Wednesday, September 2, 2009

Final Risalah Permatang Pasir -Pakatan Rakyat Kerajaan Berjiwa Rakyat


Amanat /Pesan Tok Guru Kepada Pegundi Permatang Pasir, Edaran Risalah 24 Ogos, 2009


Ramadan, Bulan Kurnia Allah Kepada Orang Beriman

Kita sedang berada dalam bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan kurnia Allah SWT kepada orang-orang yang beriman. Apabila tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, Rasulullah s.a.w. menyampaikan ucapannya, yang bermaksud: Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang mulia, padanya satu malam yang kelebihannya lebih baik daripada 1,000 bulan, bulan yang pada awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.

Pada bulan ini, kita dijemput menjadi tetamu Allah Taala untuk menghadiri majlis hidangan-Nya. Disediakan untuk kita hidangan yang terdiri daripada makanan roh dan jasad, kerana Allah Taala menjadikan manusia dengan dua fitrah iaitu unsur roh dan unsur jasad, kedua-dua unsur ini memerlukan makanan. Makanan ini penuh dengan kelebihan, makanan roh ialah iman, ilmu, takwa dan segala sifat dan akhlak yang mulia manakala makanan jasad ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Allah SWT telah menentukan tugas manusia yang berbeza dengan tugas malaikat di alam roh dan berbeza dengan binatang yang hanya menjaga kepentingan jasad. Manusia mempunyai kedua-dua unsur iaitu unsur malaikat dan binatang. Sekiranya manusia menunaikan tuntutan roh dengan sebenarnya dan dalam masa yang sama berjaya menghadapi hawa nafsu kebinatangan, maka manusia akan menjadi makhluk yang lebih mulia daripada malaikat seperti para nabi dan orang-orang yang soleh. Di sana ada manusia yang lupa kepada makanan roh dan mengendalikan jasadnya seperti binatang, maka manusia itu menjadi lebih jahat daripada binatang.

Allah SWT melatih, mendidik dan memberi tarbiah kepada kita pada bulan Ramadan Al-Mubarak dengan hidangan menunaikan kewajipan berpuasa pada waktu siang hari, memberi sedekah, menjamu makanan kepada saudara-mara dan sahabat handai, jiran dan orang-orang yang memerlukan pertolongan, menghidupkan malam dengan sembahyang tarawih, bertahajud, tadarus al-Quran dan sebagainya. Semuanya ini dijanjikan kelebihannya lebih besar daripada bulan-bulan yang lain.

Ibadat puasa sahaja dijanjikan Allah SWT dengan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Seseorang manusia yang melakukan kebaikan akan diberikan dari tiap-tiap satu kebaikan itu 10 pahala.. Adapun puasa, Allah Taala berfirman, yang bermaksud: Sesungguhnya puasa itu untuk Aku, maka terserahlah kepada-Ku untuk menentukan pahalanya.

Betapa besarnya pahala kepada orang-orang yang berpuasa, betapa ruginya mereka yang tidak berpuasa. Sesiapa sahaja yang tidak berpuasa satu hari dengan tiada sebarang keuzuran yang membolehkannya berbuka, walaupun diwajibkan kepadanya menggantikan puasa itu pada hari yang lain, namun dia tidak akan dapat menggantikan pahala puasa yang ditinggalkan satu hari itu walaupun dia berpuasa sepanjang umurnya. Itulah kelebihan yang dijanjikan Allah Taala..

Jaga diri daripada perkara menghilang pahala puasa

Marilah kita menunaikan ibadat yang diwajibkan Allah Taala itu dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang diwajibkan serta dengan adab-adab puasa yang menambahkan kelebihannya supaya kita menyedari bahawa puasa itu bukan sekadar menjaga diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa pada waktu siang hari iaitu tidak makan, minum, bersetubuh dengan isteri, tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka tetapi seseorang itu juga perlu menjaga dirinya daripada perkara yang menghilangkan pahala puasa walaupun tidak membatalkan puasa.

Seseorang itu perlu memelihara anggota dan pancainderanya daripada melakukan perkara-perkara dosa dengan memelihara lidah, mata dan telinga supaya tidak melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasanya. Itulah pendidikan puasa yang merupakan makanan rohani yang dihidangkan oleh Allah SWT pada bulan Ramadan.

Kita juga dijanjikan fadilat iaitu diberikan pahala pada makanan jasad. Kita makan dan minum pada bulan puasa bukan sahaja untuk kenyang tetapi diberikan pahala. Begitu juga kelebihan mereka yang bersahur. Allah SWT menjadikan kelebihan orang yang makan sahur sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat bersalawat kepada orang-orang yang bersahur.

Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja ibadat puasa, bukan sahaja perkara-perkara kebaikan yang dilakukan diberi pahala, bahkan makan dan minum kita pada bulan puasa juga diberi pahala oleh Allah Taala. Itulah keistimewaan pada bulan Ramadan Al-Mubarak dan banyak lagi keistimewaan yang lain yang disediakan oleh Allah Taala supaya kita mencapai natijah puasa yang baik.

Kita menerima kerahmatan daripada Allah SWT pada awalnya, mendapat keampunan pada pertengahannya dan dimerdekakan daripada api neraka setelah kita meninggal dunia sekiranya kita menunaikan puasa dengan sebaik-baiknya. Itulah di antara hidangan yang disediakan oleh Allah Taala. Marilah kita menyahut jemputan Allah SWT di bulan yang penuh dengan kemuliaan itu.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah: 183)

Kuliah Subuh bersama Yb dao Hasan Surau Al-Falah


hayatiramadhan2Gombak 30hb Ogos, 2009 selepas solat subuh surau Al-Falah, Tmn Melewar dipenuhi dengan penghuni-penghuni yang merindui mengunjung rumah ALLAH untuk melengkapkan diri dengan mencari ilmu sebagai bekalan. Alhamdulilah kini umat ISLAM telahpun menunaikan Ibadat Puasa dan sedar tidak sedar kita telah melangkah ke station pertengahan Ramadhan. Bagaimana Ibadat kita bulan Ramadhan Tahun ini?? Moga semua dapat membaikikan diri, iman dan ketaqwaan kita kepada penciptanya. Disini penulis ingin berkongsi sedikit santapan rohani yang diberikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dalam penyampaian kuliahnya pada 8 Ramdhan, tempohhari. Semoga dengan sedikit ilmu diberi, boleh dikongsi bersama yang tidak dapat hadirkan diri dalam kuliah tersebut, Insya-ALLAH. Tajuk yang diberikan dalam kuliah tersebut adalah Awalnya Rahmah, Pertengahan keampunan dari ALLAH dan akhirnya Kelepasan dari azab Api Neraka’ sungguh molek bila kita tengok Kelebihan-kelebihan diberikan ALLAH swt pada umatnya dalam bulan Ramadhan. Tetapi setakat manakah kita sebagai umat ISLAM menghargai Markah BONUS yang ALLAH bagi pada kita dalam bulan yang penuh keberkatan??. Siangnya kita berpuasa menahan lapar dan dahaga disitu ALLAH mendidik hati, nafsu kita dan sejurus mengingatkan kita pada saudara mara kita di bumi Palestin dan negeri lain yang telah diserang dengan tentera-tentera yahudi dengan sedaya upaya mereka hendak menindasi umat ISLAM. Kita dibumi Malaysia perlu bersyukur kerana masih dipelihara oleh ALLAH swt daripada ditimpa musibah tetapi kini ALLAH uji kita dengan penyakit H1N1. Itu peringatan yang ALLAH beri pada kita sedar/tidak untuk kita ubah kehidupan kita dengan berbanyakkan solat hajat dan taubat. Moga kita semua dipelihara musibah tersebut. Dengan berhadapan bulan Ramadhan ini adalah bulan didikan yang terbaik untuk kita mengubah kehidupan kita dimana Suami menjadi yang solih, isteri menjadi soliha pada suaminya dan anak-anak menjadi Quratul Ain pada ibubapanya. Tetapi adakah kita benar-benar berhadapan dalam bulan tarbiyah ini dengan penuh keikhlasan dan mendidik diri kita kepada penciptanya,malahan bila kita renungkan kembali ibadat kita dalam bulan Ramadhan waktu siangnya menahan lapar dan dahaga tetapi sayang pada waktu malamnya ramai yang terleka dengan hal dunia semata-mata sanggup tidak menunaikan solat terawih yang hanya kita temui 1 thn sekali dan belum tentunya kita akan bertemu bulan ini pada tahun akan datang, malahan bagi generasi anak muda berpeleseran dengan bertemu yang bukan mahramnya disitu maksiat telah berlaku dan bagaimanakah markah yang ALLAH nak beri pada kita pada puasa tersebut??

Adakah turget kita tercapai untuk mendapat markah yang penuh daripada ALLAH untuk diberi pada kita seperti ”Awalnya rahmah, pertengahan keampunan dari ALLAH dan akhirnya Kelepasan dari Azab Api Neraka” tepuk dada tanya iman kita sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut kita lakukan dalam bulan Ramdhan.


260820091203Selain daripada itu sebagai umat ISLAM kalimah LailahaillaALLAH harus disematkan dalam hati kita,setiap sebelum solat pastikan kita mengucap khalimah itu terlebih dahulu kerana kadangkala dalam kata-kata, perbuatan kita disedari/tidak kita terlepas cakap yang amat membimbangkan diri kita sekiranya kata-kata tersebut boleh merosakkan akidah kita sendiri, nauzbillah. Cuba kita renungkan kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan pada Ibubapa, anak-anak, adik beradik dan orang-orang sekeliling kita.

Dosa Anak Kepada Ibubapa: Setiap hari pernah tak kita megeluarkan kata-kata yang kesat pada Ibubapa kita, ingatlah semakin hari Ibubapa semakin tua mereka begitu sensitif dengan apa yang kita lakukan, hargailah orang tuamu selagi mereka masih ada. Penulis ingin berkongsi cerita yang telah YB Dato’ sampaikan dalam kuliahnya untuk anak-anak muda fikirkan dan renungkan kembali begitulah juga pada Ibubapa. Jangan ingat Ibubapa tak buat kesilapan pada anak-anak. Dosa Ibubapa pada anak-anak juga ada. Mana yang baik kita ikut jadikan tauladan yang baik untuk kita contohi dan amalkan insya-ALLAH. “Ibubapa YB Dato’ Hasan telah pulang kerahmatuallah ketika ibunya berusia 45thn genap 5thn ibunya pergi sejurus kemudian diikuti oleh ayahnya. Beliau sakit tua dan strok.

IMG0475A

Ketika Ibunya sakit anak-anaklah yang menjaga kebajikan ibubapanya secara bergilir-gilir. Yb Dato’ Hasan menjaga ibunya dengan amat baik sekali dengan memandikan, bedakkan ibunya kemudian dimasakkan makanan untuk ibunya selepas semua diuruskan beliau, YB Dato’ akan kucupkan dahi ibunya sehingga ke tapak kaki ibunya. Mohon restu ibubapa untuk keberkatan kehidupannya dan lihatlah sehingga kini apa yang YB Dato’ dapat dengan kejayaan doa restu ibubapanya hingga beliau berjaya. Disini cuba kita renungkan kembali adakah kita mampu buat sedemikian pada IBubapa kita sekarang??, mampukah kita berikan kucup kasih sayang kepada ibubapa kita??,salam mereka ketika kita hendak keluar rumah, walaupun kita dah berumur mampukah kita nak peluk ibubapa kita??? bertubi-tubi soalan dilontarkan YB Dato’ pada kita semua yang mendengar kuliah tersebut. Bagaimana pula dengan penghormatan kita sebagai seorang pelajar pada Guru-guru yang mengcurahkan ILMU pada kita?? Adakah kita menghormati mereka?? Ingatlah jika Guru kita tidak hormat maka ILMU tidak diberkati. Semasa Yb Dato’ belajar di England beliau mendapat gelaran pelajar contoh oleh Dekannya. Inilah doa ibubapa untuk dirinya. Ibubapa YB Dato’ walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi tetapi ILMU agama mereka cukup dibanggakan, Didikan Ibubapa pada anak-anak apabila sudah solat subuh, mereka diajarkan dengan membuka Kitab AlQuran, akan disemak bacaaan anak-anak setiap kali hendak melangkah ke surau/masjid. Begitulah didikan ibubapa nya pada YB Dato’ dan adik beradiknya.

Alhamdulilah moga dijadikan contoh terbaik pada kita yang dulu penulis juga rasa igin menjejaki tingkah laku YB Dato’. Beliau adalah Ikon pada penulis sehingga kini. Setiap kali penyampaian ceramah dan motivasi pelajar yang dijalankan semasa penulis dibangku sekolah lagi penulis tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti program beliau yang banyak memberi semangat kepada penulis dan sahabat-sahabat yang mengikuti program YB Dato’. Siapa sangka kini penulis berkesempatan untuk mencurahkan khidmat sepenuhnya bekerja dibawah YB Dato’ Hasan Ali. Alhamdulilah penulis dan YB Dato’ diberikan umur yang panjang untuk menjalankan tanggungjawab kepada generasi muda dan kepada rakyat umumnya. Alhamdulilah doa dimustajabkan kerana diberi peluang dan ruang untuk bersama dengan kakitangan MTD Gombak Setia dan YB Dato’. Sehingga kini semenjak YB Dato’ pegang Exco Negeri dan kemenangan di beri penulis lihat rumah-rumah ALLAH kini banyak diimarahkan dengan banyak majlis ilmu semua saf pimpinan yang mempunyai ILMU agama yang tinggi kini dibenarkan menjalankan tangungjwab mereka menyampaikan dakwah. Alhamdulilah semoga rumah-rumah ALLAH tidak menjadi kubur dan kosong hanya besar sahaja tetapi tidak diimarahkan dengan majlis-majlis ILMU, tiada keberkatan daripada ALLAH. TAHNIAH YB Dato’ daripada penulis kerana kejayaan dan telah banyak membantu kami mengimarahkan rumah-rumah ALLAH.

IMG0473ABagaimana pula dosa Ibubapa kepada anak-anaknya pula?

I) Adakah Ibubapa telah mendidik anak-anak kearah kebaikan, memberi ILMU dunia akhirat diselaraskan??

ii) Daripada anak-anak dilahirkan bagaimana pemberian nama pada anak-anak, ambil berat amal ibadat anak-anak dan-lain-lain??

Semoga dengan lontaran berbagai persoalan yang diberi oleh YB Dato’ kepada kita dalam majlis ilmu ini kita dapat membaikikan diri kita untuk mendidik anak-anak kearah kebaikan yang mencintai ISLAM di dalam hatinya jangan kita biarkan mereka hidup tanpa arah haluan dengan mengikuti jejak-jejak kehidupan seperti nasrani, yahudi, Majusi tetapi hendaklah diberikan didikan dengan ISLAM.

IMG0479AYb Dato’ bersama saf pimpinan lain, kini telah mengusulkan kepada Majid Negeri untuk meminta agar semua masjid dan surau dibuatkan berbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Dibenarkan Masjid-masjid dibuka untuk kegunaan orang ramai agar di manfaatkan masjid/surau untuk beriktikaf saat-saat kehilangan bulan Ramadhan yang akan pergi. Semakin hari waktu berlaku dalam bulan Ramadhan kita akan merasa kesedihan kerana Ramadhan akan pergi dan belum tentu kita akan bertemu pada tahun hadapan. Bukan kita merasa gembira dengan berakhirnya Ramadhan. Bagi Ibubapa yang ingin bawa anak-anak kemasjid diminta agar pihak berkuasa masjid tidak menyekatkan kedatangan tetamu kecil ini kerana daripada kecillah kita harus mendidik anak-anak mencintai rumah ALLAH. Bukan bila sudah besar baru nak lentur, tidak guna lagi. Tetapi harus diingatkan kepada ibubapa agar sentiasa ingatkan anak-anak berakhlak dirumah ALLAH dan pastikan anak-anak kecil dipakaikan pampers agar tidak belaku kekotoran di masjid. Disamping itu YB Dato’ sudah meminta agar Masjid Negeri sediakan risalah untuk diberi pada semua surau dan masjid adab-adab iktikaf.

IMG0480AAkhirnya YB Dato’ menutupkan majlis ini dengan iringan doa ” Ya-ALLAH Ya TUHAN Kami, dipagi yang mulia kami diberi peluang untuk beribadat dirumahmu pada bulan yang penuh keberkatan.Ya-ALLAH YA TUHAN kami, dipagi mulia ini kami tadahkan tangan yang hina ini sentiasa mengharap pertolongan dan redhamu. Berilah kami, anak-anak, isteri, suami, kaum keluarga kami, dan umat ISLAM lain dengan cahaya iman dan cahaya Hidayahmu, bukakanlah pintu hati kami semua untuk mencintaimu dan rasul junjunganmu, jangan kau biarkan kami semua dengan kegelapan terus menerus membuat kesilapan. Bukalah hati-hati kami untuk mencintai ISLAM dan mengamalkan ajarannya, Ya-ALLAH ya TUHAN, kami meminta perlindunganmu daripada ditimpa segala musibah daripada penyakit H1N1 yang kini semakin merebak. Ya-ALLAH berilah kami kekuatan dalam meneruskan tanggungjawab kami sebagai pimpinan dan membawa genarasi kami kearah kebaikan mencintai amal ibadat dan sentiasa mengingatimu dimana saja, jangan kau biarkan kami ya-ALLAH. Ya-ALLAH selamatkan umat mu saudara mara kami di bumi Palestin, China, India, Di malaysia ini dan Selamatkan semua umat ISLAM dan berikan kemenangan ISLAM dipelosok dunia termasuklah kemenangan pada perjuangan ISLAM di Gombak ini.Istiqamahkanlah hati-hati kami dalam tiap amal perbuatan kami dalam membantu agamamu. Satukanlah hati-hati kami dan pimpinan kami dalam menjalankan tanggungjawab kami. Ya-ALLAH terimalah doa kami kerana hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan dan redhamu.. Amiin Ya Rab.

IMG0484A


Kenangan bersama rakyat dan saf pimpinan Surau Al-Falah selepas kuliah Subuh.







IMG0486A


Sifatnya yang penulis sering nampak setiap kali bertemu dengan kanak-kanak dipeluk, dibelai kepala anak-anak, Jiwanya yang penyayang kepada kanak-kanak.Sifat seorang ayah dan pimpinan yang harus dicontohi.






IMG0489A



saf pimpinan Masjid & beberapa rakyat bergambar didepan surau AL-Falah.






IMG0490A


Aik, berminat ke Dato’ dengan Kamera daripada Jerman Ni..beli-beli Dato’ boleh wartawan MTD Gombak Setia guna untuk aktiviti Gombak. Baru clear foto..






IMG0488A



Ops sukanya En Omar dan Utz Abd Rahman.. apa yang melucukan tu ye??






Semoga sedikit ilmu diberi dapat dimanfaatkan sebaiknya yang terbaik semua daripada ALLAH swt. waallahhualam.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI