Wednesday, May 27, 2009

Nasihat TIDAK MENGUNDI, Seruan Khairy menghasut-Dr. Hatta

Azamin Amin
Thu | May 28, 09 | 2:10:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.


Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.

"Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.

"Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.

Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.

"Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.

"Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya.

Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat.

"Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat.

"Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang.

Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, _

Koleksi Buku2 yg harus dimiliki..

1)
Umar Bin Abdul AzizPeribadi Zuhud Penegak Keadilan
Umar Bin Abdul Aziz adalah peribadi yang soleh, bertaqwa, ahli ibadat, wara’ dan zuhud. Ia jg seorg pemimpin yg adil, lurus dan cerdas, mencintai dan mengasihi rakyatnya, sayang dan baik kepada mereka.
Ibadahnya kpd ALLAH tidak menyekat perhatiannya utk memperhatikan rakyatnya. Tiada penghalang antara dia dan hal yang menjadi kepentingan rakyatnya sampai yg paling kecil dan remeh- temeh sekalipun.
Digelar Amirul Mukminin /khalifah ar-Rasyidin ke5 oleh pakar sejarah & politik ISLAM, meninggalkan pesan dan kesan sebagai warisan agung dalam rangkaian sejarah peradaban dan pemerintahan ISLAM. Sewajarya biografi, pemikiran dan langkah PERJUANGAN yg sudah ditunjukkan beitu hebat, hendaknya akan menjadi ikutan bagi kita semua Umat ISLAM dan umat manusia seluruhnya.
Setidaknya buku ini adalah bahagian dari wacana utk membongkar dan menghidupkan kembali khazanah warisan khalifah mulia ini..Demikianlah sekilas gambaran peribadi Umar bin Abdul Aziz yg dpt anda ambil pelbagai iktibar yg sgt baik. Buku ini mengandungi beberapa episod sejarah perjalanan hidup Umar Bin Abdul Aziz yg terdpt dalam pelbagai manuskrip dibeberapa muzium dan perpustakaan di Timur Tengah dan Eropah.
Semenanjung : RM25.00
Sabah Sarawak : RM28.00
Penerbit : Abdullah Bin Abdul Hakam.
2)

Siti Fatimah Mukhtar Watak Remaja Zaman ini, Pelajar terbaik SPM 2006 (Berilah pd anak2, adk beradik, SHBT2)

Remaja yang mendapat 17A1 + 1A2 dalam SPM 2006. Dalam ujian pertengahan tahun tingkatan 4, dia mendapat 24A termasuk subjek Agama dan B, Arab.
Andapun boleh mencapai kejayaan yg sama. Siti Fatimah mendedahkan semua rahsia kejayaannya melaluii buku dan VCD ini. Lebih dari itu dia watak remaja zmn ini. Aktif kokurikulum, aktif sukan dan menunjukan bakat kepimpinan yg menyerlah. Sempat pula menghafal Al-Quran 15 juzuk. Dan kehidupan sosial cukup menarik. Punya cara sendiri berhibur dan mengatasi stress. Tips kaedah pembelajaran utk semua lapisan dari tadika, sekolah rendah, menengah, kolej, Universiti dan lain2 institu pengajian.
Harga semenanjung : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00
Penerbit : Dinsman


3) . Cinta Di Rumah Hassan Bin Al-Banna
Nukilah Indah Romantika kehidupan Keluarga Teladan Praktikal dalam Pentarbiyahan anak-Anak Pemimpin , Mujtahid dan Murabbi Agung abad ini.

Persoalan mendidik (mentarbiyah) anak-anak, adalah isu asas dalam kehidupan keluarga/rumah tangga dan bermasyarakat. Krn ianya amat penting dlm menjaga kesinambungan generasi manusia sepanjang kehidupan manusia itu sendiri sampai hayat dunia ini berakhir.

Baik buruknya generasi baru bahkan ia juga generasi tua amat bergantung kpd system dan fasafah pendidikan yg dilaluinya termasuk persekitaran dan dia berada. Sesungguhnya peletak dasar pergerakan dakwah modern seisal Hasan Al Banna telah memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seorang da’ie, jesturu org yg terdekatnya.

Jika ia seorg ayah maka isteri dan anaknyalah yang merasakan sentuhan pertama.Diikuti dengan ilmu menanam ruhul JIHAD, keikhlasan dan amal soleh. Sudah pasti peranan org tua dan jg institute pendidikan serta sikap positif mayarakat persekitaran amat menentukan. Demikianlah pula bila ia adalah seorang ibu {Dra. Hj. Wirianingsih}
Semenanjung : RM13.00
Sabah /Sarawak RM15.00
Penerbit : mohammad Lili Nur Aulia



Berminat utk mendapati koleksi buku ini sila emailkan pd ana khaulah0809@yahoo.com(YM jg blh)





SIMFONI KASIH TAUTAN HATI