Tuesday, January 17, 2012

Dr Yunus jaga Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan

SHAH ALAM, 18 Jan: Kerajaan negeri Selangor membuat penyusunan semula portfolio Exconya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

(Gambar: Khalid bersama Dr Ahmad Yunus dan Dr Rani dalam sidang media hari ini)

Melalui perubahan ini, Dr Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini.

Melalui penukaran ini juga, Menteri Besar mengumumkan Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman akan memegang jawatan Pengerusi Skimsel manakala seorang lagi Adun PAS, Dr. Shafie Abu Bakar (Bangi) akan memegang jawatan Pengerusi PADAT.

Dr Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco menggantikan Hasan Ali di depan Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Beliau kemudiannya menyertai mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri.


Nota: Ramai bertanya mengapa Dr Rani, Dr Syafie tidak dilantik sebagai exco, sebabnya..


Dr Rani, pesuruhanjaya PAS selangor, banyak tugas yang perlu dilaksanakan di Selangor, tidak mahu pisang dua kali. Semasa Hasan Ali jadi Pesuruhanjaya beliau juga sbg exco yg banyak pecah2an dalam jawatankuasa tersebut yg perlu dilaksanakan dengan baik. perlu jaga semua kawasan negeri selangor bukan setakat DUN Gombak Setia. Disebab banyak jawatan kdg2 terkandas nak buat semua tugas so itu sebab pucuk pimpinan tak pilih Dr Rani.

Dr Shafie, pembantu exco Hal Ehwal Islam yang dilantik oleh Hasan Ali,. dalam surat perlantikan kerajaan negeri, apabila Exco telah ditamatkan jawatan maka semua perlantikan yang dibuat oleh Hasan Ali juga akan tamat, itu sebab Dr Shafie tak dipilih walaupun beliau layak.

Dr Yunus, mmg tak banyak kontrovesi, orgnya sangat berhati2 dalam mengeluarkan statement. sangat rajin dan amanah dalam menjalankan tugas.

Ssemoga perlantikan ini akan memberi perubahan yang terbaik pada PAS dan Kerajaan negeri Selangor, tahniah buat Dr Yunus. Moga di bei pertolongan menerajui Exco dengan baik..

Takziah buat Dr halimah Ali yang kehilangan pembantu Pendidikan Exco, insya-allah akan diganti dnegan insan2 yang lebih beribawa.

Moga semua rakyat dapat menerima keputusan syura untuk kebaikan bersama.

Anwar hantar notis saman Utusan RM50 juta


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.

Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut."

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara."

Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja."

Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Kerajaan Negeri Selangor peruntuk RM3.45 Juta utk PTRS, SPM




Shah Alam :Kerajaan negeri selangor memperuntukkan RM3.45 Juta setiap tahun bagi menjayakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi , Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, "tujuan kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut adalah bagi memastikan kemajuan negeri di selaraskan dengan dasar melahirkan rakyat cemerlang.Pelaksanaan itu bagi menentukan kejayaan Selangor antara negeri ke depan dalam memberi pendidikan percuma kepada rakyat".

"Setakat ini, alhamdulilah, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjalankan tuisyen percuma mendapat sambutan yang baik. Kita memang khususkan pelajar daripada keluarga kurang kemampuan, pendapatan ibubapa mereka RM1500 ke bawah".

"Tahun ini kita sasarkan 5000 calon yan bakal menduduki peperiksaan (SPM) untuk mengikuti PTRS percuma", katanya kepada media di SUK, Shah Alam.

Tambahnya lagi, sepanjang (PTRS) di jalankan dalam tempoh tiga tahun, prestasi kecemerlangan pelajar dalam akademik semakin meningkat.

"Sepanjang tiga tahun program ini dijalankan rata-rata ramai ibubapa gembira dengan prestasi pelajaran anak-anak mereka yang mengikuti program ini. Ibubapa sendiri memberitahu saya ada perbezaan sebelum dan selepas anak-anak mereka mengikuti ( PTRS). Bukan sahaja guru-guru mengajar,semua pelajar pelajar ini dibekalkan dengan buku latihan percuma", katanya.

Dr Halimah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang menambahkan lagi, tenaga pengajar yang dibekalkan kebanyakannya guru-guru berpengalaman luas dalam satu-satu subjek.

Setiap DUN akan ada guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar. Gaji mereka akan kita bayar. Setiap DUN kita hadkan seramai 100 pelajar sahaja, namun ada juga terdapat beberapa DUN menghantar 150 pelajar yang mengikuti PTRS.

Menurut Dr Halimah, hal ini berlaku disebabkan keluarga mereka kurang kemampuan untuk menghantar anak mereka tuisyen di luar yang menelan kos perbelanjaan yang banyak khususnya kawasan pinggir bandar.

Jelasnya lagi, tuisyen yang diadakan hujung minggu memberi pendekatan yang berbeza terutamanya, apabila pelajar boleh bertukar pendapat daripada pelajar-pelajar sekolah lain semasa proses pembelajaan berlangsung.

Selain mengikuti tuisyen, semua pelajar ini akan diberikan ceramah motivasi.

Semua pelajar PTRS akan mengikuti tuisyen PTRS selama tujuh bulan sebelum menghadapai peperiksaan SPM.

Tahun ini, kita sudah mula buka untuk pendaftaran baru sehingga Februari depan, ujarnya.

Editor : Khaulah Azwar

cadangan Bina Sekolah rendah Ramal dalam dalam penelitian


Shah Alam : Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan meneliti cadangan untuk membina Sekolah Rendah Sungai Ramal Dalam oleh kementerian Pejaran sebelum ini.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, "setiap jabatan kerajaan perlu memohon terlebih dahulu kebenaran dari pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum melaksanakan sesuatu projek pembinaan".

Menurutnya, proses yang diutamakan oleh Negeri Selangor berbeza dengan amalan sebelum ini yang hanya tidak memerlukan kelulusan PBT.

"Saya akan bertemu dengan pengarah pelajaran dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk bersama - sama melawat tapak projek yang telah dicadangkan. Kita mahu PBT melihat secara keseluruhan sebelum memberi kelulusan sama ada sesuai atau tidak sekolah ini dibina di kawasan tersebut dalam sidang media di perkarangan SUK, Shah Alam", katanya.

Editor : Khaulah Azwar

PAS Gombak Nafi 101 Ahli PAS Masuk UMNO


Gombak, 17 Jan: Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan menyertai umno.

Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.

Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali di pecat daripada PAS baru-baru ini," katanya.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas dua baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008 adalah sangat drastik sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi PRU13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

"Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak.

Editor : Khaulah Azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI