Monday, August 3, 2009

Peserta demo mansuh ISA diupah?


selasa, 2009 ogos 04

Peserta demo mansuh ISA diupah?

Oleh Ustaz Hj Idris Haji Ahmad

Demo hapuskan ISA dapat upah daripada pihak-pihak tertentu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mungkin Rais Yatim fikir di belakang penganjur demo ialah taukeh judi dan perasuah politik.

Untuk pengetahuan Rais Yatim, peserta demo ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri. Walaupun kami miskin harta tetapi kami kaya semangat. Kami bukan rakyat yang lidah bercabang, tidak mempunyai pendirian politik. Kami tidak pernah membakar jambatan sebagai ikrar tidak akan kembali kepada umno. Kami pejuang tulin, kezaliman akan kami lawan tanpa diupah. Kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga.
Kami tidak ada kontraktor yang membina stadium Sultan Mizan Terengganu yang runtuh, kami tidak dibantu oleh pengkhianat wang PPRT RM32juta dan kami tidak ada kontraktor yang membina MRR2 yang runtuh. Peserta demo datang dengan semangat dan wang sendiri. Mereka simpan wang menoreh getah dan hasil tangkapan ikan semata-mata untuk menentang akta ISA yang zalim. Mereka tahu bahawa ISA tidak kenal darjat, hatta penjual di pasar malam pun boleh ditangkap ISA.
Rais Yatiim kamu ini seorang berkelulusan undang-undang, sepatutnya bercakap biarlah dengan fakta, kalau kualiti orang yang berkelulusan undang-undang menjadi loyer dalam satu kes yang hendak dibela dalam mahkamah memang daripada awal pagi sudah kalah, kerana memilih peguam yang tidak ada cerdik.Kita tahu bahawa Rais Yatim menuduh mereka yang datang ke perhimpunan aman menentang ISA mendapat upah kerana bimbang kuasa BN akan jatuh tidak berapa lama lagi. Beliau merasa malu kerana penyokong umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurang-nya nasi bungkus.Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang.
Kami rakyat berjiwa PERKASA buka PEKASAM.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat
{p/s: Khaulah azwar said: Jgn samakan pejuang ISLAM dgn puak UMNO yg mengharapkan setiap pekerjaan dilakukan harapkan habuan..Kami ditarbiyahkan dengan kesusahan, dengan didikan pimpinan dalam Usrah insya-allah akan memantapkan setiap gerakkerja kami..setiap perkara dilakukan dgn Niat krn ALLAH swt semata2, hidup mati kami hanya krn ALLAH, menentang segala kezaliman UMNO... TAKBIR!!!}

ISLAM yg tlh berkembang laksana bunga yg indah
Yg berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi BUMI :)

Tumbuhnya memenuhi bumi dari di tnh yg tinggi
Kesuburan itu tlh dibajai oleh Darah Para SYUHADAH
Kembang itu tlh disirami
ISLAM yg tlh berkembang laksana bunga yg indah
Yg berkembang mekar harum mewangi oleh peluh mujahid dan mujtahid
Panduan kita diambil dari Alquran Sunah Rasullah

ISLAM yg tlh berkembang laksana bunga yg indah
Yg berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi BUMI :)

Berkumandang kalimah TAYIBAH
Dari pembela agama kebenaran
Keindah Islam tlh terpancar oleh harta sikaya yg pemurah
Ibarat air yg mengalir deras dermanya bagaikan mencurah2..

ISLAM yg tlh berkembang laksana bunga yg indah
Yg berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi BUMI :)

Tmn itu tlh dipagarai oleh para mujahid
Panduan kita diambil oleh alquran Sunah Rasuallah


Najib terkejut...



Di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikatakan "terkejut kerana kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyambut ketibaannya di Kota Baru".

Pada lawatan hari ini, peristiwa yang saya tidak duga ialah antara orang pertama yang sambut saya di lapangan terbang, selain pemimpin Umno ialah tok guru Nik Aziz. Saya terima (pertemuan itu) kerana hormat beliau sebagai pemimpin.


Berita Harian 2 Ogos 2009Kita jadi hairan dengan "rasa terkejutnya" Najib dengan kehadiran Nik Aziz walhal beliaulah yang menjemput Nik Aziz menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, semalam. Ini memandangkan kehadiran Menteri Besar Kelantan itu di atas jemputan Dato' Seri Najib Razak sendiri.

"Walaupun kehadiran saya pada awalnya tidak dirancang kerana ia dibuat begitu mendadak, namun untuk kepentingan umum saya terpaksa membatalkan beberapa program lain yang lebih awal dirancang," katanya.

Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang semalam.

Sepatutnya Mohd Najib melahirkan terima kasih kerana kesudian MB Kelantan menerima jemputannya tetapi apa yang diucapkan oleh Najib seolah-olah Tuan Guru yang terhegeh-hegeh menyambutnya di Kota Baru.

Demikian satu contoh kaedah dimana Najib memanipulasikan kehadiran dan keikhlasan Nik Aziz.

Harakahdaily seterus melaporkan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah berkata, pertemuan empat mata yang berlangsung lebih kurang 20 minit itu memperlihatkan ada perkembangan positif ke arah meningkatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.

Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana pada pertemuan tersebut Perdana Menteri menerima dengan wajah yang manis setiap perkara yang dibangkitkan.

Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan tertutup tersebut berkenaan tuntutan royalti, jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan pembinaan pelabuhan di Tumpat.

"Cumanya Dato' Seri Najib sebut kalau boleh Tok Guru tak payahlah cepat sangat menyebut provokasi-provokasi terhadap Umno, tetapi waktu tu saya tak kata apa kepadanya.

"Saya tak jawab apa pada waktu tu, tetapi maknanya beliau faham, kalau tak jawab. Kami PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada surat khabar sendiri, kami tak ada radio dan kami juga tak ada televisyen untuk menjawab," ujarnya.

Najib pertama kali datang ke Kelantan setelah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Umno April lalu.

Beliau hadir pada dua program di Kota Bharu iaitu pecah tanah projek pembangunan di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab dan merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar.

"Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya.

"Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi," ujarnya.

Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sentiasa menjaga hubungan baik dengan pusat dan tidak pernah berniat untuk mengacau sesiapa.

"Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah," ujarnya.

Sementara itu ditanya berhubung permohonan maaf Utusan Malaysia terhadapnya Menteri Besar berkata, perkara itu sedang diurus peguam yang dilantik.


"Ya saya pun ada membaca tentang permohonan maaf itu, tetapi perkara itu sedang dirunding melalui peguam saya," ujarnya.

Baru-baru Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai lalu di halaman depan menyebut memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiar Utusan bertarikh 15 Jun 2009.-muslimeen

Demo ISA: GMI 100 Ribu, Pewaris 2 Ribu!

video


1 Ogos memang benar-benar menjadi referundum rakyat Malaysia terhadap isu ISA. Pelbagai berita dan tanggapan dilemparkan terhadap perhimpunan kelmarin. Utusan melaporkan hanya lima ribu menyertai himpunan ini. Malaysiakini melaporkan 20 ribu, akhbar Serambi Indonesia melaporkan ratusan ribu berhimpun di Kuala Lumpur bagi mendesak ‘dicabut’ akta ISA, Sinar Harian muka depan siarkan 20 ribu sertai demo GMI, muka dalam akhbar yang sama siarkan 15 ribu sertai demo ‘Mansuh’, beberapa media antarabangsa ada yang membuat liputan langsung dan memaparkan sekitar 50 ribu, 70 ribu hinggalah 100 ribu berhimpun mendesak ISA di mansuhkan.

Manakala bagi perhimpunan mendesak ‘dikekalkan’ ISA yang diketuai oleh Pewaris pula amat sukar mendapat beritanya. Ada beberapa akhbar menyiarkan hanya berita pemimpin mereka ke Istana Negara menyerahkan memorundum. Seorang rakan yang melihat sendiri situasi di Pasar Seni mengatakan hanya 20 orang berbaju putih bersongkok hitam penyokong ISA berhimpun di sana. Terdapat akhbar dalam talian yang memaparkan hanya dua ratus berhimpun. Manakala Mstar Online menyatakan dua ribu penyokong ISA berhimpun di Pasar Seni.

Ini bermakna, jika diambil jumlah tertinggi dianggarkan media tempatan dan luar negara, maka ‘Anti ISA’ 100 ribu dan ‘Pro-ISA’ 2 ribu. Jika benar dakwaan ini, maka jumlah mereka yang menyokong ISA hanya mewakili dua peratus sahaja rakyat Malaysia. Jika jumlah ini masih diragui, kita mengambil jumlah terkecil seperti didakwa Utusan Malaysia. ‘Anti ISA’ 5 ribu dan ‘Pro ISA’ 20 orang. Masih lagi yang menyokong ISA hanya mewakili dua peratus sahaja jumlah demonstrasi.

Untuk lebih adil, penulis mempercayai laporan Mstar Onlin yang mengatakan Pro-Isa diwakili 2 ribu orang. Penulis yang mengikuti kumpulan Masjid Negara sahaja menganggarkan jumlah Kumpulan Masjid Negara ini paling sedikit 10 ribu orang. Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh akhbar cina dan Tamil, jumlah di Sogo dua kali ganda jumlah di Masjid Negara. Tidak ada gambar jumlah orang ramai di Masjid Jame diperolehi. Jika jumlah ini sahaja diambil kira, maka jumlah demonstran Anti ISA sekitar 30 ribu orang paling minima.

Maka jika dinisbahkan dengan kumpulan ‘Pro-ISA’ peratus yang menentang ISA ialah 92 peratus dan penyokong ISA hanyalah 8 peratus. Ini jumlah yang paling adil untuk diberikan terhadap keputusan referundum rakyat 1 Ogos kelmarin. Oleh itu kerajaan perlu sedar bahawa kehendak rakyat Malaysia ialah kerajaan segera memansuhkan ISA. Jumlah ini boleh jadi sama atau hampir sama dengan peratus sebenar keseluruhan pengundi yang mahukan ISA dihapuskan. Ini kerana parti-parti Pakatan Rakyat yang mewakili lebih 45 peratus pengundi di Malaysia secara jelas menolak ISA. Manakala parti-parti kompenen Barisan Nasional pula sebahagiannya turut sama menentang ISA. Yang bertindak secara jelas ialah PPP, Gerakan dan MCA. Manakala yang protes secara senyap pula tentulah ramai. Maka tidak mustahil kebenaran 92 peratus rakyat Malaysia menolak ISA berdasarkan himpunan semalam.

Jika tidak segera dimansuhkan ISA ini, maka peratus penentang ISA ini akan diterjemahkan dengan menentang BN dalam pilihanraya ke-13 ini. Oleh itu sebelum terlambat, Najib perlu buangkan keangkuhan dan kedegilan sementara waktu dengan memansuhkan akta zalim ini atau pun bersedia untuk menjadi 8 peratus wakil rakyat ‘pembangkang’ selepas pilihanraya yang akan datang!

Apapun terima kasih kepada kumpulan Pro ISA yang puas memprorovokasi sebelum himpunan di media-media kononnya untuk menghimpunkan puluhan ribu orang Melayu namun ternyata tidak mendapat sokongan. Jasa mereka yang turut sama berhimpun sebenarnya baik sehinggalah terjadinya referundum rakyat 1 Ogos di Kuala Lumpur. Jika BERSIH dan PPSMI kerajaan buat pekak badak kerana katanya hanya sebelah pihak yang menentang. Namun dalam isu ISA kedua-dua pihak sama-sama berhimpun.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI