masalah kewangan bagi menubuhkan pasukan futsal. Hampir-hampir saya rasa kecewa apabila memikirkan masalah ini. Kadangkala faktor kewangan tidak menggalakkan, membuatkan saya putus asa untuk menguruskan pasukan ini dengan baik.

Memang benar kata orang "berusaha sungguh-sungguh dalam melakukan apa juga, doa jangan sekali kita putuskan dengan mengharap keredhaan dan pertolongan ALLAH". Akhirnya saya menemui jalan penyelesaian, apabila 1 hari saya telah melibatkan diri dengan Rehlah Mahabbah yang dianjurkan oleh JKP Zon 11. Dengan itu saya cuba mendapatkan berbagai informasi mengenai JKP ini.

Saya difahamkan JKP Zon 11 yang telah dipengerusikan oleh Pn. Khatifah Zamani bergerak aktif dengan mengadakan berbagai aktiviti sihat dalam mendekati masyarakat sekeliling. Oleh itu saya sentiasa mengikuti perkembangan JKP ini. Dengan tidak disangka, selepas seminggu program rehlah, saya telah mendapat tawaran daripada JKP Zon 11 untuk menyertai organisasi tersebut.

Ibarat bulan jatuh ke riba juga, mungkin doa saya selama ini telah didengar ALLAH untuk menyelesaikan masalah pasukan kami. Peluang yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin demi generasi muda, agar melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, terus sentiasa berusaha membawa mereka mendekati ALLAH swt. Apa yang telah membuatkan hati saya terpaut di Zon 11 ini adalah pentadbiran yang dilakukan oleh Pn Khatifah, kakitangan, semua AJK JKP beliau yang menjalankan tugas dengan profesional dan efektif. Justeru itu saya menerima tawaran menjadi AJK JKP Zon 11 yang telah ditawarkan oleh beliau.


Saya telah diberi mandat sepenuhnya oleh Pn. Khatifah untuk terlibat dalam PBT/MPS dengan mengadakan berbagai aktiviti sukan. Hati saya begitu gembira dan kegembiraan ini saya kongsi bersama dengan sahabat-sahabat JKP Zon 11.

Harapan saya, pasukan futsal ini akan sentiasa menjadi JOHAN dalam setiap kejohanan yang disertai, samada peringkat kawasan / negeri bagi menaikkan nama JKP Zon 11 dan Adun Gombak Setia yang diterajui oleh YB Dato' Hassan B. Mohamed Ali.

Alhamdulilah setelah saya menguruskan pasukan Minda Mahir JKP Zon 11 sebanyak 5 kali pasukan kami telah menyertai kejohanan futsal seperti berikut yang telah mengharumkan nama JKP Zon 11 dan Adun:-

1. Kejohanan Piala Ketua Pemuda PAS Cawangan pada 31/1/10 di Sport Planet,Ampang di mana pasukan layak hingga ke pusingan 2;

2. Kejohanan Futsal i-metro bawah 17 Zon Tengah pada 7/2/10 di de Stadium, Subang Jaya di mana pasukan layak hingga ke pusingan ke 4;

3. Kejohanan Futsal Zon PBT 6 pada 7/2/10 di Sport Seven, Wangsa Maju di mana pasukan layak hingga ke pusingan suku akhir.

4. Kejohanan Futsal Karnival Putrajaya (bawah 17 tahun) di Presint 2, Putrajaya pada 20-21/2/2010 di mana berjaya menduduki tempat ke 3,

5. Kejohanan Futsal 1 Malaysia UKM di Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur pada 28/2/2010 di mana menyapu bersih dua tempat teratas, iaitu sebagai johan dan naib johan.

Alhamdulilah kejayaan di tangan Minda Mahir JKP Zon 11 Dun Gombak Setia. Semoga kejayaan kami dapat dikongsi bersama Pengerusi dan semua AJK JKP Zon 11 & Adun Gombak Setia sebagai membalas jasa mereka yang sentiasa memberi sokongan padu dan kepercayaan pada pasukan ini.

Harapan Pengurusan Pada Ahli Majlis MPS Zon 11 & Adun Gombak Setia

"Selaku Ketua Pemuda JKP Zon 11, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menangani gejala negatif yang melibatkan belia dan remaja. Justeru, saya amat berharap agar cadangan yang telah saya kemukakan bersama Pn Khatifah dan YB Dato' Hasan Bin Mohamed Ali untuk menyediakan kemudahan riadah, sukan dan rekreasi yang kemudiannya akan disusuli dengan inisiatif terancang oleh pelbagai institusi setempat seperti NGO dan pertubuhan belia mampu untuk membendung masalah ini. Semoga harapan kami untuk menyelamat generasi muda daripada terlibat dengan gejala sosial dan maksiat akan tercapai dengan sokongan semua pihak.

Dengan adanya pusat seperti ini, pihak saya dan Jawatankuasa Penduduk Zon 11 berharap, ia dapat dijadikan platform kepada remaja dan belia di kawasan ini supaya mereka dapat menjalankan aktiviti sihat di masa lapang mereka, katanya.

Selanjutnya beliau berkata, misi kami adalah menyertai pelbagai peringkat kejohanan futsal dan mengadakan latihan futsal berterusan di samping program keagamaan dan program-program lain dapat diserapkan dalam jiwa mereka yang perlukan bimbingan rohani dan jasmani. Anak-anak muda yang berada bersama kami adalah yang masih perlu bimbingan, perlu didekati dengan melalui tarbiyah daripada kami, insya-ALLAH semoga peranan kami bersama JKP Zon 11 akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada YB Dato' Hassan bagi menangani masalah gejala sosial.

Visi kami pula adalah menaikkan nama JKP Zon11 & Dun Gombak Setia sebagai zon yang paling aktif mengadakan pelbagai program sukan, menarik remaja dan mendekati masyarakat sekeliling ke arah aktiviti sihat dan menyahut seruan amalan gaya hidup sihat dengan menjulang semangat kesukanan dan ukhuwah ISLAMIAH. Semoga mereka adalah generasi yang mempunyai akhlak yang mulia dan menjadi pemimpin akan datang, ujarnya sambil tersenyum dalam sesi pertandingan perlawanan futsal baru-baru ini.



























Reformasi syor demonstrasi aman bantah lompat

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Kumpulan Aktivis Reformasi menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, mereka juga mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan itu adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia.

Kumpulan tersebut yang diberi mandat untuk mewakili lebih 2,000 aktivis reformasi seluruh negara dengan tegas menyatakan sokongan penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Mereka percaya hanya Anwar mempunyai iltizam yang kuat dan mampu untuk membawa agenda reformasi serta perubahan di negara ini dan menyokongnya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Mereka juga menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, kerana agenda Pakatan Rakyat jelas membawa perubahan, menghapuskan rasuah dan merealisasikan hasrat 'Malaysia Baru'.

Bagi mereka, tindakan ahli-ahli Parlimen yang melompat parti adalah tindakan golongan pengecut yang jelas merupakan pengkhianatan kepada pengundi yang telah mengundi mereka dalam pilihan raya umum lepas untuk mewakili mereka melaksanakan agenda perubahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

“Oleh itu, kami mencabar golongan ini supaya bersikap 'jantan' dengan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Hanya dengan cara itu dapat mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan sama ada tindakan mereka mendapat restu pengundi,” ujar kenyataan tersebut.

Mereka turut menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat jumlah wang yang ditawarkan kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Maulidur Rasul Gombak membentuk 1 ummah


Gombak - Sempena hari kebesaran dan mengenang jasa Nabi Muhammad saw, YB. Dato’ Hassan yang merupakan EXCO Kerajan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal ISLAM Adat-adat Melayu Infrastruktur Dan Kemudahan Awam telah turun padang dengan membuat lawatan semua masjid, surau dan beberapa kawasan untuk bersama masyarakat gombak tanpa mengira parti.

Y.B Dato’ berkata, tujuan menyambut hari kebesaran Nabi Muhammad saw adalah “ kerana hendak mengingati hari kelahiran, perjuangan, pengorbanan baginda bersama sahabat-sahabat baginda yang tidak mampu kita bayar. Hakikat ingat ke Nabi saw, ini tidak boleh sekali setahun begitu, tetapi sepanjang masa kita mesti ingat. Mengamal ajaran dan sunnahnya malahan ikutilah akidah dan akhlak baginda yang merupakan contoh terbaik pada kita. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulidur Rasul”.

Apatah lagi dengan meraikan hari yang penuh keberkatan, kita sebagai 1 ummah berada dirumah ALLAH swt walaupun kita bergelar Dato’/ Datin/Sultan dan mempunyai berbagai pangkat yang tinggi tetapi harus kita ingat, dirumah ALLAH yang kita dibawah 1 naugan dan 1 bumbung adalah sama darjatnya. ALLAH swt tidak memandang siapa kita, apa pangkat kita tetapi yang dipandang adalah amalan kita ketika berada dirumahnya.

Tetapi, sebagai ummat kesayangan Nabi saw, kita tidak manfaatkan sebaiknya malahan sejak Akhir-akhir ini tercetus berbagai propaganda yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang (UMNO) terhadap Pemerintah (PAS/PR) dengan menimbulkan isu-isu yang remeh-temeh ibarat seperti orang yang tidak matang dalam berpolitik.

Sehinggakan pihak pembangkang ketandusan idea untuk bermain isu sehingga menimbulkan isu Sambutan Maulidur Rasul setiap negeri dibawah kerajaan (PR). Jika Nabi Muhammad saw masih hidup sudah pasti baginda merasa sedih diatas apa yang belaku keatas ummatnya yang sering berlaku perbalahan. Adakah ini, kasih kita terhadap baginda?? Tetapi pada pemerintah PR, setiap isu yag ditimbulkan oleh UMNO dapat diatasi dengan baik.

Terkini dengan isu menyambut sambutan Malulidur Rasul yang telah digembar gemburkan oleh pihak UMNO dengan mengeluarkan fakta-fata yang tidak berasas dan tidak masuk akal. Haruskah kita melayan kehendak mereka yang tidak habis-habis mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah (PAS/PR).

YB Dato’ yang merupakan Adun Gombak berpendapat “Sempena hari kelahiran Nabi saw, kita sebagai ummatnya harus merasakan 1 kegembiraan dan penuh kesyukuran apabila dilihat kawasan gombak telah menjadi pesta ibadat yang telah mengadakan berbagai program sempena hari Kelahiran Nabi Muhammad saw seperti Qiammualail, Kesenian ISLAM, Ceramah, berzanji, berzikir dan lain-lain yang boleh membawa kearah kebaikan dengan tujuan untuk memuji, kebesaran ALLAH swt dan Kekasihnya Nabi saw. Dengan adanya program seperti ini tanpa mengira parti kita dapat berkumpul dengan terbentuknya 1 ummah baginda.

Walaupun sambutan tersebut tidak ada perarakan tetapi telah diraikan dengan sempurna malahan dilihat kehadiran didalam setiap majlis yang diadakan amat memberangsangkan untuk merai dan mengingati baginda dengan rasa penuh kesyukuran dan terjalinnya ukhwah. Inilah peranan Masjid, Surau apabila dimanfaatkan sebaiknya.

Begitulah keindahan ISLAM, jika diamal dan diikuti dengan mengamalkan AL-Quran dan Al-Sunnah yang akhirnya akan membentuk ummah yang beriman.

“Bukankah hikmat sambutan hari Maulidur Rasul boleh mendekatkan jiwa umat Islam terhadap junjungan besar nabi Muhamad SAW?

“Sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala, dalam Majlis Maulidur Rasul ” jelasnya.

KOLEKSI MAULIDUR RASUL DI MASJID SEKITAR GOMBAK

Masjid Simpang 3

Masjid Sg Chincin

Masjid Khairiah

Kasih seorang pemimpin terhadap anak-anak generasi yang sebagai pelapis akan datang.

” Rasullah saw bersabda yang bermaksud ” Sesungguhnya ALLAH menaikkan darjat anak cucu orang mukmin (di Syurga kelak) setingkat dengannya, meskipun amal soleh mereka lebih sedikit daripada amal solehnya dengan tujuan untuk mendekatkan mereka dengannya.” {Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani}”

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI